Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Ayam Masak Kicap
February 3, 2020February 4, 2020

Oh no! Nak cepat ni.. Ayam Masak Kicap jer laaa

Hai Nina.. Lama tak jumpa. Sekarang keje mana? Kita surirumah jer sekarang ni.. Wah syoklah eh.. ! Surirumah dok kat rumah jer, tak yah struggle macam dulu hadap jammed setiap hari pegi keje balik keje. Jauh lak tu dulu kannn? Huurmm… Ya dulu kita keje jauh awak. Masa banyak habis dalam perjalanan jer tiap hari. Ayam Masak Kicap

Isi Kandungan hide
1 Resipi Ayam Masak Kicap paling mudah cepat
1.1 Cara Masak Ayam Masak Kicap
2 Related posts:
3 Alamak! Bahaya ke bersenam waktu malam?
4 Puding Laici
5 Anak-anak seronok terokai FARM IN THE CITY
6 ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT

Ok sejujurnya memang laaa dah tak perlu hadap jammed. Dah tak perlu bersengkang mata habiskan masa atas jalan pi balik keje nun jauh tu…

Tapi

Tak ramai sedar akan hakikat realiti seorang surirumah. Sebenarnya kannn orang selalu fikir syoknya jadi surirmah. Tapi kekadang surirumah ni bukanlah seindah yang disangka. Bukan dok rumah goyang kaki jer eh…

Surirumah selalu rushing

Entah apa yang dikejarkan pun entah ler… HAhaa.. Kadang tu makan pun kelaut. Hanya surirumah jer akan feel the feel. Gitu.. Kannn… Hahaa

Dalam kelam kelibut dok kalut nak masak apa, akhirnya baki ayam goreng semalam ku kicapkan dia. Selalu pun Nina masak Ayam Masak Kicap terutama Menu Sahur,  

Ayam Masak Kicap jer laaa menu paling cepat mudah dan anak-anak pun suka makan! Senang jer nak masak kicap ni wajib ada  . . . . Opkos kicap laa..!! HEhee . . .

Ayam Masak Kicap

Resipi Ayam Masak Kicap paling mudah cepat

Bahan-bahan
+-300g ayam – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih – diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan kicap lemak manis
¼ cawan oats yang dah dikisar halus
Minyak masak
Sedikit air

Untuk sampingan
Kentang
Bawang besar
Cili hijau
Cili merah

Cara Masak Ayam Masak Kicap

1. Goreng kentang, ketepikan. Kemudian goreng ayam separuh masak dan ketepikan juga. Nak goreng semalam pun ok, pastu simpan dalam fridge. Nak cepat kann so planning dan time management sangat penting!
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau wangi.
3. Masukkan sikit air dan kicap lemak manis masak sampai mendidih.
4. Masukkan tomato, kemudian ayam yang dah digoreng tadi. Kacau rata, masak sehingga ayam empuk.
5. Untuk pekatkan kuah, nina tambah ¼ cawan oats yang dah dikisar halus. Masak hingga kuah pekat.
6. Masukkan kentang yang dah di goreng tadi. Gaul rata kesemuanya. Tutup api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!

Baca : Tips pilih Ayam Segar dan Aneka Menu Ayam Masak Apa Sedap?

Tips kat menu sihat dari Nina, untuk pekatkan kuah, Nina selalu buh Oats berbanding air tepung jagung. Tak de beza rasa pun. Cuma oats tu kena masak hingga kuah dan oats sebati. Lagi sedap berkhasiat
Cuba laaa…..

Cara Masak Resipi Ayam Kicap Bersantan Sedap Mudah

Wajib cuba : Ayam Kicap Bersantan Hitam Itu Menawan Hatiku

Eh Awak! Buat peminat Korean Food, tu hari Nina terjeling  Resipi Ayam Korea Gochucang Sauce  Kak Azni, nampak menarik tak caya pi tengok sendiri dan tak susah pun nak masak. Lain kali nak try resipi ni lak.. Satu menu baru buat Nina. Korang pun patut cuba tau!

Related posts:

Alamak! Bahaya ke bersenam waktu malam?

Puding Laici

Anak-anak seronok terokai FARM IN THE CITY

ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT

Lifestyle Resepi AyamAyam Masak Apa Sedapayam masak kicapmenu anak-anakResipi cepatresipi mudahresipi ringkastips pilih ayam segar

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Pingback: Resepi Ayam korea dengan Gojuchang sauce - Modern Mum's Thingy
  2. chat avenue says:
    July 12, 2020 at 6:16 pm

    It all comes with the experience.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes