As’salamualaikum dan salam sejahtera
Salam Jumaat buat semua. Pertama sekali Nina iringkan Al-Fatehah dan takziah pada kaum keluarga tokoh terbilang yang amat disegani, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang pulang ke rahmatullah malam semalam.. T_T
Hanya doa yang mampu Nina iringkan untuk beliau. Sesungguhnya pemergian beliau ditangisi oleh seluruh rakyat yang mengenalinya. Jelas ketara….
Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya… Aaminn…
Sapa suka masakan chinese style? Angkat tangan…..
Nina antara penggemar masakan cina. Mostly masakan cina menggunakan sos tiram, kicap cair, sos ikan, minyak bijan, ayam, udang, halia dan cili kering. Masakan cina amat sesuai buat menu kanak-kanak. Mereka tak de menu sambal yang pedas-pedas macam masakan melayu. So pedas mereka hanyalah berasaskan cili merah atau pun cili kering. Tak pedas mana pun…..
Tapi memang sedap!
Hari nie Nina sharekan menu masakan chinese style. Resepi nie Nina rujuk dari buku Masakan Halal Cina dari Chef Fatihah Seow Boon Hor keluaran Pustaka Zaman. Tapi Nina olahkan mengikut citarasa dan bahan yang ada kat rumah Nina. Actually Masakan Cina selalunya tak pedas pun walaupun namanya pedas. Kalau u alls nak lebih pedas just add cili padi sikit. Tekak melayu lah katakan~
Jom intai resepinya … Zasss~
AYAM MASAK PEDAS BERGAJUS
Bahan-bahan
1 dada ayam sederhana besar – dipotong kecil/dadu
5 biji lada kering – dipotong 4
1 labu bawang merah – dipotong berbaji
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang halus
1inch halia – cincang halus
beberapa biji gajus – nina letak banyak
1 biji tomato – dipotong dadu (Nina tambah)
3 sudu besar sos tiram (Nina tambah)
Minyak untuk menumis
Bahan perap
1/2 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1 biji telur
1 sudu besar tepung beras
Bahan perasa ( semua Nina tak letak)
1sudu besar sos hoisin
1sudu besar sos plum masam
1sudu besar sos worcestershire
Cara penyediannya
1- Ayam dicuci dan dikeringkan. Potong ayam kepada ketulan sederhana besar. Gaul ayam dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 15minit.
2- Goreng ayam dalam minyak panas hingga keemasan. Angkat dan toskan.
3- Goreng biji gajus tanpa minyak selama 3-4minit. Angkat dan ketepikan
4- Pananskan minyak dalam kuali. Tumiskan halia, lada kering, bawang besar, bawang putih dan tomato dan sos tiram. Kemudian masukkan ayam. Masak atas api besar untuk seketika.
5- Apabila sudah masak, tutup api dan taburkan biji gajus kat atasnya. Sedia dihidangkan.
ticle, and more importantly, your personal expe https://vidmate.onl/ rienceMindfully using our emotions as data about our inner state and knowing when it’s better to de-escalate by taking a time out are great tools. Appreciate you reading and sharing your story, since I can certainly relate and I think others can too