Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 18, 2015January 11, 2016

Baju baby pertama dan seterusnya… Tips untuk ibu/mummy yang plan nak anak ramai berderet-deret. Sila take note!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Hhrmm…. Nampak tak?
Ini adalah stok baju simpanan dari dalam gobok. Baru-baru nie MyGang keluarkan dari gua kecik aka gobok (orang Johor panggil almari/stor tuu gobok) yang ada dalam rumah kecik Nina. Disebabkan Nina dah punya berderet-deret bala tentera so baju-baju kids semakin lama semakin menggunung. Maklum lah Nina dah ada 4orang anugerah terindah.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 FARM IN THE CITY SERONOK SAKAN ANAK-ANAK WALAU DAH 3 KALI DATANG SINI
3 Eina Azman laaaa punya pasal ni....
4 Perapan CHIKEBOOMM Frozen padu beb!
5 haishh ... Tak tahu nak masak apa! Ikan Cencaru Masak Taucu ... sedap gak!

Meh sini Nina share kan cara Nina simpan baju-baju baby yang dah tak nak pakai | atau lebih tepat nak pakai | tapi sayang nak buang | masih cantik | suka simpan buat koleksi | hobby simpan baju lama | dan bla-bla blaaa~

Hokey…. Mummy! Kalaulah koleksi banyak yang nak disimpan, mula-mula sebaiknya asingkan baju mengikut umur. Contohnya 0-6months / 6-12months / 1-2years / 3years above. Tapi kalau tak banyak sangat just asingkan = baby 1-12months & 1years above. Selalunya untuk baby 0-6months banyakk stok baju dan keperluan yang nak disimpan. Selain baju, termasuk gak lampin, barut, bedung, sarung bantal, sarung tilam, tuala, selimut, topi, sarung tangan, stokin, dan macam-macam lagi laaa….. So better asingkan supaya nanti senang nak keluarkan dan cuci semua. Gerenti masa dalam pantang semua pun nak pakai.

Bila dah asingkan, pastu lipat baik-baik then masukkan dalam plastik yang tebal. Nampak tak kat gambar tuuu? Nina guna plastik pampers! Paling tebal dan tak membazir…. Hehehe . . . .

Kemudian label. Ini penting! Diulang…. Penting! Supaya senang untuk kita gak nanti nak cari barang asas keperluan baby yang seterusnya…. Lepas tuu dah cukup tempoh, mana yang masih baik kita simpan semula, label dan simpan dalam gobok semula then ambik pula next label stok baju. Senang kan??
Teratur sepanjang tahun…..

Actually terpulang pada setiap individu nak buat camner stok baju yang banyak tuuu…. Nina bukan golongan yang mewah, banyak duit dan harta lagi kaya… “kalau aku kayaaa, hari-hari hari raya, bil-bil jiran tetangga aku bayar semuaaa” eh ehh… ternyanyi lak. Fuh fuhh …!! Tiup-tiup cepat takut nanti katak panggil hujan lak. Hehee…. 

Baju-baju yang masih baik lagi cantik dan banyak tuu selain dari simpan untuk kegunaan akan datang, uolls boleh donate pada rumah kebajikan atau beri pada orang susah. 

Tak pun joint taman-taman perumahan yang ada buat CarBoots Sales. Jual murah-murah sehelai RM1 gerenti susut gunung-ganang baju uolls. Kat sekitar Klang Valley banyak CarBoots Sales. Contohnya kat Taman Keramat, Taman Melawati, Kota Damansara, Taman Medan dan beberapa lagi tempat di bandar utama.
Moga dengan perkongsian ini, dapat membantu bakal ibu, mummy yang akan mendapat baby ke-2, ke-3 dan seterusnya….
Berjimat selagi boleh. Jangan membazir!

Ppsstt >>>> Baju dalam plastik tuu since dari anak Nina no.1 pun ada yang masih baik lagi cantik buat baby Eilhan pakai nanti.
Syukur Alhamdulillah….

Ehem ehemm….. kot-kot ada nak sponsor / bagi gift buat baby Eilhan sudi-sudi lah pm email Nina. Erkk??
Gurau ajer~


Ini lah 4orang anugerah terindah Nina…..
Dari kiri Eilman (8thn), Eilyana (6thn), Eillya (12thn) dan baby Eilhan (1thn)





Related posts:

FARM IN THE CITY SERONOK SAKAN ANAK-ANAK WALAU DAH 3 KALI DATANG SINI

Eina Azman laaaa punya pasal ni....

Perapan CHIKEBOOMM Frozen padu beb!

haishh ... Tak tahu nak masak apa! Ikan Cencaru Masak Taucu ... sedap gak!

Lifestyle Info - ParentingTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes