Sunscreen favorite? Ya, opkos ada. Dalam banyak-banyak jenama jenis sunscreen semestinya ada sunscreen favorite. Okies hari ni nak share review sunscreen terbaik paling bagus murah best favorite yang Nina dah lama pakai. Maklum lah sunscreen kan wajib pakai setiap hari. Without failed! Walaupun keje as Domestic Manager. Amboi.. Position takmo kalah! Erti kata lain surirumah. HAhaa
Duduk rumah tak kena matahari pun wajib pakai sunscreen
Ya dok rumah pun wajib pakai sunscreen.
Sebab dok dalam rumah pun tempias kena cahaya matahari kann? Bahaya Sinar UV ni tau, teruk nya bukan biasa-biasa. Lain laa kot ada yang menetap dalam gua. Hidup dalam kegelapan. Oh no kesian.
Tapi
Nih haaa … Kome yang dok baca posting ni, dok ngadap smartphone tiap minit ni pun ada cahaya blue light tak bagus untuk skin kita. Tak pakai sunscreen tengok lah hasilnya nanti. Gini mau ke? Eerkkk… (Gambar contoh)
Contoh lain, saat kita tonggang terbalik macam Marjinah – korang masak pun ada haba api tu kannn? Haaa tu pun tak bagus. Senang citer , semua tu antara penggalak kulit muka kusam, berjeragat, cepat dimakan usia.
So jangan makan usia, makan laaa makanan yang sihat.
Okies asalnya nak share pasal sunscreen. Ok fokus fokus.
Setelah umur dah masuk golongan remaja purba ni 45 tahun Nina dah banyak jenis krim muka dok tepek. Sejak remaja Nina pastikan tepek cream muka ada tulis SPF kat botol. Masa tu tak reti pakai sunblock. Fikirkan sunblock ni kena pakai bila pi pantai je.. HAhaa
Tetap kena pakai sunscreen walaupun day cream dah ada SPF
So masa berganti tahun demi tahun baru tahu wujudnya sunscreen.
Ooo… Sunscreen tak sama ngan day cream yang selama ni dok pakai walaupun day cream ada tulis SPF kat depan. Dah pakai day cream tetap kena pakai sunscreen. Sama juga bila kita pakai foundation yang ada tulis SPF 30, tetap kena tepek sunscreen sebelum pakai foundation. So sila noted ya!
Nina dah pernah pakai dari yang mahal ke murah, murah ke mahal, harga B40, M40, T20 semua dah cuba.
Memacam jenama. Clinique, Murad, Sun Play, New.Bie Skincare, Cetaphil, L’Oreal, Biore kuning, biru, pink, putih semua dah cuba dan banyakkkkk lagi. Tegar sungguh kamu Nina! HAhaaa
Biasalah Wanita suka nau membeli dan mencuba walau dah helok sesuai dah masa tu
REVIEW SUNSCREEN MUKA TERBAIK PALING BAGUS MURAH BEST
Ok Wardah ni pun dah cuba then cuba yang lain then beli semula dan cuba lagi yang lain dan ending pakai balik Wardah ni. Total up looks like pi mai pi mai dok get back pakai Wardah. So kesimpulannya Sunscreen Wardah sesuai serasi dengan my skin dan paling penting my poket sebab dia murah!
Wardah pun selalu ada promosi, agaknya memang berjodoh ngan Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++ ni . Time dia sale je time tu laaa sunscreen lain habis. So macam terpaksa ter racun terbeli Wardah. Murah kann.. Rugi laa tak beli!
Nampak tak permainan dia tuh? WARDAH yang salah sebab tu daku terpaksa memilih dikau. Alasan! HAhaaa
Tapi kannnn, time sale tu dia punya beli sampai lupa diri. Bukan beli 1 tapi tujuh lapan sembilan seploh tube. (Saja tulis perkataan, tak nampak no tu banyak) Sales kann jimat? Alasan lagi. HAhaa
Satu keluarga kongsi pakai. Jimat!
Banyak nya? Ya banyak sebab Mak Pak anak beranak pakai. Anak 5, yang 3 dah besar wajib pakai before keluar rumah. Jadikan rutin. Yang lagi 2 kenit tu pakai bila ada aktiviti outdoor pun tepek jugak sunscreen Wardah. So far so good. Takde any iritasi. Alhamdulillah..
Apa bagus SUNSCREEN Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++ ??
Short cut citer, tak berani bagi kata putus. Ghisauuu nanti jengjalan watson ke, Guardian ke, AEON ke ternampak, TERracun, TERmengade, TERbeli jenama lain. Huhuuu
Tapi buat masa ini, ya sehingga hari ini sesapa yang dok tanya sunscreen favorite Nina jawapannya is WARDAH UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++ ni.
Apa kata Nina?
Sebab Wardah ada SPF30 PA+++, NO Alcohol, melembabkan kulit, tak melekit, tekstur ringan, pantas meresap, serasi sesuai my skin, senang beli sebab ada jual kat memana farmasi, or any hypermarket pun ada. Online pun ada. Mudah! Kiranya Sunscreen terbaik untuk kulit kering, elakkan jeragat, kulit kusam.
Lagi best takde white cast. Muka glowing je lepas pakai. Dan ia berasaskan gel. Sesuai juga untuk kulit berminyak sebab gel mampu mengawal minyak pada wajah.
Okies ni claim dari Wardah Nina kongsikan dengan korang.
Kebaikkan kelebihan SUNCREEN TERBAIK WARDAH UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++
- sunscreen dengan inovasi formula 0% alcohol.
- Memiliki Light Texture yang menjadikan produk ini ringan tanpa rasa melekit. Selesa dipakai.
- Diperkaya dengan kombinasi Vitamin E dan Pro Vitamin B5 di dalamnya yang membantu memenuhi keperluan nutrisi kulit. Maklum lah skin type Nina jenis dry combination. So kandungan Pro Vitamin B5 bagus untuk menghidrasi kulit kering. Kulit muka rasa lembab moist je lepas sapu.
- Buat yang belum tahu, Vitamin E ini berfungsi sebagai anti-oksidant, dapat merawat kulit terbakar dari paparan sinar matahari, serta dapat menyamarkan bintik-bintik hitam pada kulit.
- Kandungan yang dikenal dengan nama Panthenol ini juga bagus untuk mengurangi minyak berlebih pada wajah. So sesapa yang kulit berminyak dan berjerawat pun boleh pakai produk ni sebab kandungan vitamin Panthenol mampu seimbangkan kadar minyak pada kulit wajah kita.
- Pro Vitamin B5 juga mampu mengurangkan rasa pedih, gatal, dan kemerahan pada kulit wajah. Selain itu, kandungan ini bertindak sebagai anti-aging yang baik dan dapat menyamarkan garis halus dan kerutan di wajah.
Menarik kannn?
Dan paling Best Sunscreen Terbaik Wardah murah, terbaik mesra poket!
RM belas-belas je. Beli time sales lagi murah. Dalam sebelas ringgit gitu.
Maklumlah Domestic Manager kannn, bijak urus kewangan amat penting. Sedar diri kita ni rakyat marheannn je.. Kena tepokkkk poket dulu. HEhee
Berapa lama sunscreen SPF 30 bertahan? Kena re-apply lagi?
Sunscreen dengan SPF 30 dapat memberikan perlindungan selama 300 minit. Maksudnya kulit muka yang dah pakai sunscreen SPF 30 dapat melindungi kulit muka anggaran lima jam. Selepas tu korang kena re-apply atau tidak kulit muka akan terbakar kena sinar matahari.
Kandungan Bahan / Ingredient dalam Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++
0% Alcohol, Broad Spectrum Protection, Vitamin E & B5. Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Butyloctyl Salicylate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Octocrylene, Propylene Glycol, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Tocopheryl Acetate, Phenoxyethanol, Sodium Acrylates Copolymer, Chlorphenesin, Propanediol, Lecithin, Allantoin, Panthenol, Disodium EDTA, Fragrance, Ethylhexylglycerin, Artemisia Capillaris Flower Extract. ** Copy paste dari website Wardah Beauty. Kat kotak pun ada tulis.
Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++ Terbaik
** Ok settel. Kita dah tunaikan kata, ramai nau pm tepi dok tanya pakai sunscreen apa. InsyaAllah pasni kita share rutin lain yang kita dok tepek kat muka comey ni ehh. Ok poyo perasan
Pakai apa pun jenama sunscreen kena konsisten. Wajib setiap hari
Salam ikhlas
Nina Mirza
Jujur kata, skin daku tidak laaa lawa mana. Lightning masa snap gambar yang banyak membantu sebenarnya. Sebab ada je garisan halus kat muka ni. It’s ok, garisan halus ni tanda kematangan hidup. Enjoy it . Haaa.. positive kan? Padahal tanda penuaan.
Selamat ber sunscreen!
Pakai laa jenama apapun, as long pakai konsisten, istiqomah gituh.
Review ikhlas bukan sponsorship posting.
*Kena bagitau sebab kita Domestic Manager merangkap Blogger so *orang-orang typical tu* suka fikir semua yang kita share tu “Elehhhh… Paid review je tu” huhuu… Kesian kita tau.
Paid review pun kita share bese on pengalaman kita. Sebab kalau produk tak bagus kita akan inform client dan review tersebut tak akan keluar. Haaa gitu.
Nina nak selit laa sikit. Rutin mingguan, Nina akan scrub muka. Buangkan sel kulit mati. Supaya kulit muka sihat dan manfaat skincare lain akan meresap masuk, menerima khasiat yang ada dalam produk yang kita gunakan. REVIEW SCRUB MUKA TERBAIK yang Nina dah pakai berkurun lama nya. Alhamdulillah berpuashati dengan produk ini.
Tapi sesekali Nina buat sendiri DIY scrub muka homemade . Berasaskan bahan dari dapur je. Kiranya ini lah skrub muka tradisional antara solusi lain yang korang boleh amalkan, manalah tahu kot serasi. Apa salah nya cuba iyer tak? Tak cuba tak tahu..
So jaga diri, sayangi diri
Matahari pun bagus ada Vit D
Jommm brisk walk senaman paling mudah ! Kekal sihat barulah wajah berseri-seri.
I am using this sunscreen. it’s quite expensive but very good for the skin.
kita pun dah masuk tube ke2.Alhamdulillah serasi dan harga pun murah jugaklah.
it is a good product! I use it everyday
Hello,have a great gaming experience.
Ok, wow…mantappp..
Hello, This subject very interesting. thanks for helpfull writing. this article very important and true.
maybe you should check this article. very helpfull
If you want to explore some best happy birthday wishes for your loved ones then click here to explore our list of happy birthday wishes
Thank you for helping me out here. I’ve learned a lot from reading what you’ve written. I just joined this site, so it’s nice to get to know everyone. Please get in touch with me here if you can
This is a really great site. Thanks for your sharing.
This is truly an excellent site. Thanks for your sharing.