Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Pakej Haji Swasta
January 21, 2025

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

Menunaikan ibadah haji, rukun Islam kelima, adalah impian yang tersemat di hati ini dan pastinya setiap Muslim. Ia bukan sekadar cita-cita, tetapi panggilan jiwa yang mendalam. Perjalanan suci ini memerlukan persediaan rapi dari segi ilmu, mental, fizikal, dan kewangan. Pasti ada yang dah dok intai-intai Pakej Haji Swasta yang ada kann? Fahamm… Sambil intai sambil berangan kann? Why not, tak salah berangan, satu impian yang Insya’Allah akan jadi kenyataan.

Isi Kandungan hide
1 Menunaikan Ibadah Haji Rukun Islam ke-5
2 Pakej Haji Swasta
3 MKM Travel
4 Kelebihan MKM Travel
5 Pakej Haji Swasta 2025
5.1 PAKEJ SALAM
5.2 PAKEJ MENARA JAM
5.3 PAKEJ SAFA
5.4 PAKEJ FIRDAUS
6 Testimoni MKM Travel
7 Kenapa MKM Travel pilihan terbaik Pakej Haji Swasta 2025?
7.1 Pengalaman Ibadah Haji yang sempurna
7.2 Khemah di Arafah dan Mina
7.3 Barang Hadiah Haji
7.4 Ziarah dan Lawatan
7.5 Pengajian Kelas Agama
7.6 Kemudahan buat Para Jemaah MKM Travel
7.7 Syarat Mohon Pakej Haji MKM Travel
7.8 Siapa yang layak mohon Pakej Haji MKM Travel?
7.9 Cara daftar Haji Swasta melalui Pakej Haji MKM Travel?
7.10 Bagaimana cara memohon rayuan menunaikan Ibadah Haji?
7.11 Selamat menunaikan Ibadah Haji
7.12 Related posts:
8 Tips Parenting : Seawal Umur berapa tadika, kat mana, kos, tadika jenis apa
9 AZYMA Care Sabun Tanah Liat Clay Body Wash bukan saja berkesan hilangkan bau badan malah mampu
10 Asyik beli jer.... Jom buat sendiri ROTI JOHN HOMEMADE senang jer
11 VERTIGO | PUNCA SIMPTOM RAWATAN

Menunaikan Ibadah Haji Rukun Islam ke-5

Bila cerita tentang Haji, memula sekali harus lah mampu terutama sekali mampu dari segi kewangan. Saving mau ada! Hutang hutang semua tu jangan ada. Jauhilah berhutang, nehi nehi gali lubang tutup lubang tau! Percayalah hidup tak akan tenang selagi bernafas.

IBADAH HAJI

Subhanallah Allahuakhbar indahnya!

Bagi yang berkemampuan, menunaikan haji menjadi matlamat utama dalam melengkapkan rukun Islam dan mendekatkan diri kepada Allah. Persediaan kewangan yang baik adalah kunci untuk merealisasikan impian ini. Dengan niat yang ikhlas dan usaha yang berterusan, semoga setiap Muslim diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Aamiinn..

Pakej Haji Swasta

Korang tentu pernah tengok adanya selebriti, artis kadang tu VVIP yang pergi Haji dengan agensi lain selain Tabung Haji. Ada kann? Perasan tak Alif Satar, Faizal Tahir, Hafiz Mohamad sekeluarga dan ramai lagi. Nampak have have, best, selesa sangat kann?
Pernah tak terfikir, macammana mereka ni pegi Haji tapi macam tak ikut Para Jemaah dibawah kelolaan Tabung Haji. Hotel lain, bas lain, Khemah lain dan macam-macam lagi yang lain tapi best sangat kannn?

Ahaa.. Mereka ini pergi Haji dengan Pakej Haji Swasta!
Ya , ada je Pakej Haji Premium yang diiktiraf oleh Tabung Haji. Menarik kann?
Kalau korang dah dapat panggilan tapi berkemampuan lebih dan nak ikut Pakej Haji Swasta macam artis selebriti tu pegi korang kena terus baca …  Ini caranya!

PAKEJ HAJI SWASTA

MKM Travel

Hari ni, Nina nak kongsi info menarik tentang Pakej Haji 2025 yang ditawarkan oleh MKM Travel & Tours. Menunaikan Ibadah Haji melalui Pakej Haji Swasta yang ditawarkan oleh agensi berlesen seperti MKM Travel adalah pilihan terbaik bagi mereka yang berkemampuan. Namun, penting untuk difahami bahawa pendaftaran dengan agensi swasta tidak bermakna anda boleh memintas apa yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Setiap jemaah masih perlu melalui kelulusan TH untuk menunaikan haji. Jangan risau, MKM Travel boleh bantu korang uruskan.  Ok jelas? Jom sambung lagi

MKM Travel & Tours merupakan agensi yang sah sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diiktiraf oleh TH. Mereka menawarkan pelbagai pakej haji swasta yang direka untuk keselesaan Jemaah Haji.  Untuk memastikan kelancaran proses dan mengelakkan sebarang kekeliruan, adalah penting untuk berhubung terus dengan MKM Travel atau TH bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai prosedur pendaftaran dan kelayakan menunaikan Ibadah Haji melalui Pakej Haji Swasta. Tapi kat sini Nina tolong korang kongsikan serba sedikit info supaya korang lebih mudah faham sebelum berhubung terus dengan mereka.

Kelebihan MKM Travel

Dengan pengalaman lebih 13 tahun sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen, mereka komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah. Pakej yang ditawarkan merangkumi pelbagai kemudahan premium untuk memastikan ibadah haji anda berjalan lancar dan selesa.

Antara kelebihan memilih MKM Travel & Tours sebagai pengendali haji korang :-

  • Diiktiraf oleh Tabung Haji
    – MKM Travel & Tours merupakan agensi yang sah sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diiktiraf oleh TH
    – Berdaftar dengan MOTAC
  • Pengalaman Luas
    Dengan lebih 13 tahun pengalaman, MKM memahami keperluan jemaah dan memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi. 98.5% Jemaah berpuashati dengan perkhidmatan yang MKM Travel sediakan.
  • Kemudahan Premium
    Penginapan di hotel bertaraf lima bintang yang dekat dengan tempat ibadah utama, memudahkan pergerakan jemaah.
  • Mutawwif Berpengalaman
    Bimbingan daripada mutawwif yang berpengalaman, berpengetahuan luas memastikan ibadah haji korang dilaksanakan dengan sempurna. Sudah lebih 100,000+ Jemaah Haji dan Umrah yang telah diuruskan MKM Travel.
  • Layanan Mesra
    Layanan mesra dan profesional daripada staf MKM Travel akan membuatkan korang berasa selesa sepanjang perjalanan. Nanti korang tengok testimoni yang Nina kongsikan kat bawah ehh…

PAKEJ HAJI PREMIUM

Pernah tak korang berangan yang korang ada dalam gambar ni?
Dalam ramai-ramai ni, bestnya kalau kita ada kat sini Tanah Suci kann… ! Tak salah kann terus berangan
Allahuakhbar… Insya’Allah satu hari nanti jadi kenyataan akan tiba.  

Pakej Haji Swasta 2025

Untuk pengetahuan korang, MKM Travel menyediakan beberapi pilihan Pakej Haji Swasta 2025. Korang yang berkemampuan boleh lah membuat pilihan mengikut citarasa pilihan dihati. Setiap Pakej Haji Premium dari MKM Travel mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tepuk dada tanya hati. Okey, disini Nina kongsikan pilihan Pakej Haji Premium yang ada!

PAKEJ SALAM

  • Tempoh perjalanan lebih kurang 40 hari (tertakluk penerbangan carter TH)
  • MINA : Khemah Muassasah (Muassim)
  • MEKAH : Rayannah Hotel – lebih kurang 400m dari Dataran Masjidil Haram
  • MADINAH : Millenium Al-Aqeeq – lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi
  • Harga Pakej  : bermula dari RM54900
    RM54,900 – 5 pax sebilik
    RM57,900 – 4 pax sebilik
    RM60,900 – 3 pax sebilik
    RM66,900 – 2 pax sebilik

PAKEJ MENARA JAM

  • Tempoh perjalanan lebih kurang 40 hari (tertakluk penerbangan carter TH)
  • AZIZIYAH : Al- Maqam Suites & Khemah Muassasah – jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500m
  • MEKAH : Movenpick Hajar  lebih –  kurang 50m dari Dataran Masjidil Haram
  • MADINAH : Millenium Al-Aqeeq – lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi
  • Harga Pakej  : bermula dari RM75900
    RM75,900 – 4 pax sebilik
    RM84,900 – 3 pax sebilik
    RM93,900 – 2 pax sebilik

PAKEJ SAFA

  • Tempoh perjalanan lebih kurang 40 hari (tertakluk penerbangan carter TH)
  • AZIZIYAH : Al- Maqam Suites & Khemah Muassasah – jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500m
  • MEKAH : Marwa Rayhaan Rotana – lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi
  • MADINAH : Millenium Al-Aqeeq – lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi
  • Harga Pakej : bermula dari RM115000
    RM115,000 – 4 pax sebilik
    RM125,000 – 3 pax sebilik
    RM135,000 – 2 pax sebilik

PAKEJ FIRDAUS

  • Tempoh  perjalanan lebih kurang 18 hari (tertakluk penerbangan carter TH
  • AZIZIYAH : Al- Maqam Suites & Khemah Muassasah – jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500m
  • MEKAH : Marwa Rayhaan Rotana – lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi
  • MADINAH : Millenium Al-Aqeeq – lebih kurang 50m dari Dataran Masjidil Nabawi
  • Penerbangan Business Class – tertakluk kepada kelulusan TH
  • Airport Khas – ketika ketibaan di Saudi
  • Premium Lounge
  • GMC & bass VVIP
  • Khemah VIP Mina (PMN)
  • Harga pakej : Bermula dari RM275,000 – 2 pax sebilik

Amacam tergoda tak?
Meh Nina kongsikan lagi beberapa testimoni Jemaah yang sudah menjalani Ibadah Haji rukun Islam kelima bersama MKM Travel & Tours. Ramai jemaah yang telah menunaikan haji bersama MKM Travel & Tours berkongsi pengalaman positif mereka. Antaranya :-

Testimoni MKM Travel

TESTIMONI MKM TRAVEL

Antara komen jujur para Jemaah yang ikuti Pakej Haji bersama MKM Travel

“Segala urusan kami di Mekah dan Madinah dipermudahkan. Hotel selesa, mutawwif sangat membantu, dan layanan memang bertaraf VIP!”

“Perkhidmatan yang sangat profesional! Saya sangat berpuas hati dengan pengurusan MKM Travel. Mutawwif yang berpengalaman dan layanan mesra membuatkan kami rasa seperti keluarga.”

Kenapa MKM Travel pilihan terbaik Pakej Haji Swasta 2025?

Pengalaman Ibadah Haji yang sempurna  

  • MKM Travel menyediakan para pembimbing Ibadah Haji yang berilmu dan berpengalaman   dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci .
  • Menjaga kebajikan jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun.
  • Pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik.

Khemah di Arafah dan Mina

  • Khemah – makanan/minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan dibawah kelolaan Mashariq.
  • Melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah.

Barang Hadiah Haji

  • Beg Pakaian, Beg Sandang, Beg Bimbit, Beg Kasut, Beg Sejadah, Beg Uncang
  • Tag Beg dan Kipas Tangan
  • Buku Panduan Haji
  • Kain ihram / Mini Telekung
  • Bantal leher, Botol Wuduk dan Tasbih Digital

Ziarah dan Lawatan

  • Ziarah Makkah – Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.
  • Ziarah Madinah – Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.
  • Lawatan Luar  – Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama.

*** Bergantung kepada perubahan semasa

Pengajian Kelas Agama

  • Kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci
  • Kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci
  • Soal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji
PAKEJ HAJI MKM TRAVEL

Kemudahan buat Para Jemaah MKM Travel

Umrah
Jemaah dibawa ke Miqat bagi Umrah tambahan ketika Ziarah.

Hotel
Jarak dekat ke Masjid, mempunyai ruang legar, dewan makan dan Pejabat Urusan.

Kargo
Perkhidmatan Kargo disediakan di hotel Mekah dan Madinah.

Takaful
Pelan Perlindungan Takaful berkelompok (tertakluk pada terma & syarat syarikat takaful). Bagi yang berumur 65 tahun ke atas, insuran ini tersedia sebagai pilihan (dengan kos tambahan).

Kursus Haji
Kursus Haji Intensif di Tanah Air dan ulang kaji di Tanah Suci. Kursus secara online juga disediakan. Sajian Makanan Masakan secara buffet Asia 3 kali sehari di Mekah dan Madinah.

Syarat Mohon Pakej Haji MKM Travel

Pasti di antara korang yang berkemampuan dan teruja nak turut serta Pakej Haji Premium ni kann? Mudahkan korang ini antara persoalan yang paling kerap kita terfikir dan nak tahu.

Siapa yang layak mohon Pakej Haji MKM Travel?

Kategori 1 : Telah mendapat tawaran Haji
Kategori 2 : Masih menunggu giliran dan ingin membuat rayuan
Ok jelas?

Cara daftar Haji Swasta melalui Pakej Haji MKM Travel?

Bagi  Bakal Jemaah Haji yang masih dalam status rayuan, hanya perlu muat turun dan lengkapkan borang pendaftaran Pakej Haji MKM Travel. Tiada bayaran deposit diperlukan. Ok faham?

Bagaimana cara memohon rayuan menunaikan Ibadah Haji?

Bakal Jemaah yang telah mendaftar Haji sekurang-kurangnya 4 tahun dari tahun semasa boleh mendaftar bersama MKM Travel dan membuat rayuan tertakluk kepada kouta Tahung Haji. Ok boleh cuba kann?

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

Mmmm… Apakata korang?
Menarik tertarik kannn.. Daripada korang dok berangan sampai termimpi-mimpi sebaiknya korang hubungi je MKM Travel terus.
Web rasmi MKM Travel & Tours : https://haji.mkm.my/

Alamat : Star Avenue Commercial Centre
B-29 Jalan Zuhal U5, 179 Seksyen U5 Bandar pinggiran Subang 40150 Shah Alam Selangor
Telefon : +603-7831 6740 ( Haji/Umrah/Visa)    |     +603-7831 8740 (Ticketing)   

Selamat menunaikan Ibadah Haji

Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan haji dengan pakej yang selesa dan terjamin kualitinya. Sebelum tu boleh lah korang intai dulu set kelengkapan umrah haji yang diperlukan nanti. Semoga perkongsian Nina ini bermanfaat dan membantu korang dalam membuat pilihan terbaik untuk ibadah haji akan datang.

Nanti dah sampai sana, tolong sampaikan doa buat Nina sekeluarga agar Nina sekeluarga  sentiasa berada dalam lindungan Allah, dimudahkan segala urusan seharian dunia akhirat, dilimpahi rezeki yang berkat tanpa henti, Nina sekeluarga juga berpeluang menunaikan rukun Islam kelima dan Nina nak meninggal dalam Husnul Khotimah.  Insya’Allah, Aamiinnn Ya Mujib… Terima kasih banyak!

Related posts:

Tips Parenting : Seawal Umur berapa tadika, kat mana, kos, tadika jenis apa

AZYMA Care Sabun Tanah Liat Clay Body Wash bukan saja berkesan hilangkan bau badan malah mampu

Asyik beli jer.... Jom buat sendiri ROTI JOHN HOMEMADE senang jer

VERTIGO | PUNCA SIMPTOM RAWATAN

Tips Travel Agensi Umrah HajiBarang HajiCara daftar Haji SwastaChecklist Kelengkapan Umrah HajiKursus HajiMKM TravelPakej Haji PremiumPakej Haji SwastaPengalaman Ibadah HajiPersediaan keperluan Umrah HajiRayuan HajiSyarikat Umrah Haji yang bagusTestimoni MKM Travel

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. lady bird says:
    January 22, 2025 at 6:37 pm

    semoga kita semua dapat ke sana suatu hari nanti, ameennnn

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes