Khasiat Manfaat BUNGA TELANG . Ya Bunga Telang berwarna biru bukan sekadar biru! Bunga telang selalu digunakan dalam masakan Pantai Timur iatu Nasi Kerabu.. Tapi bukan senang dapat yang asli sebab kalau perasan kebanyakkan Nasi Kerabu sekadar pewarna biru. Antara sebab depa guna pewarna biru sebab Bunga Telang bukan senang nak dapat. Terutama di bandar besar Kuala Lumpur ni.
Aduyai . . . Dok cerita pasal Nasi Kerabu terus terliur dibuatnya. Agak lama tak makan Nasi Kerabu sebab NIna tak pandai masaknya. Selalu beli jer kat gerai tepi jalan. Korang suka Nasi Kerabu? Tahu tahu tak Nasi kerabu asli dari Bunga Telang banyak khasiatnya sebab Bunga Telang tu sendiri punya pelbagai khasiat dan manfaat bila di amalkannya.
INFO Tentang Bunga Telang
Ok, sedikit INFO tentang Bunga Telang. Kalau korang perhatikan betul-betul, Bunga Telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.
Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak.
Ok, ni laaa Bunga Telang. Nina punya ni tau! Geng yang tanam dan alhamdulillah dah seronok petik hasilnya. Setiap pagi, sambil siram pokok, tenang jer nikmati keindahan Bunga Telang ni terutama bila dia mekar cantik berseri. Sebelum layu, kita orang petik dan jadikan minuman. Memula dulu cam rare minum air biru! HEhee
Resepi Air Bunga Telang
Dalam segengam 2 Bunga Telang (basuh bersih dan toskan)
2000ml air
3 helai daun pandan (simpulkan)
5 batang serai (ketuk) kekadang letak kekadang tak letak pun
1 paket biji Selasih
Air gula secukup rasa
Bahan Sampingan lain yang kasi lagi sedap (terpulang ikut citarasa)
1 plastik besar air batu
1 bekas besar nata de coco (laici)
2 tin laici
13 batang serai (ketuk)
10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja)
5 biji lemon(hiris nipis)
Cara – cara
1. Masukkan Bunga Telang dan air dalam periuk. Pastu rebus anggaran 10 ke 15 minit,
2. Masukkan bahan-bahan lain dalam jug bersama air rebusan bunga telang. Kacau Sebati.
3. Nak sedap buh air batu, kacau kacau kacau . . . Sedia dihidangkan. Cubalah!
Amacam simple jer kannn? Nak kan air yang menarik tak perlu pun pewarna. Just rebus Bunga Telang dah dapat warna biru yang memukau. Tambahkan lemon – bersifat alkali nanti warna biru bertukar wara unggu purple. Lagi cantik!
Okey, Nina paste kan sini antara Khasiat dan Manfaat Bunga Telang. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Ketahui RAHSIA disebalik Khasiat Air Rebusan POKOK LEMUJU mampu Hilangkan Batuk Yang Panjang
Manfaat Kebaikan Bunga Telang
1.Menyuburkan rambut
Bunga Telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.
2. Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit. Allahualam… Nina belum pernah cuba.
3. Merawat ulser mulut
Dikatakan juga bunga telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
4. Insomnia
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.
5.Mengubati bisul
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.
6.Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.
7.Membersihkan mata
Bunga dan daun bunga telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.
8.Perbaiki haid wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.
9.Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, bunga telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
10.Pewarna makanan dan fabric
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)
11. Sebagai detox
Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh letak madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!
12. Mengubati batuk
Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma
13. Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.
14. Mencuci darah
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah
15. Ubati sakit telinga
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.
16. Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!
Perghhh . . . Banyak kannn manfaat dan khasiat Bunga Telang. Akan tapi, ni semua dikategorikan sebagai PETUA. So tiada lagi diiktiraf secara saintifik keberkesanannya.
Apa pun, Nina pasti semua tumbuh tumbuhan yang ada di muka bumi pasti ada keistimewaannya.
Tak salah kita berusaha berikhtiar, manalah tahu kot serasi dan jangan lah taksub sangat. Bersederhana lah sebab ini antara rawatan altenatif jer.
Dan sebaiknya rujuk lah pada yang pakar. KunFayaKun semuanya dengan izin Allah.
Banyak juga khasiat bunga telang yang Sal tak pernah tahu kak. Kalau untuk kesihatan laju je nak try tapi tula ..mana lak nak beli. Nak kena tanam jugak macam Kak Nina. Kotla Kak Nina sudi bagi benih ke .. leh Sal try tanam .. hehehe . Agak-agak rumah atas ni hidup tak dia ?
Cantik warna bunga telang ni yer
Shanka Pushpa plant is known for years for their healthy properties in them. They are used in Ayurvedic medicines for ages. They are good for hypertension. They contain the properties that are good for control the production of the body’s stress hormones and helps in reducing anxiety and stress. They are a good remedy for improving memory power. The plant has anti-ulcer properties and is very good for fighting against any type of ulcer which is formed in the body. It also helps to improve the nerve tissue. Shanka Pushpa herb helps and controls cholesterol levels in our blood. They help in flushing out the fatty acids which are harmful to our body.