Okies, semalam Nina dah janji nak citer lebih lanjut pasal Oxyderm Facial Treatment yang Nina buat di Skin Valet Bangi semalam. Secara overall SKIN VALET BANGI Rawatan Muka yang mereka buat tu best dan Nina berpuashati dengannya. Tak rugi laa Nina datang dari jauh, hampir 2 jam perjalanan. Jammed teruk sangat masa perjalanan ke sana. Huhuuu . . .
Nah… Nina tunai kan janji ditepati. Baik kannn kita. Angkat bakul Nina ni. Tak malu puji diri sendiri, HEhee
Bak kata Pakar Beauty Consultant Skin Valet Bangi kulit muka Nina ni masalah nya dehydrated skin. Bukan kulit kering tapi kekurangan air. Dua benda yang berbeza. Nina pun ingat sama je dua-dua tuu
SKIN VALET BANGI RAWATAN MUKA DEHYDRATED SKIN OXYDERM TREATMENT
Note : tak lemas pun pakai topeng star trek ni. Relax jer…
Dehydrated skin ni antara punca cepat nya muka naik jeragat!
Ahaaa… Hati hati korang yang ada masalah Dehydrated Skin! Masalah ni lah punca terjadi nya jeragat. Memang tak lawa langsung yaa jeragat ni. Ia bukan lah bintik-bintik hitam yang buat wajah korang macam comel ala anak matsaleh tu ya! Not at all. Jeragat ni akan buat kulit muka lebih cepat nampak tua dari usia. HUhuu
Kulit muka kita terima jumlah sinaran matahari yang paling banyak. Ya area muka paling banyak, paling terkesan, paling terdedah pada sinaran, tak kan tutup muka? Tak nampak apa lah nanti. Nanti jalan langgar batu acaner? HAhaa
So bila kulit muka kita terdedah pada matahari, chances tinggi kulit jadi kering, gelap, nampak tak beraya dan kusam. Jawapannya tak lawa, tak berseri, nampak tua sebelum usia laaa nanti.
Solusinya kena laaa pasti kan kita pakai sunblock aka SUNSCREEN sebelum keluar rumah. Pakai laaa apa-apa jenama sekali pun janji ianya sunscreen yang mampu melindungi kulit dari UVA / UVB yang ada SPF PA +++. Penting tau. WAJIB!
So sila lah korang pakai walau dimana korang berada. Dok dalam rumah pun pasti samar-samar akan terkena cahaya SUN kann? Dah nama nya SUNscreen sila pakai saatnya sebelum terkena SUN! Tanya Nina sunscreen kegemaran Nina buat masa ni dah bertiub tiub dah Nina pakai sunscreen ni sebab murah dan … Panjang lak citer nanti. So pepandai laa korang baca REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH by NinaMirza
Coffee juga antara punca Dehydrated Skin.
Oh my oh my! Sedih nya… Ini laaa cabaran tahap tertinggi buat Nina. Sebab Nina ni kategori addicted coffee. Setiap hari mesti nak pekena sekurangnya secawan dua. Huhuuu… Solusinya : kena laaa kurang kan coffee pasni. Mampu kah? Uhuk uhukkk..
Faktor usia, kulit muka kekurangan kolegen dan vitamin mineral
Beauty consultant cadangkan Nina consume supplement pasni. Menambah kan kolegen dalam badan sebab tatkala usia meningkat proses kolegen dalam badan semakin menurun. Hurmm… Akan dipertimbangkan produk yang akan dicuba nanti.
Minum air mineral secukup nya
Minum lebih banyak air mineral dan pasti kan badan sentiasa cukup rehat dan sihat. Biasa lah bila kita sakit, muka akan memberi kesan gak.
Secara ringkas nya, banyak faktor yang mempengaruhi punca Dehydrated Skin. Antara nya Makeup, Cara hidup, Pemakanan, Skincare dan Hormon. Kau lah wanita, ciptaan istimewa! – lirik lagu Wanita dari Sheila Majid
Lastly, Selepas beauty consultant dah membebel kat Nina dan faham punca sebab kulit muka Nina kekurangan air, Nina pun bersetuju membuat rawatan Oxyderm.
SKIN VALET BANGI
RAWATAN MUKA DEHYDRATED SKIN OXYDERM TREATMENT
Nah… Nina tunjuk sikit short video sepanjang Nina dapatkan rawatan Oxyderm Facial Treatment.. Actually, bilik ni agak gelap, so tak banyak yang dapat Nina rakam kan…
Kelebihan kebaikkan Oxyderm Facial Treatment di SKIN VALET BANGI
OxyDerm Facial Treatment ni merupakan terapi Anti Penuaan yang hampir sempurna untuk kekalkan ‘KEREMAJAAN’ kulit.
1. SV Oxyderm ini boleh bantu baiki moisture yang hilang dari kulit.
BONUS : Kulit muka cerah dengan technique cooling with oxygen.
2. Menggunakan 100% oxygen infusion ke dalam kulit muka (tanpa suntikan) di campur dengan whitening serum. Memang hasilnya amat flawless. Boleh nampak perbezaan sebaik sahaja selesai terapi ni.
3. 4 langkah pure oxygen infusion yang memastikan keberkesanan terapi menghapus jeragat & kedutan hasul pada kulit wajah.
Skin issue : jeragat, fine wrinkle, kulit kusam, kulit kering
Selepas rawatan Oxyderm, Nina dapat rasa kan kulit muka Nina segar, lembab, segar! Nak kata nampak putih tu idok lerrr sangat maybe sebab Nina dah sedia putih kot. Perasan tak sudah. HEhee…
Nak kulit muka putih cerah lain rawatan nya. Tapi bagi Nina kulit muka putih bukan lah faktor seseorang tu cantik.
Kulit muka yang sihat, tanpa sebarang masalah itu laaa yang cantik. Orang negro pun ramai yang cantik kannnn? Janji muka tak berlopak, gerutu, penuh jerawat jeragat. Setuju tak?
Oh ya.. Sebelum lupa, kat SKIN VALET BANGI ada menawarkan pembayaran secara instalment. Menarik kannn? Idok lerrr rasa terbeban sangat bayar sekali sedepuk! Sikit sikit lelama cantik.
Okey, untuk ketenangan lebih lanjut korang pi laaa terjah Web FB IG depa eh.. Nina nak citer banyak, bukan bidang Nina so Nina citer base pengalaman Nina.
Untuk temujanji
Korang call careline depa dulu dan check slot mana yang masih kosong. Kat sini busy awak… Pelanggan setia dan baru ramai.
Alamat Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
03-8922 9181
Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
Waze : Skin Valet Bangi
Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm
Untuk maklumat lebih lanjut korang pi laaa intai kat
Facebook : Skin Valet Bangi
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi
Last… Cantik tu subjektif, bagi Nina kulit sihat bersih tanpa sebarang masalah tu laaa cantik! Natural beauty gitu…
Moh lerr kita cantik sebelum tua mengejar kita.
Yerrr .. kena jaga especially umur2 mcm kita ni..kalau tak lagi nampak tua cepatkan
Kena cuba ni sbb Haida pun ade masalah mukr dehydrated.
Kulit mar pun sama jgk, kurang air. Skg ni beli mask yg berasaskan air, guna mlm2. Tp ni ada rawatan yg lg cepat kat skinvalet, rasa nak cuba la
ohh macam tu ek die check muka dehydrated.kite rasa kulit kite pon sama.sbb asyik menggelupas
bestnyeeeerr… org duk belai muka kita. Me time gitew.