Day 4 Menu Mudah bekal Sekolah Eilhan hari ni Nina bikinkan NUGGET AYAM HOMEMADE . Hari ni kalut sikit lewat bangun, mujur adanya stok nugget dalam fridge. So belasah laaa . . . Nyahbekukan kejap dan dah boleh goreng untuk Eilhan. Resipi NUGGET AYAM HOMEMADE
Nugget Ayam Homemade ni korang boleh laa prepare weekend. Sesiap adun, dan goreng halfcook. Pastu bekukan. Masa nak makan, nyahbekukan kejap then goreng macam biasa.
Nina goreng halfcook sebelum masuk dalam beku supaya nugget nanti tak melekat antara satu sama lain semasa proses nyah beku. Kebanyakkan frozen food memang depa kan masak halfcook dulu sebelum bekukan.
Jommm tengok Resipi Nugget Ayam Homemade Mudah Style Nina. Dulu Nina buat ayamnya Nina tak rebus dulu, tapi kali ni Nina rebuskan kejap. Buang air ayamnya dan lagi confident part isi ayam dah well done cook.
Ada orang dia satukan semua, kukus, potong pastu salut tepung atau bread crumbs then baru goreng. Actually tak kisah step mana pun, janji ianya dimasak sempurna dan fresh food dari rumah tanpa bahan pengawet macam Fast Food yang ada dipasaran.

Resipi NUGGET AYAM HOMEMADE Mudah
Menu Mudah Bekal Anak Sekolah
Bahan-bahan
1kg isi ayam – kukus atau rebus kejap, ketepikan.
1 cawan nasi lenyek-lenyekkan sikit – 1/2 cawan pun ok cuma jangan banyak sangat laaa . Nak skip nasi pun ok. Nina letak just nak acah-acah add more karbohidrat gitu. Typical MakMak gitu. nak jugak nasik! HAhaaa
4 sudu besar mayonnaise
3/4 cawan serbuk roti
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk Secukup Rasa MAGGI
1/2 cawan carrot yang dah diparut halus
2 atau 3 biji telur – dipukul
Serbuk roti secukupnya untuk salutan luar nugget. Kalau Tempura tak perlu serbuk roti. Pakai jer tepung serbaguna lagi sedap
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara penyediaannya
1- Isi ayam yang direbus atau kukus kejap tu kemudian blend. Kalau rajin tak mo blend boleh cincang halus lagi sedap.
2- Kemudian gaulkan semua bahan-bahan yang lain menjadi ala-ala seperti doh (adunan nie lembik sikit. Tak sama macam doh donut)
3- Bentukkan doh ikut citarasa masing-masing. (Nina buat bulat-bulat pastu leperkan jerrr.. tak done nak buat segitiga/star/love)
4- Sediakan telur yang dah dipukul dalam mangkuk lain
5- Selepas tu celupkan doh tadi dalam telur dan golekkan pula ke dalam serbuk roti atau untuk jadi tempura pakai tepung serbaguna. Ketepikan
6- Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng deep fried sehingga keperangan.
7- Toskan dan sedia dihidangkan bersama sos pilihan
Haaaa… Rasa satu kepuasan bila dah siap! Nugget Ayam Homemade ni kaya dengan isi ayam sebenar dan paling penting berkhasiat tanpa bahan pengawet. So pasni tak perlu dah beli nugget kat luar sana tu naaa.. Bapak-bapak pun boleh jer bantu sesama prepare nugget ayam ni. Sapa tau air tangan bapa juga mampu menggetarkan cinta kasih sayang seisi keluarga. Opkos Mak nya lebih love gitu! Oouuchhhh . . . Eh! Melalut sudaaa
Tapi betul kan kann kannnn? Daaa
Rajin sungguh nina ni…
Wow boleh cuba ni Nina. Kekadang buntu nak masak makanan untuk anak ke sekolah. Nampak sedap home made nugget ni. Kita tahu lebih berkhasiat dari beli yang frozen tu.
sadap nyer
Nampak sedapp, anak-anak pon mesti suka dapat nuggets kann hehe. Qeela pon selalu buat sendiri je nuggets dan hotdog di rumah, puas hati makan dengan ingredients yg boleh adjust sendiri
Rajinnya! Mesti Eilhan suka sangat ni makan di sekolah.
Looks really good and I am sure your kids will be very delighted to enjoy such delicious treats at school.
Boleh try juga resepi nih untuk bekal anak ke sekolah nanti. Bagusnya tak perlu guna yang fast food lagi kan. Lebih sihat untuk anak-anak.
rajin betul akak nugget pun homemade. tengok resepi mudah je. boleh try nanti
Waahhh… terima kasih share resepi. bukan anak2 je suka ni.. kaum mak2 pun suka kalau homemade ni.. rajin tak rajin je….
Rajinnya buat nugget sendiri terbaik mak! Bagus anak pun excited nak buat bekal
bagus juga bawa bekal sendiri. confirm anak2 makan kalau mak bagi. resepi pun nampak sedap
Wah menariknnya buat sendiri ayam nugget. Mudah ajeke nak membuatnya? Takotla tk jadi kalao bella try. One day nak try la resepi Nina ni. Terbaikla!
Fuh menarik buat homemade, buat masa weekend bagus kan. Pastu baut frozen..nak makan esoknya buat sarapan anak..senang..bgus idea
Lama betul tak buat nugget sendiri, dulu rajin tau Sis godak sendiri hahahaha..
Nanti nak buatlah.. nak share kt adik, senang buat bekal anak dia sek..
Wah! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it 🙂
Oo macam ni cara buat nugget. Nugget ni memang best buat kudap2 tapi taknak la beli yg segera sebab banyak pengawet kan. Dan ntah apa yg dimasukkan dalam tu pun kita tak tau. Nanti nak try buat sendiri la. Thanks share recipe. Walaupun agak leceh, tapi mesti puas hati bila berjaya buat sendiri kan?
wah selalu beli yang frozen siap di kedai. lepas ni bolehlah cuba buat nugget sendiri di rumah. 🙂
Terbaiklah.. boleh tiru resipi nya banti.. memang senang nak sediakan waktu pagi..
Sedapnya! Lagi sihat bila buat sendiri kan. Best la bawa bekal pergi sekolah tak payah fikir dah nak beli apa, mama je kena fikir nak masak apa hihi
Rupanya senang juga ye nak prepare homemade nugget ni.. ingat leceh and banyak preparation kena buat.. boleh try ni guna resipe sis..! yes, lebih puas bila homemade kan… richer in taste juga..
Nak try resipi kak nina pula sebab hari tu try resipi lain tak jadi.
Nugget ayam pun seda juga, senang nak perpare and anak anak pun mesti suka makan kan.