Tips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licin

Tips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licin tak menggerutu

Tips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licin je

Hari yang busy. Entah apa busy nya entah laa.. So nina just nak share tips masak telur rebus. Aik? Ini pun nak share? Pasti ada yg berkata-kata macam tu kan. Relax! Tak semua orang tahu apa kita tahu dan belum tentu apa kita tahu orang lain pun dah tahu. Haaa gitu!

Jangan tak tahu… Ada juga yang tak tahu tips ini.
So sharing is caring. Kalau perlu , take note dan  kalau rasa tak perlu just ignore.
Simple rite!

Tips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licin

 

Alkisahnya, anak Nina  Eilhan suka sangat makan telur rebus. So tiap kali dia demam, tak payah menu susah payah remeh temeh nak kena masak. Rebus aje telur. Ini favorite dia . Telur bagus untuk kesihatan, kaya dengan sumber protein. Selain menu telur rebus, telur masak kicap menu paling cepat sedap favorite Eilhan dan anak-anak yang lain jugak. Agaknya asal mama masak apa pun sedap. Sama macam Nina jugak, air tangan mama Nina paling heaven walaupun hanya telur goreng. Korang rasa yang sama tak? HEhee
Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang tak cerewet amat memudahkan segala urusan seharian. Terima kasih Allah.

Tips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licin 

Okey senang sangat. Memula opkos kena lah cuci telur tersebut. Bersihkan dari segala kekotoran yang ada. Kotor ni yang tercemar ni boleh jadi penyakit yang membawa maut. Bahaya! So cuci lah bersih bersih sambil tu selawat laa

Masukkan telur yang dah dibersihkan dala periuk, tak kisah lah periuk doraemon ke, periuk tembaga ke, periuk tefal ke janji periuk dan bukan tudung periuk. Eh! Tu lagu nyanyian Dayang Norfaizah. Sedap dia nyanyi style irama etnik tradisional. versestyle suara dia. Apa dah merepek sampai citer Dayang Norfaizah pulak

Tips Nina rebus telur rebus ni masukkan sedikit minyak dan garam.  Ini supaya telur rebus nanti mudah senang dikupas kulitnya. Senang kupas cantik licin lah hasil telur rebus nanti. Bukan apa, part susah kupas ni memang boleh kemurungan bila hasil telur rebus sopak sana sipak sini menggerutu dah tak bulat licin dah telur rebus. Faham tak kekecewaan nya disitu?

Pastu masak lah Eh.. Rebus lah telur sehigga masak. Masa dalam 15 minit. Dah masak  toskan. Lalu kan telur rebus kat air paip yang mengalir. Ini untuk menghentikan suhu telur tersebut sekaligus mudah nak kopek nanti. Kulit dia macam dah terpisah dari telur. Tak caya cuba laa!

Selain makan gitu je telur rebus atau jadi menu sampingan nasi lemak, Nina selalu pusing pusing masak. Sesekali follow jadual kita masak lah ikut resepi telur rebus masak kari . Kuah nya masak lebih sebab Nina dan Geng suka makan kuah kari  cecah roti.

Sama tak teknik kita masak telur rebus?

Related Post
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

2 Comments
  • Pingback:Resepi Telur Rebus Masak Kari paling mudah sedap
    Posted at 03:20h, 03 September Reply

    […] telur rebus ni senang je sebenarnya. Tapi tahu tak ada tips masak telur rebus supaya telur rebus kita cantik licin je lepas kupas. Bukan apa, ada orang telur rebus nya masa […]

  • Pingback:Khasiat Telur Burung Puyuh Bagus untuk kesihatan
    Posted at 04:01h, 03 September Reply

    […] masuk dalam mulut dia) Hehhee Haa.. Alang-alang citer pasal telur rebus, Nina share ngan korang tips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licin tak menggerutu . Korang try, gerenti telur rebus korang dapat hasil yang cantik licin masa […]

Post A Comment