Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

OXYMEL KHAL IN-SANIVIR ALTENATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK
February 17, 2024February 17, 2024

OXYMEL KHAL IN-SANIVIR ALTERNATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK. LEGA HATI MAK!

OXYMEL KHAL IN-SANIVIR ALTERNATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK. LEGA HATI MAK! | Sekarang ni ramai yang tak sihat kann? Mugkin sebab cuaca yang tak menentu antara punca demam selsema on off  jangka masa yang panjang terutama anak-anak. Ya ampun… Risau! Paling bimbang bila disusuli batuk berpanjangan. Puas dah makan ubat doktor tapi tak jugak baik. Tak tahu mana silapnya! Terpaksa lah cari alternatif ubat batuk untuk anak selain dari ubat batuk dari doktor.

Isi Kandungan hide
1 ALTERNATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK
1.1 PATI CUKA KURMA OXYMEL KHAL In-Sanivir
1.2 Apa itu Oxymel Khal In-Sanivir?
1.3 BAHAN-BAHAN PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir
1.4 Rasa apa?
1.5 Keistimewaan OXYMEL KHAL In-Sanivir
1.6 KEBAIKAN CUKA KURMA PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir
1.7 CARA MINUM KHAL IN-SANIVIR
1.8 CARA PENYIMPANAN
1.9 Apa kata Nina ?
1.10 Harga OXYMEL KHAL In-Sanivir – 150gm
1.11 Beli kat mana OXYMEL KHAL IN-SANIVIR
1.12 Related posts:
2 Sotong lagi? Sambal Sotong lak... Tips masak sotong
3 KAMPUNG PEOPLE 2 - Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh...!!
4 OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA
5 Resepi Telur Rebus Masak Kari Menu Paling Mudah Sedap

Bukan apa, as parents kita akan jadi stress bila dah cuba bermacam jenis ubat tapi tak juga sembuh. Pernah terbaca, pengambilan ubat batuk boleh memberi pada otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.  Takut! Semenjak dari itu lah Nina elakkan bagi anak-anak ubat batuk jangka masa yang lama.

Anak masih coughhh sana, couhhhh coughhh tak henti. Allah.. Penat dengar, kesian!
Nak lagi bila anak tengah sedap tidur lena dibuai mimpi indah tetiba anak batuk batuk batuk tak henti.  Allahuakhbar… luruh hati mak !

ALTERNATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK

OXYMEL KHAL IN-SANIVIR

Nina yakin ramai ibubapa lain akan buat perkara yang sama.
Bila dah cuba macam-macam ubat pastu anak masih belum baik batuknya kita akan cari altenatif lain kann? Tidak dinafikan Nina pun sama!

PATI CUKA KURMA OXYMEL KHAL In-Sanivir

Hari tu masa anak Nina dok batuk selsema tak henti, Nina teringat masa tahun lepas Ramadhan Nina ada consume OXYMEL Khal Sakan Jabin untuk masalah dalaman perut Nina dan ianya bagus serasi dengan Nina dan sebab Nina pengguna setia produk dia, so Nina yakin nak cuba produk lain dari BK Network ini.

Kali ni Nina cuba OXYMEL KHAI In-Sanivir untuk  altenatif ubat batuk untuk anak Nina yang dah lama asyik batuk batuk tak henti. Khal In-Sanivir a.k.a Pencegah Common Flu

Apa itu Oxymel Khal In-Sanivir?

  • Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu kala.
  • Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka.
  • Manakala In-Sanivir adalah ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya.
  • Ia diadunkan ketiga-tiga ramuan ini untuk menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan.

BAHAN-BAHAN PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir

  • Cuka kurma ajwa
  • Madu Hutan Tropika
  • Ekstrak Daun Pudina
  • Ekstrak Rumpai Laut

Macam Nina cerita awal tadi, Nina yakin nak consume produk ni sebab ianya selamat!
Tiada bahan campuran lain, tiada bahan pengawet, perisa, pewarna tiruan dan ramuannya hebat. Nak buat sendiri memang tak laaa! Mana lah reti nak buat perapan bagai, so beli je senang kannn? 

Nina suka packaging dia sebab didatangkan dalam botol plastic keras yang mudah dijaga. Kalau botol kaca risau pecah kann? Penutup mudah buka dan ada lubang kecil yang memudahkan kita untuk tuang atas sudu. Tak risau tumpah atau terlebih tuang. Anak Nina pun boleh buat sendiri. Senang hidup mama!  (Masih dalam pantauan sebab depa dok kata sedap) HAhaa..

OXYMEL KHAL IN-SANIVIR PATI CUKA KURMA AJWA ALTENATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK

Rasa apa?

“Mmmm…. Rasa sedap lah mama!
Rasa berangin macam gula-gula “ – Eicha .

Tentu lah sedap manis-manis buah gitu sebab adunan ramuan dari Kurma Ajwa dan Madu. Ditambah dengan adunan daun pudina sebab tu rasa berangin menyamankan!

Keistimewaan OXYMEL KHAL In-Sanivir

  • 100% HALAL dan diyakini suci lagi bersih
  • 100% Buatan tangan
  • 100% Perapan sendiri
  • 100% Tiada Bahan Kimia
  • 100% Tanpa Bahan Pengawet
  • 100% Tanpa Sebarang Gula
  • 100% Tanpa Sebarang Perisa
  • 100% Tanpa Sebarang Pewarna

KEBAIKAN CUKA KURMA PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir

  1. Sangat bagus untuk kesembuhan selesema, batuk, demam
  2. Meredakan segala macam jenis masalah dan gejala common flu
  3. Meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya
  4. Meredakan masalah selesema, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga
  5. Memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya
  6. Bertindak sebagai fast respons melawan virus berkaitan common flu
  7. Melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selesema
  8. Membuang angin dalam badan
  9. Badan akan mudah sendawa dan membuang angin
OXYMEL KHAL IN-SANIVIR PATI CUKA KURMA AJWA ALTENATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK

CARA MINUM KHAL IN-SANIVIR

Dewasa
1 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.
** Ubat batuk selamat untuk ibu mengandung

Kanak-kanak
Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

CARA PENYIMPANAN

Simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.

Menariknya produk ini sesuai untuk para preppers!
Sebab TIADA tempoh luput had masa.
Boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak rosak.
Simpan di tempat kedap udara pada suhu bilik, rasa tidak berubah bahkan menjadi lebih likat dan enak.
Ini lah produk kecemasan untuk Nina sekeluarga!

Apa kata Nina ?

OXYMEL KHAL In-Sanivir adalah altenatif ubat batuk untuk anak dan Nina sekeluarga.
Selain tu selsema demam pun boleh. Masa consume ni, tidur malam dah takde terganggu dan lepas 3 hari consume batuk anak Nina baik dah! Lega sangat..
Masa ni terfikir, awat laa lambat cuba OXYMEL KHAL In-Sanivir  ni sebab stress dibuatnya! Yelah, dah cuba macam-macam ubat batuk lain tak baik-baik. Apapun, Alhamdulillah dah jumpa ubat batuk altenatif yang serasi untuk Nina sekeluarga. Korang should try!

Harga OXYMEL KHAL In-Sanivir Ubat batuk altenatif untuk anak

Harga OXYMEL KHAL In-Sanivir – 150gm

Sebotol – RM19.92
Tapi masa Nina beli ada promosi so Nina grab terus 2 botol RM35.92 ( ini harga masa Nina beli )
Lagi murah kann?
Kalau korang beli set 3 botol / 5 botol lagi murah,  jimat berbaloi!

Beli kat mana OXYMEL KHAL IN-SANIVIR

Shopee : OXYMEL KHAL In-Saniivir.
Korang boleh intai produk lain dari trusted seller BK NETWORK ni, ada beberapa produk lain yang Nina dah cuba jugak dan Nina sekeluarga sukakannya! Pasni Nina share pasal MADU SAFFRON lak..
Stay tune!

Related posts:

Sotong lagi? Sambal Sotong lak... Tips masak sotong

KAMPUNG PEOPLE 2 - Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh...!!

OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA

Resepi Telur Rebus Masak Kari Menu Paling Mudah Sedap

Lifestyle Parenting Review Tips anak susah makan ubatbatuk berpanjanganBeli ONLINEcara simpan ubatHarga Oxymel Khal In-SanivirKebaikan Cuka KurmaKeistimewaan OXYMEL KHAL In-SanivirOXYMELOXYMEL KHAL IN-SANIVIRRasa OXYMELRawatan altenatifRawatan Alternatifubat batuk rendah dosUbat batuk selamat untuk ibu mengandung

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. LadyBird says:
    February 17, 2024 at 5:26 pm

    bolehlah nanti dicuba

    Reply
  2. Semutsenyum says:
    February 17, 2024 at 10:45 pm

    Kalau anak2 kak nina pun kata sedap, org dewasa yang takot makan ubat ni pun tak ada masalah laaa…

    Reply
  3. Pingback: MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes