Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 21, 2012January 11, 2016

Ayam Goreng Berperisa Chinese Style

As’salam dan Salam Sejahtera …


Syukur Alhamdulillah ….. tamat sudah debaran di hati Nina setelah sebulan lebih menunggu result exam yang lalu dan Syukur sekali lagi kerna Nina mendapat apa yang ditargetkan. Bak kata pepatah, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah… Tiap apa yang berlaku jika inginkan kejayaan mesti lah diiringi dengan usaha yang setimpal. ….

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Terserempak blogger hebat = Ben Ashaari di Teluk Kemang. Camner orangnya?
3 Drama KAMAR KAMARIAH TV3 | Full Sinopsis
4 Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung
5 Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan

Hari nie Nina nak share resepi masakan cina dari buku masakan yang selalu Nina cuba dan Alhamdulillah semuanya menepati citarasa Nina sekeluarga. Dan yang paling penting, resepinya semuanya mudah, ringkas dan cepat penyediaannya.  Jom intai-intai resepinya …

Ayam Goreng Berperisa Chinese Style
sumber: Buku Masakan Halal Cina
Chef Fatihah Seow Boon Hor


Bahan-bahan
400g ayam
5 ulas bawang putih – dikuliti
2 biji bawang merah – dicincang halus
minyak – untuk menggoreng dan menumis


Bahan perap
1 camca besar kicap cair – Nina guna kicap lemak manis. 
1 camca besar serbuk kayu manis
1 camca besar maltosa – Nina tak letak pun
sedikit garam


Bahan perasa
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos worcertershire
1/2 camca besar kicap pekat


Cara-cara

  • Bersihkan ayam dan keringkan
  • Potong ayam kepada ketulan sederhana besar. Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 15minit
  • Goreng ayam dalam minyak yang panas hingga masak. Angkat dan toskan
  • Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya. 
  • Kemudian masukkan ayam dan bahan perasa. Masak atas api besar untuk seketika
  • Angkat apabila sudah masak dan hidangkan panas-panas.



Selamat mencuba !!










Related posts:

Terserempak blogger hebat = Ben Ashaari di Teluk Kemang. Camner orangnya?

Drama KAMAR KAMARIAH TV3 | Full Sinopsis

Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung

Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan

Lifestyle Ayam

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Qasey Honey says:
    May 21, 2012 at 4:46 pm

    asslm nina…nmpk menarik pula tgk lauk ayam ni…pasti akan dicuba nti…

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    May 21, 2012 at 5:41 pm

    Wa'salam QH …

    Sedapp tau resepi ayam nie. Lain dari yang lain rasanya…..
    Masa menggoreng tuu, semerbak rumah bau serbuk kayu manisnyer ~~
    senang dan ringkas penyediaannyer.
    Selamat mencuba!!

    Reply
  3. Rohah says:
    May 21, 2012 at 9:49 pm

    kalau dapat kak akak ni mmg menjilat jari ni,kuah dia nampak pekat,tu yg best tu..

    Reply
  4. renaPuteh says:
    May 22, 2012 at 9:44 am

    fuh..sedap tu…mintak siket bole ? 🙂

    Reply
  5. Nina Mirza says:
    May 22, 2012 at 10:37 am

    As'salam Kak Rohah ….

    Sedappp kak!! nak ambik nie, Nina hulur kat akak sepiring dulu kasi rasa…
    hehehe . . .

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    May 22, 2012 at 10:38 am

    RenaPuteh….

    Salam Perkenalan 😉
    Nina hulur sepiring dulu ehh …. tak cukup nanti kena buat lah yea~~
    hehee

    Reply
  7. Anonymous says:
    May 23, 2012 at 7:20 pm

    meltosa tu apa?

    Reply
  8. illa says:
    May 23, 2012 at 7:22 pm

    nampak sedap, but kat mana nk dpt meltosa?

    Reply
  9. Nina Mirza says:
    May 24, 2012 at 11:43 pm

    Hai,
    Maltosa tuu adalah serbuk yang biasa digunakan dalam masakan Cina.
    ianya merupakan agen pemanis. Kalau tak letak pun tak apa cuma dalam
    masakan akan kekurangan rasa kemanisannya.
    Boleh digantikan dengan madu jika mahu….

    Reply
  10. Nina Mirza says:
    May 24, 2012 at 11:51 pm

    As'salam illa ….

    Resepi nie punya keistimewaan nyer yang tersendiri.
    Serbuk kayu manis amat memainkan peranan dalam menu ini.
    Maltosa kalau tak ada pun tak apa, tak begitu menjejaskan rasanya.
    Boleh digantikan dengan madu jika mahu….
    Maltosa senang didapati di kedai runcit/kedai ubat Cina.
    Pasaraya atau Hypermarket besar pun ada…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes