Sakit dada sebelah kanan. Bahaya ke?
Nina alami sakit dada sebelah kanan yang sakit sangat. Ya sakit sangat! Rasa dia sampai rasa sesak nafas ke tahap tak boleh nak tarik nafas. Semalam rasa sakit nya lebih teruk. Rasa sakit dada sebelah kanan dah merebak naik ke leher. Macam ada orang cekik leher ni, nafas stuck kat leher . Air liur tak tertelan. Allahuakhbar memacam fikir dah masa ni
Hari pertama sakit pada 31/8/2022 dalam jam 3am sejurus lepas bangun dari tido. Masa tu Geng bersiap nak hantar kakak Eillya ke TBS . Bas ke Muadzam Shah bertolak jam 5am Dan kitaorang plan nak pegi KL sambut Hari Kemerdekaan ke 65 di area Sogo
Masa tu rasa sakit dada sebelah kanan seolah menekan, berat sangat. Susah nak bernafas terutama masa tarik nafas dalam-dalam rasa menyucuk cucuk, tertarik tarik, ngilu sampai ke belakang. Sakit tapi rasanya ok ok masih terkawal. Acah-acah ingat maybe asthma je kot. Tapi macam bukan sebab Nina memang ada asthma so pandai laa sikit bab-bab asthma ni. Pernah dah share Asthma sesak nafas simptom rawatan pencegahan . Mmmm… So sakit dada sebelah kanan ni bukan asthma! Huhuu
Apa perlu buat bila sakit dada sebelah kanan ?
Geng nak bawak terus pi klinik tapi macam ermm… nanti lah! Kejap je ni kot ayat sedapkan hati so teruskan perjalanan seisi keluarga sambut kemerdekaan sambil mencipta kenangan! Haaa gitu sekali semangat patrotik tahun ni
Sepanjang hari rasa sakit tertekan, perit dada ni dan sesekali rasa macam dada nak krem kejang bila cuba nak bernafas dalam-dalam. Tapi muka mainten ayu comey cute gitu. HAhaa Biasalah indenial . Hakikatnya tak boleh nafas macam biasa! Sedut nafas pendek-pendek je. Kalau teruskan tarik nafas dalam-dalam, akan rasa krem dada belah kanan ni sakit dia tarik sampai ke belakang. Lagi sakit! Semua pergerakan terhad, slow and steady gitu…
Dan semalam 2 September 1am sakit dia makin teruk. Dah cuba semua posisi, cuba duduk, berdiri, berehat, tenang semua rasa sangat sakit. Cuba untuk tido pun tak daya. Allahuakhbar..
Pastu Nina google lagi dan lagi. Sejak hari pertama dah Google, bila baca rasa lagi seram nak teruskan baca! Antara nya kemungkinan Sakit jantung, . . .
SAKIT SANGAT! SAKIT DADA SEBELAH KANAN SAMPAI SUSAH NAFAS. Kenapa ni?
Arghhhhh… Takut nya!
Lagi buat huru hara tak keruan bila lagi dicari gali punca sakit dada sebelah kanan lagi hati ni berdebar-debar. Lagi stress! Lagi takut!
Tengah malam cuba untuk tido tapi tak daya. Sakit nya sampai tak mampu tutup mata. Denyutan jantung berdegup pun Nina dapat rasa. Try to relax so Nina mandi. Habit kot suka mandi bersihkan diri wangi wangi ala theraphy bila tak keruan..
Pastu gagahkan diri terpaksa kejut Geng yang lena dibuai mimpi. Sebenarnya Nina takut nak pi klinik/hospital. Ya sejujurnya aku ni bukan lah kuat sangat orangnya. Lemah longlai bak tisu tapi sebab dah tak tertanggung tak tertahan dah sakitnya. Risau lewat dapatkan rawatan . . . you know what i mean. Huhuu
“Abang, sakit dada kanan makin sakit laaa” – saat ni memang rasa nyawa hujung tanduk daa nih. Nak cakap pun puas kumpul tenaga
Terus bersiap ke klinik. Dalam perjalanan tak henti berzikir BERDOA . Praktikkan cara berdoa yang betul dengan harapan doaku makbul. Jujur aku tak kuat, tak bersedia untuk terima berita yang buruk. Bantu lah aku Ya Allah. Aku takut! Tak mo warded. Huhuu
Okies, iklan sat!
Nina kongsikan kat sini bahan ilmiah yang Nina dok hadamkan. Semua ni menakutkan seram di baca oleh yang menghadapinya. Faham faham rasa tu… Tapi lebih baik ambik tahu kann
Apakah Tanda Sakit Dada ini Kemungkinan Serangan Jantung?
Sakit jantung boleh menjadi salah satu sebab sakit dada. Korang perlu segera mendapatkan rawatan perubatan kecemasan jika mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Rasa sakit, berat atau menekan di dada
- Sesak nafas atau susah bernafas
- Berasa hendak pitam
- Sakit dada itu merebak ke kawasan lain seperti dagu, lengan dan ke belakang dada
- Berpeluh dengan teruk
- Mempunyai faktor yang membuat korang berisiko untuk sakit jantung seperti merokok, berat badan berlebihan, mempunyai penyakit diabetes
Jika mempunyai tanda-tanda berkenaan, sila segera ke hospital yang terdekat atau panggil ambulans.
Haaa… cuak weyhh! Semua rasa tu ada. Masa menguap / ketawa lagi sakit dada. Kejang!
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kanan atau kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Penyebab Rasa Sakit Di Dada Sebelah Kanan?
Rasa sakit dada di sebelah kanan mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung dan sebaliknya. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius :
Serangan jantung / sakit jantung
Ini adalah perkara pertama yang selalu difikirkan pesakit dan doktor haruslah melakukan pemeriksaan dan ujian makmal sekiranya pesakit mengadu mempunyai sakit dada yang mempunyai ciri-ciri serangan jantung.
Tambahan lagi sekiranya mereka adalah dari golongan yang berisiko tinggi seperti perokok, obese dan mempunyai ahli keluarga yang pernah mendapat serangan jantung, penyakit ini perlu dikesan dengan segera.
Serangan jantung adalah berpunca dari saluran darah atau arteri koronari yang tersumbat oleh kolesterol atau lemak. Ini menghalang pengedaran darah ke otot jantung yang membawa oksigen dan nutrisi penting.
Akibatnya, sel jantung akan mati dan pesakit akan mendapat serangan jantung.
Eerrkkk >> Sejarah family : Arwah atok Nina belah Abah ada sakit jantung.
Angina
Angina terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak di dalam arteri koronori yang membawa darah ke jantung. Apabila melakukan aktiviti fizikal, jantung akan mengepam lebih laju supaya lebih banyak darah megalir ke seluruh badan.
Namun, sekiranya saluran arteri koronari tersempit, maka kurang darah akan sampai ke jantung dan sel akan kekurangan oksigen. Ini juga digelar sebagai iskemia (ischaemia). Oleh itu sakit dada angina akan terjadi.
Eerrkkk >>> (Seram baca sebab kolesterol Nina agak tinggi dan dah lama tak buat check up)
Radang jantung
Jantung mempunyai lapisan yang jika ia radang, boleh membawa rasa sakit. Radang jantung boleh terjadi selepas seseorang menghidapi jangkitan viral, mempunyai penyakit seperti SLE atau sakit jantung.
Sering-sekali, mereka yang mengalami radang jantung menyatakan sakit dada lebih terasa jika tunduk ke depan atau semasa menarik nafas.
Eerrkkk >>> Ini pun ada rasa sebab bila tunduk ke depan atau semasa menarik nafas memang terasa sakit sangat sangat sangat! Huhuuuu
Pulmonary embolism / Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru
Penyakit ini disebabkan pengumpulan darah beku di dalam saluran darah di paru-paru dan boleh menyekat pembekalan oksigen. Antara tanda-tandanya adalah sesak nafas, sakit dada semasa menarik nafas dan batuk berdarah. Ok lega. Nina takde batuk pun apatah lagi batuk berdarah.
Ada sesetengah orang yang dikenalpasti berisiko tinggi mendapat penyakit ini.
Contohnya pesakit kanser, terlantar lama di katil hospital, obesiti, perempuan yang hamil atau apabila tidak dapat berjalan selepas pembedahan.
Pneumothorax
Ini merupakan situasi di mana terdapat udara di antara di dua lapisan yang menyelaputi paru-paru anda dan akan mengecutkan paru-paru membuat anda sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Anatara penyebab perkara ini berlaku adalah kemalangan yang melibatkan bahagian dada, merokok dan penyakit semput.
Alamak semput, Nina ada asthma
Jangkitan paru-paru / Pneumonia
Jangkitan paru-paru membuat seseorang itu berasa lesu, batuk berkahak, demam, menggigil, sesak nafas dan sakit dada. Jangkitan seperti ini biasanya terjadi dalam golongan orang tua dan bayi kecil kerana tahap imunasi yang lemah.
Sakit otot
Korang mempunyai terdapat pelbagai otot di bahagian dada samada di bahagian luar atau dalam. Sakit ini boleh terjadi selepas membuat aktiviti fizikal dengan postur yang salah atau kemalangan kecil atau besar.
Rasa tertekan /stres /risau
Rasa tertekan boleh membawa kepada rasa jantung berdebar, sakit dada dan sesak nafas. Kemurungan juga boleh memberi simptom yang sama. Daku stress ke? Rasa takde apa nak di stress kan. Daku juga cukup jaga part Anxiety pantang larang makanan yang boleh dan tidak. Elakkan, berpada-pada dan bersederhana
Pedih ulu hati
Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esofagus. Selain pedih di bahagian atas perut, seseorang boleh juga rasa sakit di dada. Korang juga mungkin boleh rasa pahit di mulut kerana kandungan naik balik semula ke atas.
Tapi ini tak mungkin sebab Nina titikberatkan penjagaan makan. Nina siap amalkan Serbuk HALIA #1 Padu lagi.. Bagus serbuk Halia Premium ni, mampu menyelesaikan masalah angin dalam badan. Suku sudu + secawan air panas dah memadai.
Sakit yang berkait dengan abdomen
Sakit dari bahagian perut yang disebabkan penyakit lain boleh dirasa di bahagian dada.
Secara kesimpulan, sakit dada sebelah kanan mempunyai banyak punca dan cara mengatasi yang sungguh berbeza. Jika terdapat apa sahaja kemusykilan, sila merujuk nasihat doktor yang boleh didapati di hospital.
Ok sambung citer Nina dah sampai klinik. Nina ceritakan semua kat Doktor . Banyak soalan Doktor tanya dan antara soalan Doktor yang Nina ingat :-
Sakit nya di mana?
Berapa lama?
Angkat tangan, buat pergerakan masih sakit?
Samada ada buat keje berat baru-baru ni?
Ada gastrik ke? Ada asthma?
Sakit nya kat tengah ke kanan je?
Ada sejarah sakit lain?
Ada terlebih bersenam ke?
Kesimpulannya : Doktor andaikan muscle pain. Sebab doktor dengar pernafasan ok, level oksigen ok, blood pressure pun ok . Ya doktor, saya cuba untuk berada dalam keadaan tenang. Ok maybe muscle pain. Musykil nya Nina ni surirumah je pun, mana lah ada buat keje berat-berat. Keje rumah pun Geng dan anak-anak yang banyak bantu sesama buat keje rumah. Musyil jugak walaupun terima pendapat Doktor. Dia lebih arif kann
Rawatan sakit dada sebelah kanan ?
Untuk kes Nina, akhirnya Doktor bagi injection tahan sakit, ubat makan tahan sakit dan ada macam koyok tampal kat tempat rasa menyucuk tercucuk sakit tuu . Dan macam biasa doktor pesan kalau tak kurang datang kembali. Ya faham, ayat standard para doktor.. Hehee
Ini ubat yang doktor bagi. Koyok belakang tu not bad gak harganya. Lebih tigaploh henggit
Tak sure keberkesanannya. Samada baik ni sebab injection atau sebab koyok. Tapi nanti nak pakai lagi. Bau dia wangi, bau mint gitu.. Harap ubat dan koyok ni serasi dan mujarab hilangkan sakit dada sebelah kanan yang Nina alami ni. Aamiinn..
Sebenarnya rasa lega sangat lepas doktor kata kemungkinan muscle pain. Ghisauu weyhh..!! Cuak stress gabra semua ada masa tunggu doktor nak kata apa.. Harap sakit dada belah kanan ni tak menyerang lagi!
Terfikir jugak, maybe laaa maybe ayat sedapkan hati simptom Nina alami dan cuba matching kan dengan result doktor kata sebab muscle pain.
Ya, lately Nina banyak mengadap laptop. Mungkin punca posisi duduk tak betul sebab sebelum ni dok sakit kat belikat. Atau mungkin ada hari ter lewat makan sampai angin Gerd menyerang, mungkin anxiety tak terkawal, too much thinking, mungkin itu ini, semua pun mungkin.. Mula laa dah fikir bukan-bukan. Huwaaaa
Usah tanya punca sebab Nina pun tak tahu. Buntu!
Semoga asbab sakit ini dengan perkongsian ini, kengkawan yang alami sakit yang sama cepat dapatkan rawatan. Faham sangat rasa takut tuu! Tapi elok lah tahu dari dok tertanya-tanya kann. Segala kemungkinan kita je yang rasa dan ianya rahsia Allah.
InsyaAllah… doa yang baik-baik. Semoga sesama kita dikurniakan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala. Aamiinn. Keep strong!
Salam ikhlas,
Nina Mirza
Terima kasih kaka nina kongsikan mengenai sakit dada ni. yelah sekarang kita kena ambil serius jika ada simptom badan. kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Boleh kita dapatkan rawatan awal.
I will follow your blogs and share them with everyone since this is a fantastic source of knowledge. I think highly of the author of this piece; you are quite skilled. I hope you will spread the word about them and find more success.
i realy like that and share my friends
Health issues are always the top concern today. I’m really afraid of pain.
nice post thanks for sharing
Alhamdulillah terima kasih buat perkongsian ni.
wahh masa baca awal awal tu memek muka takyah cakap lahh cuak gak rasa tapi bila baca sampai habis Alhamdulillah rasa tenang sikit hehe
i something ask sir keep up sir very nice keep