Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Asthma ohhh asthma

Semenjak dua menjak ni entah kenapa kesihatan agak merundum. Cepat penat, mudah sakit kepala, migrain bila cuaca panas sangat dan mudah semput terutama bila batuk. Faktor usia kah? Dah tua! Hehee Asthma sesak nafas simptom rawatan pencegahan

Setahu Nina masa baby Nina ada asthma. Masa sekolah rendah ada gak tapi tak de teruk sangat hingga lah dah besar. Umur yang besar. Badan hurmmm…. Sama jer kecik kemetotnya. Hahaa

Remaja – Asthma dah tak de laaa.. Yeayy!

Masa zaman cehhh…. Zaman remaja hingga dah kawin beranak pinak nampaknya asthma dah mula hilang dibawa pergi kot. History tu macam dah tinggal sejarah jer…

Seronok laaa… Rasa sihat segar, nak buat apa pun aktiviti tak rasa terbatas. Masa ni fikir ooo… Maybe asthma masa kecik jer kot. Ada gak dengar citer orang tua-tua, dah besar depa ni sihat dah tak de lagi asthma.

Asthma – Simptom mengandung

Sejak mengandung anak ke-5 asthma mula attack. Aduyai… Cepat penat, asal batuk jer mula laaaa, dua ke tiga hari kemudian asthma menyusul. Seksa nya usah cakap. Sakit dada, tekanan batuk sampai krem dada, belikat. Nangis oooo….

Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Apakah tanda dan gejala serangan asma?

Gejala asma boleh menjadi bertambah teruk dengan cepat. Gejala ini adalah berbeza antara satu sama lain. Semasa serangan asma, tanda dan gejala adalah termasuk:

  • Batuk dengan atau tanpa selesema.
  • Berkahak.
  • Bernafas dengan cepat.
  • Rasa ketat di dada.
  • Nafas berbunyi.

Tanda amaran:

  • Batuk tanpa henti.
  • Nafas berbunyi yang teruk.
  • Sesak nafas yang teruk.
  • Sukar bercakap dalam ayat yang panjang.
  • Tidur yang tidak nyenyak.
  • Sakit dada.
  • Kulit menjadi pucat.
  • Tahap kesedaran menurun.
  • Bibir dan kuku menjadi kebiru-biruan.

Sudahnya dok berulang ambik neb kat hospital. Sangkakan lepas bersalin simpton ni akan hilang. Ramai cakap gitu kan….

Rupanya tidak! Huwaaa…. Dah lepas bersalin pun, asthma ni masih ada. Acaner? Harapan tinggal harapan.. Huhuu…

Simptom Asthma

Simptom asma Nina – Mula rasai ketat nya kat dada ni dan sempitnya ruang dada ni nak bernafas. Perit sakitnya mencucuk cucuk masa nak tarik setiap hela nafas yang singkat pendek. Seksa! Rasa macam nak putus nyawa pun ada.  Huhuuu

Pastu macam ada belon-belon pecah saat nafas di lepaskan. Bunyi dalam dada ni usah cakap, bising!

Sesekali akan rasa berpeloh peloh sampai lencun. Pastu mula akan sakit kepala berdenyut denyut. Dada semakin mencengkam. Huhuu…

Penawar Asma Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd

Asthma inhaler … Benda wajib ada tatkala asma penyerang. Huhuu . . .

Rawatan asthma

Dipendekkan cerita biasanya bila asthma attack Nina akan terus ke emergency Hospital Selayang. Ada department asthma kat sana. Biasanya waktu malam pas Geng balik keje. Mak mak kann… Walau sakit pun akan dahulu kan keperluan anak-anak.

Suka rawatan depa, teliti, peralatan lengkap dan betul² nafas clear baru boleh balik. Alhamdulillah, Nina berpuashati dengan hospitality service mereka.

Akan tapi > > > >

Masa dok sini memang lama tapi apalah sangat dengan masa, nak cepat tapi ala kadar ke nak yang terbaik dari pakar? Bukan apa, andai apa² kemungkinan, kena refer memana ker, kita dah sedia ada kat hospital. Memudahkan urusan kannn?

Pernah gak dapatkan neubilizer dari klinik swasta ok gak laaa.. Tapi entah laaa lebih serasi dekat hospital selayang.

Lain orang maybe lain penerimaannya. Macam Nina geng hantar kat emergency, dan dia terus balik rumah. Tak tunggu pun. Dah sedia maklum prosesnya berejam… Kalau lebih 2 kali neb, biasanya lebih 3 jam gak. Pernah sampai 5 jam sebab lebih 3 kali neb dan rawatan susukan lain macam xray, ambik darah, cucuk hydrocot. Sorry kalau salah eja. Kita bukan doktor .

Tidak dinafikan memang lama , yelah… banyak prosuder nya, so lebih wajar Geng balik rehat. Dah settel nanti Nina call baru dia datang jemput. Lagipun adanya 5 bala tentera kat rumah tu, maka Geng dok rumah tengokkan depa. Menunggu kat hospital bukan pilihan bijak bagi Nina, kat sini ramai yang sakit dan mungkin adanya penyakit berjangkit. Tak mo terdedahkan anak² pada risiko. Setuju kannnn?

Begitu laaa rutin Nina bila kena asthma.

Cara mengelakkan Asthma – Pencegahan

Secara umum cara Nina elakkan asthma kat rumah, mudah jer… Kat rumah Nina memang tak de carpet, dan Nina pun tak de bela kucing. Walaupun asthma Nina tak teruk, Nina cuba elakkannya.

Kebersihan rumah memang Nina kategori cerewet. Biasalah Mak mak kannn? Alhamdulillah… Nina ni allergic habuk, kena habuk mudah selsema. Paling risau bika selsema agak lama nanti akan disusuli batuk. Haaa… Batuk kaluuuuu asthma mula laaa menyelit. Huuuu…

So biasanya tugasan vacuum rumah Nina, Geng banyak bantu dan sekarang anak-anak pun boleh diharap buat keje sesama. Eilhan pun dah pandai kemas rumah tau!

Kalau Nina part makanan, musuh utama Nina adalah tembikai. Orang lain Nina tak sure. Selain tu Nina sejenis yang tak minum sejuk. Jarang sekali melainkan tak de pilihan macam pi kenduri ke. Terpaksa telan gak segelas dua. HAhaa.. Takkan tak minum, tercekik nanti acaner?

So far lain-lain makanan Nina pantang gak ..

>

>

>

>

>

Pantang tengok! HAhaa…

Rujuk pakar

Asthma rawatan sesak nafas penjagaan pencegahan

Bila adanya simptom asthma dan dah pernah dapat rawatan Nebulizer, sebaiknya korang ada rawatan susulan. Doktor akan ajar cara-cara penjagaan asthma ni.

Contohnya korang akan dapat pump ventolin samada warna biru atau coklat. Dan juga pil ubatan. Mungkin gak perlunya buat xray.

Cuma pengajarannya jangan tunggu lama saat asthma dah mula menyerang. Jangan buat-buat tak tahu nanti dulu laaa…. Sebab asthma ni badan kekurangan oksigen. Bahaya tau bila kita kurang oksigen. Nanti ada masa Nina sambung lagi apa komplikasi bila badan kita kurang oksigen dan boleh bawa maut. Sila ngeri dulu… HAhaa…

Jaga diri dan kesihatan… Moga kita diberi kesihatan yang baik dan sihat cergas sentiasa. Aamiin

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Note : Nina bukan doktor tau… Jangan laaa tanya soalan bebukan. Nina sekadar sharing pengalaman dan rujukan untuk kita kemudian hari

Asthma sesak nafas simptom rawatan pencegahan

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
3 Comments

Post A Comment

Follow by Email
Instagram