Eye Pro Vision Sungei Wang Kedai Cermin Mata Murah KL

Spek patah! Huhuu… Eye Pro Vision ku kembali lagi

Kedai Cermin Mata Murah EYE PRO VISION KL

Aduyai . . . Sedey nya! Spek mata yang paling Nina sayang patah. Huhuuu . . .

McDonald's 40 tahun HAPPY MEAL

Hah . .  Spek mata ni laaa… Suka tau! Cantik kannnn, sesuai ngan Nina? Bila pakai terasa cam awet muda 20 tahun gitu. Yea kannn? Ker ku yang poyo perasan lebeyyy. HAhaaa…

Rasa dah lebih 3 tahun Nina pakai. Suka designnya yang up-to-date looks fresh, terkini pastu flexible . Terduduk ke, terpijak ke tak patah! Cuma yang patah ni kat part stand hidung tuu.. Spek ni best giler! Nak plak dengan lens Aplha BLue 420. Terbaik laaa… .

Mujur Nina ada Cermin Mata extra. Yang ni for standby dan selalunya Nina pakai untuk jengjalan atau tetiba rasa nak ubah sikit nampak lain dengan penampilan.

The Joke Factory

Yang ni sesuai jugak kannn? Suka jugak bingkai ni. Spek yang ni pun   Alpha Blue 420 lens yang dok viral beberapa tahun lepas.  Suka pakai terutama outing dan drive. Memang berkesan kurangkan silau LED. Cahaya jadi kecik dan pandangan lebih sharp gitu.

Kedai Cermin Mata Murah SUNGEI WANG PLAZA , Ku kembali lagi …!!

Yesszaaa.. Bila jer spek patah, tempat yang Nina tuju tuk buat spek mata semestinya di Sungei Wang Plaza. Di sini syurga Cermin Mata Murah Murah!

Tapi dalam banyak-banyak kedai yang ada kat sini ada satu kedai yang Nina akan terus tuju! Tak mo dah singgah kedai lain. Buang masa jer nanti. Yelah … Buat cermin mata ni bukan kejap. Berejam! So buat apa buang masa pi kedai lain yang entah tahu kualitinya nanti. Kannnn..??

Mana satu kedai cermin mata murah terbaik di Sungei Wang Plaza?

Ahaa… Sure ni antara soalan yang korang dok terfikir kannn? Memang laaa Sungei Wang Plaza ni fofular dengan Spek Murah. Tapi mana satu kedai yang betul-betul murah dan berkualiti?

Eye Pro Vision – Kedai Cermin Mata Murah Terbaik Di Sungei Wang Plaza. 

Pilihan Nina di Eye Pro Vision. Hasihhh … Tak kan tak tahu, ni laaa yang sebenar-benar Kedai No.1 Viral  yang dok femes tuu – kedai spek murah! Lagi senang korang cari jer William tokey kedai ni yang encem bak oppa  Korea.

Kedai Cermin Mata Murah Eye Pro Vision Eye Pro Vision Sungei Wang KL

PKP – Eye Pro Vision patuh SOP

Saat Nina sampai, memula kena check suhu badan dulu, pakai hand sanitizer yang disediakan dan kemudian kena tulis details kat dalam buku. Kita sendiri kena laaa pakai mask. Hastag #KitaJagakita kannnn?  Kalau ramai kena laaa tunggu sat. Bagus kannn?

Selain dari tu, masa Nina dok belek-belek pilihan cermin mata yang ada, staff memberitahu Nina bingkai yang dah kita sentuh untuk cuba, kita kena letakkan dalam box yan disediakan. Tak boleh letak tempatnya semula. Nehi nehi nehiii…!!

Sebab nya semua cermin mata tu akan di sanitized semula sebelum di letakkan di tempatnya semula oleh staff. Hebat hebat! Nina suka… Kedai sebegini laaa kita harus support. Patuh SOP!

Mana satu cantik sesuai ni?

Jenuh aiihhh . . . Berejam Nina dok pilih spek. Typical MakMak memang gini kot kannn? Pilih spek mau sampai kedai tutup baru nak buat keputusan.  Tu tak kena , ni tak kena… Ada saja! Cerewet over ke kita ni??

Kedai Spek Murah Sungei Wang KL William Eye Pro Vision

Apa susah ni?
Akhirnya Nina tanya jer ngan William atau staff mereka yang sedia membantu kita dalam membuat pilihan. Depa ni berpengalaman kannn, so banyak laaa tips yang mereka boleh kongsikan. Yang mana sesuai ngan bentuk muka ker , mana satu pilihan terbaik untuk kegunaan kita ker atau yang mana design yang tengah trending? Idok lerrr cermin mata kita nampak kuno ketinggalan zaman.

Eye Pro Vision Sungei Wang banyak pilihan design terkini cantik trendy

So lepas dah belek-belek, akhirnya 4 pilihan bingkai yang bakal disunting
4 ni pun jenuh aaihhh nak pilih. Still buntu
Akhirnya Nina try post kat FB IG Nina

So far dari respon kengkawan, ada yang komen, ada yang dm pm. Kebanyakkannya cadangkan Nina pilih transparent dan black.

Aduyai . . .  Dok cuba cuba, posing sakan… Siap ambik gambar banding-bandingkan, matchkan dengan bentuk muka  dan Nina decide nak bingkai lain dari sebelum ni. Yelah . . . nak nampak new looks! Idok ler sama jer…

Tadaaa… Cantik tak?

Eye Pro Vision Sungei Wang Kedai Cermin Mata Murah KL

Bingkai merah, warna agak berani untuk di pakai. Tapi nampak fresh kann? Dan totally berbeza penampilan dari sebelum.  Actually macam suka jugak bingkai hitam, tapi hurmmmm . . . macam biasa-biasa lak bila tengok depan-depan, tu yang beranikan diri ambik bingkai merah.

Mmmm… Sebab ramai pilih transparent, berbelah bagi dibuatnya. Hati ku nipis. Lantas..

Eye Pro Vision Sungei Wang Kedai Cermin Mata Murah KL

Dua-dua sekali ku rembat! HAhaaa.. Tamak kann
Tapi ada pepatah orang tamak selalu rugi but for this, rasa Nina dah cukup untung sebab harga murah! Satu spek hanya RM125. Mana nak dapat kat tempat lain kannn?

Ya awak, hanya RM125 untuk bingkai + Aplha Blue 420 tau!

Murah sangat! Tak akan dapat kat tempat lain harga gini.  Lens yang bagus biasanya beratus. Pernah dulu sampai RM500 untuk lens saja.

Kat Eye Pro Vision hanya RM125!
Nikmat apa lagi yang kau dustakan? Bingkai trendy, fleksibel tak patah, lens bagus. Sejam dah siap. Nak apa lagi? Tu pasal laaa Nina buat sekali 2. HAhaaa.. Orang tamak kan selalu untung. Eh!

Rugi tak grab sekali dua alang-alang dah jumpa bingkai yang menawan kalbu. Muka Nina ni size kecik dan paling susah nak jumpa bingkai yang sesuai. So kat sini ada banyak pilihan sampai  pening dok pilih. So sesekali as reward pada diri sendiri why not beli sekali 2 kannn?
Mak pun nak jugak melawa.. Tukar-tukar image gitu. HEheee

Meh layan sat video santai Nina buat spek baru.

1 jam siap!

Paling best buat spek kat sini, siap cepat! Nina dan Eillya sempat pi makan. Belum habis makan William dah call kata spek dah siap. Fompuan memang terhegeh-hegeh kot ehh… Silapnya pi singgah watsons dulu, tu yang dah buang masa lama dalam tu. Biasalah fomfuan. HAhaaa

Kelebihan lens Alpha Blue 420

1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
3. 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420)
4. Tahan lasak
5. Tidak mudah pecah
6. Kalis air
7. Kalis calar
8. Harga berpatutan mampu milik oleh ramai pengguna

Setia ku bersama Alpha Blue 240 lens. Terbaik!

Nina memang suggest laaa korang buat lens Alpha Blue 240 ni. Nina sendiri dah pakai lens ni lebih 3 tahun dan masih helok. Memang jaga mata!
Power Nina sama jer sejak dari 3 tahun lepas. Power silau pun sama jer…

Paling best pakai Alpha Blue 240 lens ni saat memandu. Nak lagi waktu malam. Cahaya LED dari lampu kete lain dia tak kembang silau. Jadi kecik dot dot gitu so memang memudahan pemanduan. Korang kena try dan rasai sendiri!

Selain tu Alpha Blue 240 lens ni jaga mata kita dari cahaya sinar UV yang bahaya pada mata tanpa kita sedari. Sapa lagi nak jaga mata kita kalau bukan kita sendiri?

Tak mahal pun… Hanya RM125 untuk spek + Alpha Blue 240 lens
Hoya boya bagai pun kalah.

Eye Pro Vision Sungei Wang Kedai Cermin Mata Murah KL

So nak Spek murah berkualiti pi sini

EYE PRO VISION ,
G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza
Tel : 016-377 1304
Waktu Perniagaan : 11am – 7pm
(dekat dengan Biskut wangi semerbak tu Famous Amours tuh!) musnah diet lalu sini. Huwaaaaa. . . .
FB : Eye Pro Vision

Ok sambung!
Cari si oppa encem nama William  . Pastu sebut nama NinaMirza  patploh juta kali tau! Biar William tau korang kawan baik Nina yang comey tuuu.. Ok perasan! HAhaaa

Recommended !

Okies, sampai jumpa lagi…
Hurmmm . . . Rasa-rasa hujung tahun nanti nak pi travel. Ya dalam Mesia jerrr. Spek ni sesuai kannn kita bikin jadi tukar warna gelap tuuu?

Spek murah + Alpha Blue 240 RM125

Tu hari tengok pakej SUN MAGIC ni baru RM270. Aduyai . . . Murah kann?
Sekali bingkai + Alpha Blue 240 yang tukar gelap tuu bila kita berada kat outdoor. Chewah . . . Dah berangan nak selfie spek hitam nanti.

Akhirnya ku booking jugak! HAhaaa .. . .
Stay tune gambar meletops kita hujung tahun nanti. Adios ~

Ni nak share lagi terlajak murah!
Buat mereka yang dah mula meningkat usia, gerenti yang rabun jauh dah mula ada rabun dekat. Ini Normal!
Bila usia cecah patplohan korang akan lebih selesa bukak spek masa membaca atau tengok phone. Betul?

Maka ini bermakna korang dah kena pakai spek rabun jauh dekat. Kalau dibiar je nanti power rabun dekat akan lebih tinggi. So dont worry! Kat sini jugak laaa Kedai Cermin Mata Multifocal Murah . Hanya RM450 all in one. Tak payah dah pi survey tempat lain. Trust me! Tak caya pi sendiri dan tanya William. Sebut laa nama ‘Nina’ patploh juta kali kat dia. HAhaaa.. betul taktipu  Selamat jaga mata dan jimat poket!

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
36 Comments
  • Pingback:Resepi Kek Pisang Moist Gebu Sedap Mudah Blend aje
    Posted at 12:12h, 11 June Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempa… […]

  • Pingback:Lontong Kuah Lodeh yang sedap dan Mudah
    Posted at 12:17h, 11 June Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempa… […]

  • Pingback:Resipi Mee Goreng Sedap Senang Mudah Cara Masak Wajib Ada
    Posted at 12:18h, 11 June Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempa… […]

  • Pingback:Resipi Kek Coklat Moist Paling Sedap
    Posted at 12:20h, 11 June Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempa… […]

  • Pingback:Udang Goreng Kunyit Sedap Mudah Senang
    Posted at 12:25h, 11 June Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempa… […]

  • Ai
    Posted at 16:50h, 11 June Reply

    Bila lah nak g kedai spek ni. Nak mur mur juga.

  • farhana jafri
    Posted at 17:57h, 11 June Reply

    bagusnya staff dia memang jaga kebersihan product dia, so tak la kita as customer rasa cuak nak try tambah pula product dia dipakai dekat area sensitif. Cantik2 bingkai yang Nina try dekat sana.

  • Yaya Natsumi
    Posted at 18:00h, 11 June Reply

    Cantiknya spec mata baru kak nina! Yaya memang suka dengan servis di Eye Pro Vision ni. Staff mereka sangat friendly dan sudi membantu pelanggan dalam memilih spec yang sesuai dengan kita. Nak buat spec mata baru kat sini jugalah nanti hee suka Lens Alpha Blue dia

  • Rawlins GLAM
    Posted at 18:21h, 11 June Reply

    Hari tu pergi tapi nampak ramai umat. Of coz la ramai kan sebab dah viral. So Rawlins walk around dan terbeli 2 bijik kat kedai tepi dia. Haha. Nanti kita jengok la kedai nie plak. Tak salah kan bebanyak spare cermin mata? Haha

  • Sis Lin
    Posted at 18:42h, 11 June Reply

    Yang tranparent tu kena dengan muka Nina..tapi Sis lebih suka Grey tu..ingat nak buat baru gak laaa cermin hehehe…

  • Im
    Posted at 20:17h, 11 June Reply

    Cam bes jer dahbla harga murah.. 1 jam pulak siap.. Tak payah nak pergi berkali-kali

  • Sunah Sakura
    Posted at 21:08h, 11 June Reply

    kita pun memula nak cakap pilih yang black tu…tapi bila tengok yang merah ni lawa pulakkkk…haa, dapat transparent sekali, memang betul2 murah la ni…

  • Mas FVOME
    Posted at 23:08h, 11 June Reply

    dedua cantekk..cermin mata kebaboom..modelnya pun kebaboomm.hihi

  • Yasmin Syafikah
    Posted at 04:56h, 12 June Reply

    bagi yang pakai spec macam saya memang susah nak cari spec yang murah dan cepat siap

  • Marshaliza
    Posted at 07:50h, 12 June Reply

    Pilihan sis nina memang terbaik…lawa je nampak bila pakai. Bila marsha nak terjah kat sini juga

  • Qiss
    Posted at 08:38h, 12 June Reply

    Ni rasa nak pi buat spek ni. Qiss punya spek ntah hilang ke mana ntah. Agak murah harga kat sini dan berbaloi la untuk kita ni. Menarik bingkai spek yang ada. Sangat up to date tau. Nanti hujung minggu la nak pi buat spek kat sini.

  • Faa
    Posted at 08:58h, 12 June Reply

    Dah lama tak prrgi Sungei Wang. Pas ni klu nak cari spek boleh la tengok 2 kat kedai ni.

  • Afizah
    Posted at 09:39h, 12 June Reply

    Cantik vermin mata baru. Kena dengan sis. Nak pilih cermin Mata pon rambang kan. Kita punya lens pon jenis alpha blue sebab ada masalah mata silau.

  • Nadia johari
    Posted at 10:04h, 12 June Reply

    Memang kedai ni juga nad pergi kalau nak buat spek.. Memng servis tiptop.. Kualiti terjamin.. Murah pulak tu..

  • Atul Hamid
    Posted at 11:03h, 12 June Reply

    bila dah pakai spek, memang parah bila patah. huhu cantik spek pilihan sis. sesuai dengan sis. Terbaiklah

  • ika
    Posted at 12:17h, 12 June Reply

    Ahaa nanti boleh share dengan sesiapa yg nak buat spek hehe. kedai murah kan hehe

  • SalJohari
    Posted at 12:33h, 12 June Reply

    Sal bila datang sini rambang mata dan tak pernah balik dengan 1 spec. Harga serious berbaloi tau !!

  • Airah
    Posted at 21:52h, 12 June Reply

    Walaupun tak rabun tapi nanti nak try la pergi tengok kot ada yang berkenan

  • Halimah
    Posted at 11:12h, 13 June Reply

    Pernah gak sggh tgk spkemata kat kedai ni, masa tubteman anak gi cari spek kat sini nti blhlah tgj2 bila nak buat spek baru

  • Curheart Bedelia
    Posted at 15:53h, 14 June Reply

    Masa baca tajuk tu saya amazed jugak sebab spek saya pon tengah patah. Bila baca entri, lagi amazed sebab patah part hidung jugak, hahaha. Saya beria konon pro sangat nak betulkan sendiri, sekali patah daaaa. Btw, saya pon kalau nak pilih spek, saya xpilih sekadar sesuai dekat muka. Saya nak something yang different. Sebab saya rasa bosan kalau design biasa sgt

  • Marina
    Posted at 22:41h, 14 June Reply

    Cantiknye spek kak nina. Rambang mata tengok spek kat sini

  • Rocky
    Posted at 15:30h, 15 June Reply

    Thanks for share this important info..

  • Radhia
    Posted at 09:04h, 20 June Reply

    cantik n smart nya semua design spec di eye provison ni. Yang Nina pilih untuk Nina sangat cantik untuk Nina

  • Mama Kembar Tiga
    Posted at 13:27h, 24 June Reply

    Memang berbaloi buat spek kat situ, murah & berkualiti.

  • Pingback:Resipi Mudah Eat Clean : Sup Ayam Jernih | Clear Chicken Soup
    Posted at 13:06h, 01 July Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata MURAH KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempa… […]

  • Pingback:Cermin Mata Murah Untuk Mama Hadiah Terbaik Jaga Mata Anti Silau
    Posted at 11:06h, 29 July Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah kat KL . Nak buat spek tukar gelap transition ala sunglasses tapi n… […]

  • Pingback:Bahaya GLAUKOMA! Jika dibiar boleh BUTA - Nina Mirza
    Posted at 03:13h, 30 January Reply

    […] buta akibat penyakit glukoma. Tak susah pun, macam Nina atleast setahun sekali Nina akan ke Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza untuk check power mata Nina. So far Alpha Blue 420 lens terbaik untuk jaga mata […]

  • Pingback:Resipi Kek Coklat Moist Paling Sedap Versi Bakar Menepati Selera
    Posted at 04:29h, 03 August Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL […]

  • Pingback:Resepi Kek Pisang Moist Gebu Sedap Mudah Blend aje
    Posted at 02:44h, 02 August Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah  giler kat KL ni .   […]

  • Pingback:Resepi Lontong Kuah Lodeh Paling Mudah Sedap Simple
    Posted at 09:37h, 02 August Reply

    […] Baca : Kat Mana Kedai Cermin Mata Murah KL . Hanya RM125 bingkai + Alpha Blue 240 lens. Tak dapat kat tempa… […]

  • Pingback:CERMIN MATA MULTIFOCAL MURAH BERKUALITI RM450
    Posted at 16:08h, 11 November Reply

    […] je awakkk Apalagi tunggu lagi,  terus onz buat laa! Memang tak dinafikan laaa memang kat sini lah Kedai Cermin Mata Murah ! Tak sanggup dah asyik terlelap dalam penasaran.  Kalau tak asyik terlelap, tak siap keje […]

Post A Comment

Follow by Email
Instagram