As’salamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa khabar semua? Moga semuanya sihat walafiat hendaknya…
Ok, baru-baru Nina ada sharekan entry tentang Tips Tadika. Umur berapa sesuai, tadika jenis apa, kos dan lain-lain lagi.
Anak Nina Tadika masa umur 5tahun. So untuk makluman uolls, sebaiknya masa umur 5tahun ini lah uolls kena daftarkan online nama anak uolls seterusnya pilih nama sekolah yang akan anak uolls disekolahkan nanti. Proses ini memakan masa 2tahun gak tau…. **yelah, dari umur anak 5tahun – 6tahun nak masuk darjah satu**
Maksudnya andai anak uolls lahir tahun 2009, maka tahun lepas 2014 sepatutnya dah daftar online. Masih boleh daftar tahun nie (2015) tapi actually dah lewat.
Tarikh lewat adalah 31st march 2015.
Nie nak kasitau, andai sekolah yang dipohon penuh – melebihi quota (contohnya ramai dah daftar tahun lepas 2014) so kemungkinan anak uolss tak dapat masuk sekolah yang dipohon.
System akan auto daftarkan disekolah lain yang berhampiran tempat tinggal.
Ok, jom tengok proses daftar kemasukan anak darjah satu.
Memula nak buat apa?
1-. Mula-mula search nama sekolah yang hendak dipohon dulu. Ada kod sekolah yang perlu dicatat.
Boleh dirujuk dengan menaipkan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php
2-. Kemudian masuk web site apps.moe.gov.my :: kat sini pilih negeri sekolah yang uolls nak pohon. Contohnya Selangor apps.moe.gov.my/esppsel
Click kat PERMOHONAN ON-LINE. isi maklumat yang diperlukan.
Dinasihatkan make sure uolls isi borang online tuu dengan tepat dan betul. Terutama sekali no IC anak, sekolah yang dipilih. Kod sekolah yang tepat. Pindaan atau kemaskini update maklumat boleh buat 3kali sahaja! Pastu CETAK
3- Lepas dan cetak permohonan tersebut dan serahkan ke sekolah yang dipohon. Dalam tempoh 14hari so lepas isi borang online segera lah summit.
Sebelum itu, baca dengan teliti kehendak dan keperluan yang mesti dibawa ke sekolah.
Contohnya
1-. surat beranak original – jangan LAMINATE
2-. salinan surat beranak
3-. IC Ibubapa atau penjaga
4-. Surat nikah dan salinan
5-. Salinan utiliti bil – elektrik atau air
6-. Surat pengesahan Penjaga (jika ada)
7-. Surat Pengesahan Doktor / OKU (jika ada)
8-. Sekeping envelope bersize 102mmx229mm beserta setem beralamat sendiri.
Pastikan alamat surat menyurat itu alamat kekal. Bukan alamat pindah-randah yea sebab pihak sekolah akan menghantar surat kelulusan berdasarkan alamat kat envelope tersebut. ** Tahun berikutnya baru pihak sekolah balas dan hantar**
Hah! Nie nak pesan sikit >>>> Masa serahkan dokumen kat kerani sekolah, pastikan belakang surat beranak tuu nanti (yang original) ada cop pengesahan dari pihak sekolah. Hah! Sebab tuu dah pesan ‘Jangan LAMINATE’.
Sebelum balik pastikan kerani sekolah tuu dah cop kat belakang surat beranak. Mana lah tahu kot-kot dia sibuk dan terlupa pastu lak uolls nak cepat tak tahu apa-apa balik ajer….
Cop tuu tandanya uolls dah serahkan dokumen dan permohonan kemasukan anak uolls kat sekolah tuu.
Pastu apa?
4-. Sekitar bulan Ogos – sekolah akan bagi surat kat uolls berdasarkan alamat kat envelope yang dulu uolls tulis dulu. Dalam surat tu nanti, akan dimaklumkan kelulusan permohonan uolss nak masukkan anak uolss kat sekolah tersebut.
Kena bawak surat tersebut ke sekolah dan membuat pengesahan kemasukan sekolah anak uolls. Pihak sekolah nak rekodkan pendaftaran persetujuan uolls nak sekolahkan anak kat sekolah tersebut. Kalau tak pegi nanti mereka ingat uolls tak nak terima.
Ada tempoh masa dan tarikh yang dimaklumkan kat surat tu. Jangan tertangguh dan delay lak tau~
Mereka juga akan maklumkan tarikh pendaftaran dan ujian saringan anak uolls.
Selain tuu, ada banyakkkkk borang nak kena isi. Sila bersabar tahap tertinggi masa nak isi borang-borang yang banyakkk ini. Memang bercinta nak isi…
Pihak sekolah ada sertakan list dokumen-dokumen yang pihak sekolah perlukan dan uolls kena lah sediakan dengan selengkapnya.
Antaranya
1-. salinan surat beranak anak
2-. salinan IC ibubapa
3-. slip gaji ibubapa atau penjaga
4-. salinan buku kesihatan anak (buku check up yang sejak lahir tuu.. yang ada detail injection cucuk baby) photostat setiap muka.
5-. dan dan tidak lupa gambar passport anak uolls. (tak kan gambar anak jiran lak kann…) hehee….
Ini setakat yang Nina ingat. Check nanti kot-kot ada dokumen lain yang diperlukan.
Next?
5-. Dah siap semua dokumen. Tunggu tarikh orentasi ….
Simpan baik-baik semua dokumen tersebut ditempat selamat. Jangan sampai lupa lak tempat simpannya…. Nak selamat punya hal sampai diri sendiri tak jumpa simpan kat mana nanti.. Haru!
6-. Sebelum tuu silalah sediakan baju sekolah, lencana, tanda nama, alat tulis dan semua kelengkapan sekolah. Tak lupa ambik list buku yang perlu dibeli kat kedai buku sekolah. Kalau boleh, beli siap-siap buku sekolah dan tak lupa baju sukan. Bukan apa, lambat-lambat nanti tak der stok laaa, tak der size baju laaa dan macam-macam permasalahan yang timbul.
Orentasi ini penting tau! Ada ujian saringan dan dari keputusan ujian inilah akan ditentukan kelas anak uolls.
7-. Tibanya tarikh orentasi. Bawak segala dokumen.
Datang cepat. Pastikan anak uolls relax. Ibubapa lak don’t be too excited ehh….
Sekarang nie ramai parents yang over~ yang anaknya cool ajer!
Ikut arahan pihak sekolah dan guru bertugas. Tengahhari gak laaa segala proses nie berlangsung. Selalunya time nie pihak sekolah terus bagi buku teks. Sila terus tulis nama anak. Untuk keselamatan… pastu balik rumah nanti balut cantik-cantik!
8-. Semua pun sudah.. Dan nanti bermulalah episod persekolahan sekolah rendah yang akan memberi berjuta ilmu, pengajaran dan meninggalkan kenangan terindah zaman kanak-kanak buat mereka.
Wokey, banyakkk dah nie type. ** jari-jemari naik kejang dah nie**
Nina harap perkongsian ini akan memberi manfaat buat uolls..
Ada masa nanti **bila laaa masanya tuu** Nina share kan pula tips Hari Pertama Persekolahan…
Nina saya nak tanya part sblm saringan tu.
Maxammana nak tau saringan tu bila tarikh
Dia maklum macammana
Melaui surat jge ke mcm pengesahan penempatan
Emy, kena refer sekolah yang di mohon. Call sekolah tanya sebab lain sekolah lain tarikhnya