Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Jenama Cuka Kurma terbaik
March 28, 2023April 5, 2023

16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN SAKIT PERUT KETIKA PUASA

Yusuf Taiyoob! Bisikan yang sering kali kita akan dengar bila tibanya Bulan Ramadhan. Buah kurma pastinya antara yang wajib ada ketika ini disetiap rumah kann? Persediaan Ramadan Nina tahun ni ada extra kelainan sebab Nina dah ada add Cuka Kurma Oxymel . Orang dok kata khasiat cuka kurma Oxymel ini lebih menarik, lebih bagus dari sekadar makan buah kurma aje!

Isi Kandungan hide
1 Lepas Nina belek-belek khasiat manfaat cuka kurma OXYMEL Khal Sakan Jabin ni, teruja Nina nak cuba!
2 OXYMEL Khal Sakan Jabin
2.1 Khasiat Kebaikan Manfaat Cuka Kurma Ajwa OXYMEL Khal Sakan Jabin
2.2 16 Khasiat Kebaikan Pati Cuka Kurma Ajwa OXYMEL Khal Sakan Jabin
2.3 Cara Pengambilan Pati Cuka Kurma OXYMELWaktu sesuai minum cuka kurma
2.4 Cara simpan OXYMEL Khal Sakan Jabin
2.5 Related posts:
3 ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT
4 Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam..... kenapa sumbat? pasal.......
5 Nina Dah cuba! CRYSTAL SKIN RISHBEAUTY buat Kulit Semakin cantik
6 Pengalaman Anak Tuisyen Online FLYHIGH TRAINING CENTRE pilihan terbaik

Sebelum ni Nina dah biasa amalkan cuka pati delima, tentu korang pun pernah rasa kannn? Tapi baru ni kawan Nina suggest Nina cuba cuka kurma Oxymel sebab katanya khasiat dan kebaikan cuka kurma ini lebih ohsem! Hurmm… Menarik! Cuka Kurma VS Cuka Epal / Cuka Delima

Lepas Nina belek-belek khasiat manfaat cuka kurma OXYMEL Khal Sakan Jabin ni, teruja Nina nak cuba!

Faktor utama yang mendorong Nina untuk mencuba kerana bahan asasnya adalah kurma. Asyik cuka apple, cuka delima je kannn? Kita nak juga pelbagaikan citarasa air minuman kita. Lumrah manusia suka mencuba sesuatu yang baru kannn? Tertanya-tanya sedap ke, apa rasa, betul ke kelebihan dan kebaikan cuka kurma ni bagus seperti yang dicanang kan? Tak cuba tak tahu pulak kannn?

Testimoni Cuka Kurma Oxymel

Mmm… Rasa dia lebih sedap! Serius sedap sebab rasa pati cuka kurma Oxymel ini lembut, tak tajam seperti air minuman cuka buah yang lain. Aku suka! Anak-anak Nina pun sukakannya. Mudah nak bagi anak-anak minum lepas ni. No more drama! HAhaa

OXYMEL Khal Sakan Jabin

OXYMEL Khal Sakan Jabin

Cantik packaging Cuka Kurma OXYMEL!

Pertama sekali Nina suka packaging dia. Botol plastik! Ya botol plastik yang senang dijaga, tak risau kot anak terjatuhkan ke atau apa-apa. Bukan botol kaca seperti cuka lain yang Nina selalu beli sebelum ni sebab trauma bila teringat sebelum ni pernah TERpecah. Sayangnya rugi! Mungkin bagi orang lain, tak berapa pandang bab packaging tapi bila dah terkena kenangan pahit tak mampu ku lupakan sampai bila-bila! Huhuu

Pengalaman Nina sendiri : Khasiat cuka kurma mampu mencegah perut yang cerewet, sensitive dari meragam terutama di bulan Ramadan. Membantu mengelakkan dari terjadinya masalah sakit perut meragam macam gastrik, gastritis dan g3rd. Yang sedia maklum, Nina pernah alami gastrik yang teruk sampai jadi ulser dan membengkak. Sakitnya usah cerita, seksa! Gastrik ni kalau tak dicegah memang sadis. Dari sekadar angin dalam perut, gastrik pastu membawa ke gerd sudahnya anxiety! Nauzubillah takmo rasa lagi!

Ketahui ANXIETY pantang larang makanan yang boleh dan tidak

Khasiat Kebaikan Manfaat Cuka Kurma Ajwa OXYMEL Khal Sakan Jabin

Untuk yang belum tahu apakah khasiat dan kebaikkan Cuka Kurma Ajwa ni, meh Nina kongsikan
Mengelakkan terjadi nya sakit perut macam Gastrik, GERD, Anxiety dan Masalah lain.

  1. Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dulu.
  2. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka.
  3. Manakala Sakan Jabin adalah ramuan yang diajarkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan.
    Digabungkan ketiga-tiga ramuan ini yang bersumberkan kitab Tibb Ibnu Sina dan kitab Tibb Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni lalu terhasil lah apa yang dinamakan sebagai Pati Oxymel Khal Sakan Jabin ini.
Kebaikan Khasiat Manfaat Cuka Kurma OXYMEL

16 Khasiat Kebaikan Pati Cuka Kurma Ajwa OXYMEL Khal Sakan Jabin

● Sangat bagus untuk meningkatkan imuniti tubuh badan. Yelah, kurma kann bagus!
● Membantu mencegah terjadinya masalah sakit perut macam gastrik, gastritis dan gerd
● Melancarkan penghadaman makanan
● Membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh
● Membantu menurunkan kadar klestr0l dalam tubuh
● Membantu menghilangkan ketagihan gula (potong gula)
● Menurunkan berat badan
● Membantu meredakan sakit ulu hati
● Membantu cara buang angin dalam badan
● Membantu menormalkan pH dalam perut anda
● Menguatkan pH zat asam dalam perut anda
● Menghilangkan muntah-muntah, nausea and vomiting
● Membantu meredakan sakit dada, belakang dada dan sesak nafas akibat gerd
● Membantu meredakan sakit saraf tengkuk akibat gerd
● Membantu menghilangkan rasa tidak selesa perut dan badan
● Membantu menghilangkan masalah susah tidur malam

Bahan-Bahan Pati OXYMEL Khal Sakan Jabin
● Cuka kurma ajwa
● Madu Hutan
● Perahan bawang putih
● Perahan lemon
● Perahan Halia

Cara pengambilan Cuka Kurma


Cara Pengambilan Pati Cuka Kurma OXYMEL
Waktu sesuai minum cuka kurma

  1. Bagi yang ada masalah sakit perut macam gastrik / gerd. Sila ambil 5 sudu besar khal dan dicampurkan ke dalam segelas air. Tambahkan satu sudu madu asli. Kemudian campurkan air suam dan minum 2x sehari, sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum makan malam.

    Amalkan setiap hari sehingga masalah sakit perit seperti gastrik sembuh, kemudian boleh kurangkan kepada 2 sudu besar sehari.
    Sila amalkan pantang, jangan makan gula, tepung dan susu tin / kotak / lembu. Susu kambing sahaja dibenarkan. Amalkan khal bersama pantang sehingga gastrik anda sembuh.
  2. Untuk membantu menurunkan paras klestrol. Sila minum dua sudu besar khal tanpa dicampurkan air atau apa-apa campuran lain. Minum terus 3 sudu besar khal setiap kali selepas sarapan dan selepas makan malam.
  3. Untuk penjagaan kesihatan. Sila ambil 2 sudu besar dicampurkan segelas air suam dan setengah sudu madu (apa-apa jenis dibolehkan). Minum 1x sehari sebelum sarapan pagi.
  4. Cuka kurma amat sesuai diamalkan ibu mengandung. Ambil setengah sudu khal dicampur air suam dan madu, minum sebelum sarapan. Sekali sehari sahaja.
  5. Untuk kanak-kanak pun boleh! Hanya usia 4 tahun ke atas sahaja. Ambil setengah sudu sahaja
    sehari mengikut kesesuaian kanak-kanak tersebut.

Disclaimer : Cuka kurma bukan ubat tau, sekadar minuman tambahan. Apapun sakit tetap kena rujuk doktor ehh

Khasiat Manfaat Cuka Kurma Untuk Kesihatan

Cara simpan OXYMEL Khal Sakan Jabin

● Simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.
● Sesuai untuk prepping. Tiada tempoh luput.

Dimana nak beli Cuka Kurma OXYMEL ?
Mudah je! Semua nya di hujung jari. Korang boleh dapatkan di Shopee : OXYMEL KHAL SAKAN JABIN

Buat yang belum pernah cuba Cuka Kurma, moh ler kita sama-sama cuba dan amalkan. InsyaAllah kita dapat elakkan terjadinya sakit perut macam gastrik ke, angin ke dan seangkatannya dengan nya ketika menjalani ibadah puasa nanti. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Related posts:

ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT

Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam..... kenapa sumbat? pasal.......

Nina Dah cuba! CRYSTAL SKIN RISHBEAUTY buat Kulit Semakin cantik

Pengalaman Anak Tuisyen Online FLYHIGH TRAINING CENTRE pilihan terbaik

Lifestyle Review Cara pengambilan cuka kurmaCuka Kurma VS Cuka EpalJenama Cuka Kurma yang terbaikKhasiat Cuka KurmaKhasiat Cuka Kurma Untuk Ibu MengandungManfaat Cuka Kurma Untuk kesihatanMinum cuka kurma sebelum atau selepas makanOXYMEL KHAL SAKAN JABINTestimoni Cuka KurmaWaktu Sesuai minum Cuka Kurma

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (17)

  1. Semut Senyum says:
    March 28, 2023 at 9:23 am

    Waaa…. pekat ek cuka kurma ni. biasa jumpa yang cair je. tengok ramuan dia, mmg drpd bahan-bahan premium berkhasiat utk tubuh badan. Patot laa kak nina cergas je puasa2 ni….

    Reply
  2. Nadia johari says:
    March 28, 2023 at 8:36 pm

    Isi kandungnanya semua bagus.. Banyak manfaat. Memng kene amalkan selalu

    Reply
  3. Eillya Natasya Mirza Azlan says:
    March 29, 2023 at 9:15 pm

    Eillya pun dah amalkan cuka kurma Oxymel ni, memang berkesan elakkan sakit perut lagi lagi ketika berpuasa

    Reply
  4. Azni says:
    March 29, 2023 at 11:32 pm

    Kak azni pun baru first time cuba cuka kurma ni.. selalkunya cuka epal jer . Okaylah perit boleh terima

    Reply
  5. huda halid says:
    March 29, 2023 at 11:50 pm

    bagus lah amalkan ni, banyak betul manfaat untuk kesihatan.

    Reply
  6. Chaza Xiaojie says:
    March 30, 2023 at 2:07 am

    Cx pon consume cuka kurma oxymel kaknina. Badan cx rasa ringan dan bertenaga je sepanjang hari. Perut pon selesa. Rasa dia pon sedap

    Reply
  7. Saidila Abdul Rahman says:
    March 30, 2023 at 3:24 am

    Betul nina , packaging dia mesra alam sungguh , tak risau anak2 pegang jatuh pecah. Anda rasa dia pun sedap tak tajam macam cuka epal. Semoga kita semua sihat dengan mengamalkan cuka kurma.

    Reply
  8. Lya says:
    March 30, 2023 at 5:23 am

    kita pon amalkan cuka kurma ni jugak sekarang ni. alhamdulillah serasi .

    Reply
  9. Ben Ashaari says:
    March 30, 2023 at 6:15 am

    sedap rasa dia.. selesa perut pastu.

    Reply
  10. Julia Johari says:
    March 31, 2023 at 8:00 am

    Juju setuju dengan artikel ini, juju salah seorang pengguna Oxymel tau, dekat 2 minggu lebih amal sepanjang Ramadan, sahur juju dengan makanan sunnah Oxymel, alhamdulilah, perut rasa lawas serta badan bertenaga, membantu dalam kegiatan seharian supaya tak lesu keterlaluan. Terima kasih tau berkongsi.

    Reply
  11. anamizu says:
    April 5, 2023 at 12:14 pm

    waaahhh semua bahan premium! terbaik utk kesihatan ni.

    Reply
  12. lisa says:
    April 9, 2023 at 1:55 am

    sedap and rasa masam masam sikit . sesuai untuk perut yang kembung and gastrik and gerd juga. minum ni kentut2 . hahahaha

    Reply
  13. yanieyusuf says:
    April 13, 2023 at 2:07 pm

    yanie tak pernah lagi cuba cuka kurma ni. boleh lah cuba lepas baca perkongsian kaknina ni.

    Reply
  14. YB Shehan says:
    April 17, 2023 at 8:17 pm

    banyaknya kelebihan dia.. rasa nak beli kat parent lah

    Reply
  15. HealthExpress Discount says:
    September 7, 2023 at 3:27 pm

    Wow! Thanks so much for this post. This information has been very helpful. Thanks for sharing this post.

    Reply
  16. Beth Grosshans Husband says:
    December 18, 2023 at 8:02 am

    Really appreciate your thoughts and very helpful for the reader thanks for sharing.

    Reply
  17. Sports Surge says:
    November 6, 2024 at 5:22 am

    Thanks for sharing this amazing article, it is a very informative post good work keep it up.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes