Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam
July 3, 2019July 3, 2019

Sinopsis Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM TV3

Excited lak nak tengok lakonan Kamal Adli tuk Drama Slot Akasia yang baru ni selepas  tamatnya  Drama trending Bukan Cinta Aku  . Bukan apa, sekarang ni Kamal Adli tengah hangat meletop lakonan santai bersahaja nya kat Drama Setelah Terlafaznya Akad di Astro  Sinopsis Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM
2 Related posts:
3 IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
4 Menu Open House Western Paling Senang ...
5 Aduhhh .... Sayang nya nak buang putih telur ni..!! Resepi biskut putih telur yang sedap!
6 Sinopsis Drama SWEET DREAMS lakonan BEN AMIR yang buat ramai cair. BEST seyhhh citer ni..

So tuk Drama Utusan Cinta Buat Adam ni lain lak karektor dia. Tu yang tak sabar nak tonton. Serius tak sangka sejak dah lama tak berlakon ni, Kamal Adli semakin hebat lakonannya.

Drama adaptasi novel Utusan Cinta Buat Adam karya Myra Ameer  ni ditayangkan di  slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Puteri Aishah. Diarahkan oleh Along Kamaludin bermula 3 Julai 2019.

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam

Sinopsis Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Mengisahkan Aireen Husna (Puteri Aishah) seorang doktor yang masih lagi mencari lelaki pilihan idamannya iaitu seorang yang kuat pada agama. Seringkali dipertemukan senang citer Aireen  ni selalu terserempak dengan Adam Firdaus (Kamal Adli) di masjid telah menambat hati Aireen walaupuan tidak kenal siapa gerangan orangnya.

Naskhah ini juga mengetengahkan keberanian Aireen untuk melamar lelaki yang dia rasa soleh dan menepati ciri-ciri idaman dia dengan menggunakan orang tengah. Wow … !! Memang berani. Tak kenal tak bercinta terus terima dan kawin. Dia percaya – Sesiapa saja berhak menetapkan ciri ciri idaman baik lelaki dan perempuan. So, bertepatan sebagaimana firman Allah :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur : 26)

Adam Firdaus, seorang pensyarah berumur 35 tahun masih belum menemui wanita yang berkenan dalam hatinya walaupun sudah ramai calon menantu pilihan dari keluarganya. Bila dok kena desak ngan Mak nya, boleh pula dia jawab “Adam tunggu perempuan masuk minang Adam!” eerrkkk …. Fenin Maknya!

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam

Sebaik Aireen mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati. Perghhh …. perempuan yang lamar lelaki. Rare!

Perkahwinan Adam dan Aireen tidak direstui nenek adam, Tok Wan yang mahu cucu kesayangannya itu berkahwin dengan Liyana. Korang gerenti akan menyampah dengan watak Liyana dan Tok Wan ni nanti. Sila tengok! Kot korang ada darah tinggi, makan ubat sesiap tau

Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam

“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM

“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN

Hadoi … Kecamuk lak! Banyak konflik ni… Adam Aireen, Tok Wan, Liyana lak? Huhuuu…
Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya?
Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam

JUDUL : UTUSAN CINTA BUAT ADAM
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Myra Ameer
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A-Ten Alliances Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim

WATAK PELAKON
Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
Sharifah Sakinah sebagai Liyana
Kartina Aziz sebagai Tok Wan
Nazeera Sardi sebagai Fazrin

LAGU TEMA / OST
Sharifah Zarina – Pernah Bahagia

So far kesemua pelakon semua lawa cantik hensem dan semua punya bakat lakonan terbaik. Adanya kemunculan aktress popular dulu Aleeza Kasim. Masih cantik dia! Dan … Nina suka lakonan Kuza (mak Adam)  tak lupa Sharifah Sakinah yang lakonkan watak Liyana.  🙂

Kot korang terlepas nonton, korang leh laaa tengok kat Youtube TV3 atau korang korang tonton kat www.tonton.com.my . ( Tak sure ada ke tak?) Ada nanti Nina paste link Tonton Online lak eh…

Related posts:

IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan

Menu Open House Western Paling Senang ...

Aduhhh .... Sayang nya nak buang putih telur ni..!! Resepi biskut putih telur yang sedap!

Sinopsis Drama SWEET DREAMS lakonan BEN AMIR yang buat ramai cair. BEST seyhhh citer ni..

Lifestyle Review Akasia TV3Drama sangatdrama TV3 7pmKamal AdliSinopsisSinopsis UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. adianiez AIDA says:
    July 4, 2019 at 7:46 am

    aida minat jugak lakonan kamal adly ni.
    dia boleh main watak kelakar, serius, poyo…
    ok la. serba boleh dan sesuai kesemua watak tu dgn diri dia.

    bab drama ni, aida fail la, nina.
    selalu sgt miss! hi hi hi hi…
    dek kesibukan yg lain.
    dan utamanya, dek kerana izzat conquer tv lah 🙂 ha ha ha ha

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 4, 2019 at 9:42 am

      Nina baru jer minat lakonan Kamal Adli ni. Watak poyo dia comel.
      Drama Adam ni bari start semalam. Ok gak nampaknya

      Reply
  2. Rahmah says:
    July 11, 2019 at 7:16 am

    Makcik paling kuat mengutuk drama melayu. Sekarang tidak lagi…. lebih2 lagi bila lakonan pelakon Gred A.. seolah kita melihat sedara mara kita sedang menunjukkan kisah mereka depan kita. Lakonan yang mantap dan terbaik dari Kamal Adly, Putri Aisyah, Kuza, Noniswara, Kartina Aziz dan Sh Sakinah sangat terbaik. Perlu drama sebegini utk 2019.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 11, 2019 at 9:00 am

      Setuju… Lakonan mereka santai bersahaja kann? Cerita ni pun best!

      Reply
  3. Pingback: Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3 - Nina Mirza
  4. Pingback: Sinopsis Drama BUKAN KAHWIN PAKSA TV3 - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes