Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
January 18, 2019January 18, 2019

Pppssttt… Khas untuk anak dara dan Mak dara!

Ppssttt…. Khas untuk anak dara! Okey.. Mak dara pun boleh laaa …

Isi Kandungan hide
1 Ppssttt…. Khas untuk anak dara! Okey.. Mak dara pun boleh laaa …
2 Jadi BFF anak remaja
3 Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
3.1 Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash untuk Eillya
4 Apa bagusnya Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash?
4.1 100% bahan semulajadi
4.2 No Paraben, SLS, SLES dan Selamat
4.3 Cosmoderm jenama diyakini – HALAL
4.4 Bau wangi yang penuh kelembutan!
4.5 Pakai sikit dah cukup – Jimat!
4.6 Harga berpatutan
4.6.1 RM16.90 – 375 ml Sebotol besar ni tahan berbulan bulan. Macam Nina share berdua ngan Eillya lebih 2 bulan pun tak habis.
4.6.2 RM9.90 – 150ml Yang ni saiz kecik comel sesuai laaa buat travel.
4.7 Kat mana nak beli?
4.7.1 Info lengkap Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
4.7.2 Info lengkap Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
4.7.3 Jom kita usha dan follow page Cosmoderm di Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/ Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/
4.8 Related posts:
5 Day10 EGG BENEDICT Menu Acah Omputeh English Style Bekal Sekolah Eilhan hari ni
6 Masak sendiri puashati. RESEPI YEE MEE SIZZLING sedap mudah je
7 Nina pakai Foundation ni sekarang... BEST you!!
8 Menu ringkas lagi mudah : Ayam Goreng Kunyit....

Ssyyhhhh…. Hari ni Nina nak celoteh tentang hal kewanitaan. Rahsia kita kita…

Kita orang pompuan ni, part paling penting kena jaga adalah Misss V. Dengan anak anak Nina panggil Miss V ni ‘bunga’. Bahagian ini lah yang harus sesangat dititikberatkan oleh semua wanita. Bermula dari anak dara hingga lah ke hujung nyawa, bunga sangat penting terutama bab kebersihan.

Bila bahagian intim kita bersih, segar dan sihat dari segala penyakit, akan terpancar seri wajah kewanitaan kita. Ini yang orang dok bilang “ehh… Awak ni nampak berseri-seri laaa” Haa… tu laa dia!

Jadi BFF anak remaja

Sejak anak sulung Nina – Eillya meningkat remaja, awal awal lagi Nina selalu tekankan bab displin penjagaan dan kebersihan bunga. Kalau tidak nanti risau terjadi nya bermacam penyakit. Antaranya bau yang kurang menyenangkan, keputihan, kegatalan, mungkin lebih parah yang kena refer doktor! Mintak simpang laaaa jauhi dari kita sekeluarga. Aamiin..

Eillya rapat ngan Nina. Nina selalu jadi kan diri Nina as BFF untuk dia. Senang berkomunikasi dalam apa jua cerita. Apa dia suka, apa dia tak suka, cerita sekolah, diri sendiri semua laaa… Bila anak dan mama rapat tak de laaaa di segan atau malu-malu nak luahkan terutama masalah kewanitaan. Yelah… Lagipun Nina ni surirumah, mana ada kawan. Kawan ngan anak-anak jer laaaa . Huhuuu.. Sian kita kan😜

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash

Kawasan intim bukan boleh guna sebarang pencuci atau pun sabun. Tak boleh tau pakai sabun mandi yang kita dok tonyoh sental bersihkan badan tu. Nehi nehi …!! Bunga memerlukan Feminine Wash khas yang lembut dan kadar pH serendah pH 3.5 adalah yang paling sesuai.

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash untuk Eillya

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash

Sebagai ibu seharusnya Nina beri yang terbaik untuk Eillya. Opkos lah kannn… Feminine Wash Nina dan Eillya tak sama. Nina sendiri menggunakan Cosmoderm Manjakani Feminine Wash tapi untuk Eillya tetap dari Cosmoderm tapi yang khas untuk remaja.

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash untuk Eillya . Anak remaja memerlukan yang lebih lembut dan lebih menyegarkan sesuai dengan mereka yang sentiasa aktif. Belum kahwin kannn, tak sesuai laa pakai yang ada manjakani bagai. Kannnn….

 

Apa bagusnya Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash?

Pencuci lembut dan nyaman dengan bahan semulajadi anti-bakteria dan anti-kulat ni sesuai untuk
gadis remaja hingga ke wanita setiap peringkat umur.
• Membantu mempertahankan pH 3.5 yang paling sesuai
• Membantu mengurangkan iritasi
• Mengurangkan keputihan dan menambah keyakinan

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash

100% bahan semulajadi

Soothing Feminine Hygiene Wash ni gentle. Ia berasaskan bahan-bahan 100% semulajadi iaitu Aloe Vera, Chamomile dan Tea Tree Oil. Kita sedia maklum Aloe Vera melembabkan kulit manakala Tea Tree Oil antiseptic yang bagus.

No Paraben, SLS, SLES dan Selamat

Bukan aje 100% bahan semulajadi tapi paling bagus ianya selamat! Bebas bahan kimia seperti Paraben, SLS dan SLES serta ianya tidak diuji pada haiwan.

Cosmoderm jenama diyakini – HALAL

Nina sekeluarga pengguna tegar produk Cosmoderm sebab banyak yang memenuhi keperluan Nina sekeluarga.
Yang paling penting produk ni 100% halal, jadi boleh digunakan tanpa was-was.

Bau wangi yang penuh kelembutan!

Nina suka bau wangi nya yang tidak terlalu kuat. Lembut jer… Cukup memberi kesegaran sepanjang hari. Anak remaja ni emosi depa tak tentu masa. Kadang macam Tau Foo Faa , kadang ada masa tu macam puting beliung! Cepat sentap, nak nak time datang bulan. Bila diri sentiasa bersih dan segar, kurang laa ribut taufan depa tu.. Nasib baik mamanya cool sentiasa hehe…

Pakai sikit dah cukup – Jimat!

Produk Cosmoderm sememangnya berkualiti. Soothing Feminine Hygiene Wash ni pekat. Pakai sikit jer dah cukup dan senang di bilas! Lagi jimat sebab Nina share jer pakai Eillya punya sekali sekala. Walaupun Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash ni khas untuk remaja si cantik manis, tapi mak mak pun boleh jer share pakai. Tak de salah nya der.. Mama pun nak feel muda remaja gitu. HEhee…

Cara penggunaan :
Tuangkan sedikit Pembersih Intim Wanita ke atas tapak tangan yang lembap. Bersihkan bahagian intim dengan lembut. Bilas dengan air.

Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash

Harga berpatutan

RM16.90 – 375 ml
Sebotol besar ni tahan berbulan bulan. Macam Nina share berdua ngan Eillya lebih 2 bulan pun tak habis.
RM9.90 – 150ml
Yang ni saiz kecik comel sesuai laaa buat travel.

Kat mana nak beli?

Tak susah pun, korang boleh beli kat mana-mana outlet AEON Wellness, Caring, Watsons dan farmasi komuniti terdekat. Atau nak lagi senang korang order online. Korang tak payah nak keluar rumah, bawak kereta, parking, tercari-cari, pilih-pilih pastu terbeli tah apa-apa yang tak penting gak kannnn…?? Acecehh… tak yah tipu. Nina pun kalau dok dalam farmasi, 3 jam tak cukup nak belek-belek dalam tuh! Haha.. Senang citer, korang beli online jer… lagipun kat Web Cosmoderm selalu gak ada promosi tau!

Kot korang nak keterangan lebih lanjut berkenaan Cosmoderm Feminine Hygiene Wash, korang click Info kat bawah ni eh…

Info lengkap Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Info lengkap Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Jom kita usha dan follow page Cosmoderm di
Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/

Okey, sampai sini pesanan khidmat masyarakat Nina tuk hari ni. Moga kita sentiasa menjaga kebersihan bunga agar ia sentiasa segar dan mekar gituu… ! Daaaa . ..

Salam sayang,
Nina Mirza

Related posts:

Day10 EGG BENEDICT Menu Acah Omputeh English Style Bekal Sekolah Eilhan hari ni

Masak sendiri puashati. RESEPI YEE MEE SIZZLING sedap mudah je

Nina pakai Foundation ni sekarang... BEST you!!

Menu ringkas lagi mudah : Ayam Goreng Kunyit....

Lifestyle Parenting Review Tips 1CosmodermFeminine WashMiss VPembersih KewanitaanSoothing Feminine Hygiene Wash

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (24)

  1. Alia says:
    January 18, 2019 at 10:05 am

    Wah.. Bgus dah ada feminine hygiene wash kan… Terbaik cosmoderm.. Nanti nak try gak lah

    Reply
  2. Julia Mahir says:
    January 18, 2019 at 10:15 am

    Bestnya mommy-daughter talk pun bincangkan kesihatan anak dara ni. Nnt Balqis dah besar, julia pun mesti nak ajar dia jaga kebersihan & kesihatan dari awal usia remaja jugak.

    Reply
  3. Hasif Hamsyari says:
    January 18, 2019 at 10:39 am

    Memang penting untuk kefahaman penjagaan macam ni dan dengan lambakan produk yang ada di pasaran, memang penting juga membuat pilihan yang tepat. Bagus Cosmoderm ni menggunakan 100% bahan semulajadi dan yang penting selamat serta selesa. 😀

    Reply
  4. Propa Rangers says:
    January 18, 2019 at 10:45 am

    Penjagaan Miss V atau bunga memang sangat penting. Ia senang dijangkiti sebarang penyakit kalau tak menjaganya dengan baik. Alhamdulillah, Nina bijak mengajar anak dara remaja ttg penjagaan kesihatan “bunga”..

    Reply
  5. Salina Johari says:
    January 18, 2019 at 10:56 am

    Betul kak nina….setuju sangat part kebersihan bunga tu … hehehe . Dan Manjakani cosmoderm adalah pilihan yang terbaik

    Reply
  6. Allene says:
    January 18, 2019 at 11:02 am

    Best ni… Lin pun dah try…

    Reply
  7. Fadzi Razak says:
    January 18, 2019 at 11:04 am

    Bestnya bila ada anak perempuan boleh sharing cerita cerita ladies macam ni. Saya ada dua hero, kecik lagi. nak cerita bab bab perempuan ni pun tak syok. by the way, tak sangka cosmoderm ada pencuci wanita macam ni

    Reply
  8. Huda says:
    January 18, 2019 at 11:54 am

    Best yer kak nina ada BFF kat rumah..kita ada a anak lelaki jer.. cam best jer produk cosmoderm ni ..mak dara pun sesuai kan guna.

    Reply
  9. Tekkau says:
    January 18, 2019 at 2:56 pm

    Memang produk ini amat baik untuk kaum hawa kan. Untuk jaga kebersihan supaya sentiasa berasa segar and suci. 😀

    Reply
  10. Suria Amanda says:
    January 18, 2019 at 4:03 pm

    SA pun dah start berkongsi semua ilmu tentang penjagaan kewanitaan dengan anak dara SA…untuk feminine hygiene SA beli jenis lain…nanti nak cuba la jenis ni..khas untuk teenagers kan…

    Reply
  11. Mamatisya says:
    January 18, 2019 at 7:49 pm

    Tq for sharing psl ni..ankdara pn dh meningkat usia remaja..mmg kena inform die psl penjagaan ni kan..supaya sentiasa bersih dr kuman

    Reply
  12. Bonda Chanteq says:
    January 19, 2019 at 9:58 am

    Terima kasih atas perkongsian maklumat yg baik ini…kesedaranpenjagaan kesihatan ‘bunga’ harus dipupuk sejak dari remaja agar ianya senantiasa terjaga…

    Reply
  13. Bonde Zaidalifah says:
    January 19, 2019 at 10:19 am

    Waahhh ni produk terbaharu dari cosmoderm ker? bolehlah try juga nanti. Mis V memang selalu kena kasi bersih dan wangi betul tak?

    Reply
  14. Mek Onie says:
    January 19, 2019 at 10:36 am

    Bagus nina dalam mendidik anak-anakkan. Jadikan anak-anak as a BFF sebenarnya itu adalah yang terbaikkan. Paling bagus bila dapat berkongsi tentang kebersihan dalam diri wanita dan anak-anak bagi Miss V. MOga anak kak nina pandai menjaga kebersihan diri dan kita semua.

    Reply
  15. henrytan says:
    January 19, 2019 at 11:50 am

    the price seems quite affordable! and yes you are right, nowadays cannot be too shy to talk about this, need to teach the young ones how to take care themselves.

    Reply
  16. nikkhazami says:
    January 19, 2019 at 12:50 pm

    banyak juga produk mcm ni di pasaran.. yang penting kita kena tgk kandungannya. kena pilih yang organik dan bebas bahan kimia

    Reply
  17. ema says:
    January 19, 2019 at 3:30 pm

    nak beli jugaklah nak kasi kat anak dara yang stay kat asrama ni

    Reply
  18. TENGKUBUTANG says:
    January 19, 2019 at 6:33 pm

    Sebelaum menggunakan apa-apa produk kita memang digalakkan perhatikan dulu isi kandungan dia kan.. macam TB lagilah.. kulit sensitif memang mencari yang Natural je.. apatah lagi untuk kebersihan hygene.. fuh.. yang tu paling penting.. memang akan pastikan No Paraben, SLS, SLES dan Selamat digunakan.. Jenama Cosmoderm ni memang dah lama di pasaran dan diyakini ramai..

    Reply
  19. Halimah says:
    January 20, 2019 at 11:35 am

    Produk penjagaan bhg tu..mmg kena selalu dijaga, lebih2 lg anak dara, skrg ni mcm2 pemyakit timbul tak kira usia jd baguslag ada produk ini dan best ada BFF

    Reply
  20. LEE JIA SHIN says:
    January 20, 2019 at 12:38 pm

    Cosderm product is really amazing, didn’t know they launch this range too, will purchase one to try it out.

    Reply
  21. Mahamahu says:
    January 20, 2019 at 2:52 pm

    Produk untuk bapa dara ni tak ada ker wakakakakak hehehehe ok lah bagus juga ni ada produk berkualiti dan juga sihat harga sangat berpatutan…

    Reply
  22. Hanny Abdullah says:
    January 21, 2019 at 1:51 am

    Bagus awal awal kita berkongsi tentang penjagaan bahagian tertentu kat anak dara kita. Sis pun awal2 dah ajar anak dara sis apa yg patut dibuat dan kalau tak jaga akan jadi apa. Apa2 pun kita kena tahu pilih produk yang bagus utk digunakan

    Reply
  23. minecraft says:
    January 22, 2019 at 12:18 pm

    This is extremely helpful info!! Very good work. Everything is very interesting to learn and easy to understood. Thank you for giving information.

    Reply
  24. dyamohamad says:
    January 25, 2019 at 11:51 am

    produk cosmoderm stakat ni mmg terbaik la.kite suke die punya cleansing milk .nanti nak try pulakla yang feminine wash ni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes