RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK. Ya semestinya! Sebab apa.. Sebab inilah pengalaman Nina sendiri. Kita sedia maklum sekarang ni semuanya dihujung jari, begitu juga dengan pembelajaran anak-anak. Mau atau tidak, anak-anak perlu didedahkan dengan gadjet. Sejujurnya , sejak PKP anak-anak Nina mula didedahkan dengan sistem pembelajaran atas talian. Masa tu kita semua agak tertekan dengan PDPR termasuk Nina. Stress weyhh…!!
Pastu Nina daftarkan anak di Pusat Tuisyen Online Terbaik FLY HIGH TRAINING CENTRE . Alhamdulillah respon bagus dari anak-anak. Pada 7 September 2022 Fly High Education Centre mengorak langkah kehadapan dengan membangunkan ReLY : sebuah Aplikasi Belajar Online Interaktif Dan Menarik
Buat masa ini, ReLY memberikan tumpuan khas untuk pelajar sekolah rendah. Dengan respon yang bagus masa Eilhan join Kelas Online FLY HIGH so takde sebab untuk Eilhan tak turut serta dalam ReLY. Nina yakin ReLY aplikasi kelas online terbaik berdasarkan pengalaman Nina sendiri. Sebab apa? Teruskan baca Nina kongsikan sebab nya e
Kenapa anak perlukan Kelas Online Terbaik ?
Tak kan korang tak tahu, dok viral Matematik Darjah 1 susah. Jawapan nya KBAT.
Korang dah tengok kannn, susah ke senang? So Eilhan ni darjah 3 lagi lah huru hara.
Masa gambar ni Eilhan darjah 1. Acah-acah senyum seronok teruja nak masuk sekolah rendah. Sekali PKP.
Bayangkan hampir 2 tahun tak pegi sekolah sebab wabak, satu dunia terkesan. Apatah lagi anak-anak kannn? Tentu dah banyak ketinggalan dalam pelajaran. Depa pun stress!
Ya bukan mudah!
Ramai yang protes. Dah viral dah Silibus Matematik Darjah 1 susah , apatah lagi silibus tahap 2 kann?
Tapi takkan nak biar je anak ketinggalan keciciran kann? Maka Nina pun intai intai laaa kat mana ada buat kelas tambahan. So sejak 2 tahun lepas Nina masukkan anak Tusiyen Online FLYHIGH Training Centre. Sekarang FLYHIGH dah upgrade ke ReLY Aplikasi Kelas Online terbaik yang lebih mudah, up-to-date seiring teknologi semasa. Yelah, kita nak ajar bukan tak boleh tapi method kiraan cara masa kini tak sama dengan style kita dolu-dolu.
Tengok aje soalan matematik Darkaj 1 yang dok viral tuu. KBAT sangat!
Hadoi.. sakit kepala fikir. Padan laaa anak stress pi sekolah. MakPak pun boleh kena panic attack dibuatnya.
Ya, seram! Nina takmo Eilhan ketinggalan so Eilhan teruskan kelas online Fly High nya dengan Aplikasi ReLY.
RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK
ReLY merupakah akronim :
R – Revolution of Learning
E – Electronically Economics
L – Leverage Approach
Y – Yeowman Service
Testimoni pelajar : ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik
ini respon Eilhan lepas habis kelas Matematik Cikgu Sarah
“Mama, Eilhan suka laa Cikgu Sarah ni. Dia ajar bahagi, darab. Sebenarnya senang je kira! Kalau darab 100 – ada 2 kosong kosong maksudnya tambah je 2 kosong kat belakang. Senang je Mama.. “
Dia punya teruja seronok dah faham, dah tahu formula bahagi darab. Senang citer dah tahu buat!
Mama lagi laa happy good result kannn.. Yang sengalnya lepas kelas online ReLY dia mintak pulak soalan kat kita.
Dah bagi 10 soalan mintak lagi 20 soalan. Jenuh laaa mama nak fikir, nak create soalan anak ooii..
Sabar jer laaa. Dia mintak soalan banyak-banyakkkk. Huhuu.. Stress Mak! HAhaa
Ada lagi nak share ni, lagi buat kita terharu bila Eilhan cakap
“Eilhan suka Teacher Jannah, Cikgu Hanis , Ustazah Mualimah Hana. Cikgu sekolah pun ada tanya Eilhan ada pegi tuisyen ke sebab Eilhan dah pandai karangan pastu cepat kira. Eilhan kata tuisyen online je kat rumah. Pastu Cikgu kata Ooo.. patut lah Eilhan cepat buat sebab dah belajar dulu kat tuisyen. “ touching dengar cerita dia. Bersemangat seronok dia bercerita. Anak ni kann cakapnya jujur dari hati. Allahuakhbar ni pun rezeki .. Dapat cikgu yang baik belaka.
RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK
Okies, kenapa Nina kata ada 8 sebab ReLY aplikasi kelas online terbaik. Perkara baik harus lah dikongsikan dan disini Nina kongsikan view dari pengalaman peribadi Nina.
1. KELAS ONLINE ReLY MURAH
Murah? Ya murah, bukan beratus-ratus macam harga dipasaran tuu.
RM99 je 4 subjek. Sangat berpatutan dan berbaloi-baloi! Dengan harga RM99 dalam sebulan ada 16 sesi kelas online. Bagus kann? Bukan subjek teras je ada, subjek untuk UPKK, PSRA pun ada. Kelas mengaji pun ada!
2. JADUAL BELAJAR MASA YANG TEPAT DAN PADAT
Kelas online ReLY setiap malam 8-9pm sejam je sehari. Ya sejam je so anak-anak tak rasa terbeban senang citer boring atau hilang fokus bila masa belajar yang terlalu lama. Kejap tapi padat dah buat anak rasa enjoy sepanjang sesi pembelajaran. Yelah.. Bebudak ni lepas pukul 9 lebih mula laa menguap laa, mengantuk laaa, penat laa..
So setiap malam ada kelas online maka secara tak langsung anak takde masa main game bagai. Masa terisi dengan sesi ilmiah yang bermanfaat. Mak suka! HAhaa
3. CIKGU YANG BAGUS SUPERB BERPENGALAMAN !
So far berpuashati dengan Cikgu-cikgu ReLY yang berpengalaman. Bukan calang-calang. Semuanya dari background yang hebat belaka. Contohnya Cikgu Shahril Othman merupakan Penulis Buku KSSR, tenaga pengajar TV Pendidikan PKP dan Didik TV. Cikgu Bob pula berpengalaman menganalisis soalan-soalan popular BM UPSR. Ramai lagi barisan cikgu yang power dalam bidang mereka. Nina sebut antara Cikgu yang dah pernah ajar anak-anak Nina.
4. PARA PENDIDIK ReLY KREATIF INOVATIF
Haa… kena tahu, bukan mudah seorang cikgu nak get along dengan anak mengajar online ni. Tengok je laa masa PdPR dulu. Mmm.. takmo komen lebih. Huhuuu..Tapi Nina selalu dok sebelah masa sesi kelas online so Nina nampak sendiri keberkesanan cara mengajar cikgu ReLY ni dengan anak. Antaranya nada suara yang ceria tapi tegas, slide presentation yang menarik dan paling best Cikgu-cikgu nya
mesra alam, eh.. mesra budak. Derang tau bila nak approach anak kita dan sentiasa memberi peluang dan ruang untuk anak bersama berinteraksi semasa sesi pembelajaran kelas online berlangsung. Bagus!
ANAK SEKARANG LEBIH MUDAH FAHAM MELALUI VISUAL
Tidak dinafikan anak-anak sekarang lebih tertarik pada screen smartphone atau laptop berbanding buku. Anak ni mudah belajar dari visual. Apa yang mereka tengok lebih cepat captured dan simpan dalam memori mereka. So Nina bersetuju pendekatan kelas online ReLY terbaik kerana ianya memberi kesan positif , lebih mudah faham dan bagus untuk pembelajaran anak-anak di zaman sekarang.
5. MUDAH URUS ANAK BELAJAR DEPAN MATA
Rasa lebih selamat, puashati anak depan mata sebab kita senang pantau. Faham je laaa sekarang ni jenayah kat luar sana amat membimbangkan kannn.. Ghisauuu!
Kelas online kat rumah ni memudahkan lagi urusan seharian kita. Tak rushing nak kena bersiap pegi Pusat Tuisyen, tak perlu spend time keluar masuk rumah hantar jemput anak. Lagi satu, kena menunggu sampai kelas habis. Dah pernah lalui sebelum ni. Penat weyhh.. Masukkan je anak Kelas Online ReLY ni, jimat banyak!
6. KELAS ONLINE ReLY ADA RAKAMAN
Kalau ada hal, tak sempat join kelas online it’s ok. Yelah kekadang kita ada urusan, pi travel ke, anak tak sihat ke, anak banyak homework ke atau apa-apa kekangan menyebabkan anak tak dapat masuk kelas . Dalam Aplikasi ReLY ada disediakan rakaman so boleh laa tonton dan ulangkaji. Bebila anak ada masa extra de apa benda nak buat, bukak je rakaman. Kita pun boleh sama tonton dan fahamkan silibus so boleh laa sama-sama selami level stress anak-anak . HAhaaa .. Bagus kann? Kalau hantar ke Pusat Tuisyen mana ada rakaman, memang rugi sesaja laaa kalau tak pi kelas. Huhuuu
RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK
7. MODUL, NOTA , SET SOALAN DISEDIAKAN
Mudah sangat sebab dalam Aplikasi ReLY dah disediakan modul, nota dan set soalan. So JIMAT! MakPak tak perlu keluarkan kos lagi untuk beli buku lain dan sebagainya. Apa yang Nina perasan, modul dan nota amat lah menarik. Dengan adanya lakaran gambar berwarna, point penting yang mudah menarik minat anak buat latihan dan ulangkaji. Tau jer laa… Budak sekolah rendah kann? kena bagi yang kreatif baru anak seronok belajar. Teruatama modul Bahasa Arab. Cantik menarik! Eicha yang tadika pun sama join belajar
8. ERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN – BELAJAR BERSAMA-SAMA
Nina ni lebih pada family dalam apa pun benda Nina buat. Sekiranya aktiviti tersebut melibatkan seisi keluarga , Nina setuju sangat! So Nina amat bersetuju Aplikasi ReLY ini adalah kelas online terbaik . Contoh subjek untuk UPKK – Bahasa Arab misalnya, kami seisi keluarga dapat luangkan masa belajar bersama-sama. Jujur cerita Nina memang zero Bahasa Arab ni. Tak pernah pegi sekolah agama masa kecik. So masa kelas online, Nina sama-sama ikut dengar apa yang Ustazah ajar. Termasuk juga Kelas Subjek Teras yang lain. Dengan adanya rakaman, kita orang tonton dan ulangkaji sama-sama. Mmmm… Susah juga silibus anak sekolah rendah nih!. Penyertaan MakPak memang harus , setidaknya kita tahu dan boleh bantu anak kita sendiri.
ZAMAN SEKARANG MEMANG PERLU KELAS ONLINE TERBAIK
ALTENATIF TAMBAHAN BANTU ANAK CEMERLANG, TIDAK KETINGGALAN
Rekemen laaa korang masukkan anak korang Kelas Online ReLY ni
Benda baik kann harus laaa Nina share tuk korang sebab memang banyak manfaat yang didapati daripada ReLY ni
Selain subjek teras, Subjek Sekolah Agama, mengaji kan ada! Boleh persiapkan anak-anak untuk UPKK Dan PSRA nanti .
Korang pi laa intai sendiri www.relyedu.com
Atau ReLY Support Team :
Wasap.my/60192292022
Wasap.my/60135444882
Wasap.my/60126373174
Wasap.my/60173057197
Untuk info lebih lanjut dan jangan lupa follow untuk update info terkini ReLY di
Website ReLY: www.relyedu.com
Website Fly High: www.flyhighedu.com.my
Facebook ReLY: https://www.facebook.com/rely.apps
Tiktok ReLY: https://www.tiktok.com/@relyapps
Instagram ReLY: http://Instagram.com/relyapps
Apapun, sebagai parents zaman laa ni tak leh lepas tangan bab pembelajaran anak-anak. Kena sesama buat, ikuti perkembangan silibus. Sekurangnya kita dah usahakan apa yang perlu daripada tak berbuat apa-apa dan sekadar mengharap tanpa tindakan. Nina yakin setiap usaha pasti ada ganjarannya. InsyaAllah
I agree with you. This post is truly inspiring. I like your post and everything you share with us is current and very informative, I want to bookmark the page so I can return here from you that you have done a fantastic job.
This post is incredibly motivating. I appreciate your post, and everything you share with us is up to date and extremely informative. I want to bookmark this page so I can come back and tell you how well you did your work.
WPS website is a true treasure for college students who are short of time for accomplishment of difficult academic projects. Detailed reviews, based on personal experience enlighten the most critical facts.
I would want to express my gratitude to you for penning such an engaging article on the subject. This has given me a lot to think about, and I am looking forward to reading more.