Tentu ramai sedia maklum saffron mempunyai banyak khasiatnya. Apa itu Saffron? Ia berasal dari bunga saffron atau crocus sativus menghasilkan 3 putik sahaja. Satu kilo saffron memerlukan kira kira 1,000 putik saffron. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa rempah saffron merupakan rempah termahal. Madu juga mempunya sejuta khasiat untuk kesihatan dan tidak mustahil keduanya digabungkan – Khasiat MADU SAFFRON akan memberi manfaat terbaik untuk kesihatan kita.
Nina ada share sikit dalam cerita sebelum ni Nina ada consume Madu Saffron dalam story Altenatif ubat batuk untuk anak so Nina tunaikan janji kongsikan tentang khasiat madu saffron yang Nina amalkan ikut pengalaman Nina.
SAFFRON
Sebelum ni Nina memang pengguna tegar saffron. Pengalaman minum air Saffron
Cara Nina amalkan sangat mudah! Hanya perlu ambil 3 helai urat saffron untuk 500ml air.
Boleh gunakan air sejuk mahupun air suam.
Tunggu seketika air bertukar warna kuning dan minum setiap pagi.
Seisi keluarga pun minum jugak.
Rasa air saffron unik! Macam ada rasa herba sikit gitu laa.. Aroma dia wangi.
Masa Nina beli OXYMEL KHAL In-Sanivir dan terpandang pulak adanya produk Madu +Saffron, teruja nak cuba! Tentu lagi sedap sebab gabungan kedua-duanya kannn?
Dicatatkan di dalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Imam Ali Alaihis Salam menyatakan :
“Barangsiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan madu, kemudian diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”
MANFAAT SAFFRON UNTUK KESIHATAN
Saffron, atau za’faran, adalah rempah yang berasal dari bunga Crocus sativus. Memang banyak khasiat nya! Nina kongsikan antara 12 khasiat saffron untuk kesihatan kita. Tak kira usia boleh amalkannya dan kesan minum air saffron bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran semua peringkat usia.
- Melancarkan proses penghadaman
- Mengurangkan gejala sembelit dan buasir
- Menguatkan imuniti tubuh
- Menguatkan ingatan
- Mengurangkan gejala anemia
- Mengawal tekanan darah dalam tubuh
- Melancarkan aliran darah dalam badan
- Mengawal masalah saraf
- Mengurangkan bisa-bisa sakit sendi
- Menghilangkan keletihan atau kelesuan
- Menambah kesegaran badan dan tenaga
- Memberi ketenangan dan keceriaan
Namun kena ingat, berpada-pada bersederhana dalam apa juga yang kita amalkan termasuklah consume saffron. Meskipun saffron memiliki manfaat potensial, penting untuk kita consume dengan bijak. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor dulu ehh…
Khasiat nutrisi dalam Saffron
Antioxidant, Calcium, Iron, Magnesium, Multivitamin
MADU SAFFRON IRAN With Zam Zam
Percaya tak adanya kombinasi kedua-dua bahan hebat ni dalam sebotol?
Hebatnya kombinasi kedua nya adalah campuran beberapa jenis madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi dan diimport daripada Iran.
Setiap 300g botol madu saffron ini mengandungi 1gram pati saffron asli dengan campuran beberapa herba terpilih dan dibancuh bersama dengan air zam-zam tulen.
Menarik kann? Senang semua dah siap dalam satu botol.
Ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. After taste saffron yang melekat di tekak dan lidah, madu ini dapat memberikan anda satu rasa kehangatan yang luar biasa…
KENAPA MADU SAFFRON IRAN PILIHAN NINA ?
- 100% Madu Hutan Asli
- 100% Pati Saffron Asli
- 100% High Quality Saffron from Iran
- Tanpa perasa tambahan
- KUANTITI MADU: 300gram per bottle
- KUANTITI SAFFRON: 1gram pure / bottle
Bukan itu aje, Nina sukakan packagingnya sebab botol plastic tak risau pecah.
Mudah dan senang kalau nak bawak travel. So walaupun travel, di mana-mana pun boleh masih boleh consume air saffron setiap hari tanpa perlu bawa debunga saffron dan madu. Style lama leceh. Huhuuu
Rasa dia pun lebih sedap ! Selain dijadikan minuman, madu saffron pun boleh dimasukkan dalam makanan mahupun minuman kegemaran.
TEKSTUR MADU SAFFRON IRAN
- Madu sederhana kepekatannya
- Warna madu perang gelap
- Akan berubah menjadi kekuningan jika dibancuh dengan air
RAMUAN
- Madu Hutan
- Pati Saffron (negin)
- Su’dun
- Zam Zam
KEBAIKAN MADU SAFFRON IRAN
- Disebut sebagai makanan terbaik untuk mempertajamkan minda
Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381, Imam Ali KMW menyatakan yang bermaksud: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”
- Menguatkan ingatan dan mempertajam fikiran
- Menghilangkan rasa resah gelisah
- Menenangkan hati dan fikiran
- Menambahkan tenaga rohani dan jasmani
- Menjadi asbab kecerdasan akal
- Meningkatkan imuniti badan
- Menstabilkan kehangatan tubuh
- Memberi tidur yang lena pada waktu malam
- Melegakan sakit sendi
MADU SUNNAH NABI
Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai salah satu kaedah perubatan termasuklah menggalakkan umat Baginda menggunakan madu sebagai cara hidup. Sabda Rasulullah SAW; Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat.
CARA MINUM MADU SAFFRON
- Untuk mempertajam akal fikiran – Waktu terbaik minum Saffron : Sila minum 2 sudu pada waktu pagi selepas makan pagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Dibancuh sama air lagi sedap.
- Amalan harian – Ambil 3 sudu dan dibancuh dengan sebotol air putih. Boleh diminum sepanjang hari.
- Untuk menenangkan diri – Diambil apabila perlu. Caranya ; bancuh 3 sudu madu dengan secawan air sejuk, kacau hingga sebati lalu minum sehingga habis.
- Untuk masalah sakit sendi dan hendak tidur lena waktu malam – Sila minum 1 sudu, setengah jam sebelum tidur. Kemudian minum air segelas.
- Boleh juga diamalkan seperti madu-madu lain yang sudah biasa anda amalkan.
Amacam banyak kan khasiat Madu Saffron ni?
Nak consume pun mudah je.. Cara simpan pun senang.
Simpan pada tempat suhu bilik, jauhkan daripada suhu panas, cahaya matahari, kelembapan tinggi. TIDAK PERLU simpan di dalam peti ais.
Harga MADU SAFFRON IRAN – 300gm
Sebotol – RM69.26
2 botol – RM132.91
3 botol – RM189.91
Itu semua harga offer
Lagi banyak lagi murah , lagi untung lagi menjimatkan kann?
Jadi lah pembeli yang bijak!
BELI MANA ?
Shopee : MADU SAFFRON IRAN
Korang boleh intai produk lain dari trusted seller BK NETWORK ni, ada beberapa produk lain yang Nina dah cuba jugak dan Nina sekeluarga sukakannya!
Alhamdulillah… dulu sellau guna safron.. tp skrg dah lama tinggalkan.. huhuhuhu..
terima kasih atas infonya..