As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …
Nina teringin sangat nak makan siput sedut. Kali nie nak try masak sendiri. Selalunya kalau nak makan, Nina just beli ajer yang dah siap masak. Siput sedut nie antara menu kegemaran anak-anak Nina. (macam orang besar kan taste anak-anak Nina) Hehehe . . . .
Jangan tak tahu, anak yang paling bongsu – Eilyana (baru 4tahun) pun pandai sedut sendiri. Selalunya Nina akan perhatikan anak-anak makan…. Bukan apa, takut juga kalau tertelan nanti time asyik dok sroot sroottt tuu ……..
Disebabkan first time nak masak gulai siput sedut, Nina pun intai-intai lah blog sifu Nina dan tak lain tentulah Sifu Che Mat Gebu. Nina yakin akan resepi yang Che Mat kongsikan kerana resepi dari Che Mat pastinya menjadi dan menepati citarasa Nina sekeluarga 🙂
Kadang tuu ada gak adjust sikit-sikit…. (tak mau pedas sangat) hehee . . .
Ada petua yang diberi – katanya kena dibiarkan semalaman siput tu dalam baldi dan di tabur hampas kelapa. Permukaan baldi tadi ditutup dengan penapis besar dan diletakkan lesung batu kat atasnya. Supaya siput-siput tersebut tak merayap keluar dan bersiar-siar keliling dapur. Payah lak nanti nak cari & kutip sekitar dapur esoknya….. Tak ker haru nanti kannnn??? hehehe . . .

Nie nak story sikit >>>> Bab nak kerat hujungnya ……
Rupa-rupanya cabaran juga nak mengerat hujungnya! Mula-mula Nina guna pisau dan ketuk ngan batu lesung. Pastu dok terplanting-planting, Nina try guna gunting pula ….. Ok laaa…. Cuma kulit yangkeras bak batu tu, Nina guna pisau dan lesung semula. Hahahaa . . . . Lantaklah kan, janji hujungnya Nina kerat supaya senang nak menyedutnya nanti.
Alamatnya ….. Sakit gak lah tangan Nina nie dibuatnya. Ditambah ngan masa nak mengadap satu per satu siput nie! Huhuhuu .. . . .

Masa ini lah Nina terfikir akan sebab musabab kenapa siput sedut nie agak mahal tiap kali Nina beli ready made. Macammana lah orang yang niaga nasi berlauk menyediakan gulai siput sedut satu periuk besar! Kebal sungguh tangan depa tu kannn ……
Resepi nie Nina follow dari Che Mat. Terima kasih banyak Che Mat 🙂
Nina mohon copy paste kat sini pula ehh …..
Jom tengok resepinya dan ayuh kita sroot srootttt >>>>>>>
Gulai Siput Sedut
Bahan-bahan
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur (atau beli yang dah siap disiang) – Nina tak letak pun
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1- Sehari sebelum anda memasak siput tadi, buka bungkusan siput sedut, letak dalam periuk atau baldi, tabur dengan hampas kelapa. Kemudian tutup permukaan baldi dengan tapis dan tindih tapis tadi dengan benda berat samada lesung batu atau batu bata. Keesokkan harinya, cuci bersih siput tadi, kemudian kerat hujungnya, anggaran pada 3 ruas dari bahagian atas. Buat hingga siap, cuci bersih dan cedok keluar siput tadi (guna tangan saja) dan toskan.

Bahan Kisar Halus
3 biji cili merah
10 biji cili padi (Nina tak letak pun, maklumlah untuk anak-anak…. tak mau pedas sangat)
1 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Cara Penyediaannya
1- Sehari sebelum anda memasak siput tadi, buka bungkusan siput sedut, letak dalam periuk atau baldi, tabur dengan hampas kelapa. Kemudian tutup permukaan baldi dengan tapis dan tindih tapis tadi dengan benda berat samada lesung batu atau batu bata. Keesokkan harinya, cuci bersih siput tadi, kemudian kerat hujungnya, anggaran pada 3 ruas dari bahagian atas. Buat hingga siap, cuci bersih dan cedok keluar siput tadi (guna tangan saja) dan toskan.
2- Siput yang telah disucikan, dicuci bersih dan dikerat bahagian hujungnya, kurang lebih 3 ruas dari atas. Buat hingga siap, cuci lagi dan tos. Sementara itu celur batang keladi dengan asam gelugor, jangan celur lama2, bila batang keladi lembut sikit, sudah memadai, tos. Ketepikan.
3- Masukkan siput ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik. Masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan daun kunyit, tuang santan pekat, kacau rata.
4- Masukkan batang keladi, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

5- Sedia dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng.
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!