Udang Goreng Kunyit Mudah Sedap Senang style Nina ni antara menu paling sedap mudah ringkas pilihan Nina sekeluarga. Sebab nya bila masak style gini, nasi panas sama satu lauk gini pun dah cukup. paling lebih pun Nina tambah telur dadar. Mmmmm… Menyelerakan!
Tak de mood nak citer banyak. Moh lerr tengok resepi sedap mudah style Nina. Moga ianya membantu korang yang mungkin tengah kebuntuan nak masak apa hari ni. Menu paling senang ringkas sebab kita boleh masukkan sekali sayur, carrot dan macam-macam lagi apa kita suka. Kiranya menu all in one gitu! Ikut suka korang nak masukkan apa sekali… Semua dalam satu menu! Jimat masa, senang makan.
UDANG GORENG KUNYIT Mudah Sedap Senang
Bahan-bahan
500gm Udang sederhana besar – cuci bersih dan toskan perap bersama serbuk kunyit
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2inch halia – hiris nipis
2 batang serai – ketuk jer
Sos tiram 3 sudu
Sayur kacang boncis secukupnya – potong dalam 2inch
Carrot – potong kecil
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya -agak-agak jer
Cara penyediannya
1- Udang yang telah dibersihkan diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia dan serai hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sos tiram, kacau rata dan sedikit air hingga mendidih.
4- Masukkan udang goreng hingga masak lalu masukkan sayur kacang boncis, dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~
Selamat mencuba!
Udang Goreng Kunyit Sedap Mudah Senang
Tapi kalau korang rajin sikit, korang boleh try follow cara Nina masak Resepi Udang Salted Egg
Ya ampun..!! Nak pesan awal-awal, kalau masak ni sila lah masak lebih. Keunikkan rasa salted egg, lemak masin bersama aroma daun kari memang macam nak makan sekawah! Saka yang makan kot. HAhaa
wah…..sedapnyer……
Terbaik…….nk try
wahhh sedapmyaaa..ingatkan ayam goreng kunyit je ada. maaf saya noobs hal makanan ni
Macam² boleh di gorengkan kasi kunyit kan sama dia. Kita yang masak. Hehee
Akak serai tak bagitau pun dlm resepi?
Hafiz..
Yelah.. Baru perasan. Makaseh yaaa inform . Kak nina dah edit kat bahan.
I am sure that the recipe you shared with us is extremely exclusive and original. Well, first of all, let me give it a try! I’ll soon write my feedback!
Nak tanya, kalau xdak sos tiram nak ganti dengan apa ya?
Really appreciate this wonderful post that you have provided for us. I assure this would be beneficial for most of the people. I’m going to highly recommend this web site!