As’salamualaikum kengkawan… Dalam tak sedar hari ni dah masuk hari ke-4 kita menunaikan ibadah puasa. Nina kongsikan Doa Hari ke-4 tuk korang… Semoga puasa kita mendapat keberkatan oleh Yang Esa.. Aamiin…
Doa Ramadhan Hari Keempat
اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِك
وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ
Ya Allah, kuatkanlah diriku di bulan ini untuk melaksanakan perintah-Mu, anugerahkan kepadaku di bulan ini kemanisan mengingat-Mu, dengan kemurahan-Mu berikanlah kesempatan kepadaku di bulan ini untuk bersyukur kepada-Mu demi kemurahan-Mu, dan dengan penjagaan dan tirai-Mu jagalah diriku di bulan ini, wahai Dzat Yang Lebih Melihat dari orang-orang yang melihat.
Berbuka puasa selalu nya kita sukakan yang sejuk-sejuk kann..?? Biasanya pencuci mulut camner yang korang suka? Nina paling suka buat agar-agar atau kekadang orang panggil puding. Sebab utama nya >>>> paling senang buat dan cepat. Dan lagi …. Kos tak mahal sangat. hehe… Budget weyy..!! Sekarang ni, semua barang pun dah mahal. Jimat selagi boleh berjimat. Sedar diri kita ni rakyat jelata aje..
Baru-baru ni Nina buat agar-agar paling senang dan sedap. Hot top menu di kala berbuka puasa. Tak akan pernah jemu dengan Agar-agar Kemenyan. Kemenyan?!? Hahaa . . . Jangan nak terkejut sangat, sajer kann korang buat-buat terpolong! *macam Nina nampak kann* haha… Usah tanya kenapa nama dia gitu? Nina pun tak tau! Nina dah pernah buat sebelum ni Agar-agar kemenyan Atau nama mesra nya Agar-agar Santan Gula Melaka. Tapi kan… ada juga yang nama kan nya Agar-agar Santan Gula Merah. Berapa banyak laaa dia punya nama?! hehee
Ok, tak kisah apa pun nama nya. Yang pasti agar-agar santan ni memang WIN! Apa acara majlis sekali pun, agar-agar tetap menjadi kegemaran dan gerenti licin! Jom nengok resipi Agar-agar Santan Gula Melaka ni.. Zassssss..!!
Agar-Agar Kemenyan aka Agar-Agar Santan Gula Melaka
sumber : Izah Daut
Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar (Nina guna agar-agar serbuk = 6 sudu rata KFC)
1/2 cwn gula merah
1/4 cwn gula putih – nak letak lebih sikit pun ok
1150ml air
120ml santan (Nina guna santan kotak ajerr…)
1 biji telur (pukul ngan santan tadi)
secubit garam
1 helai daun pandan
1 ketul Gula Melaka – Nina tambah
Cara penyediannya
1- Masak air dan gula bersama daun pandan. Kemudian tapis.
2- Masukkan serbuk agar-agar dan masak lagi sehingga kesemua larut.
3- Kecilkan api, tuang campuran santan dan telur yang telah dipukul tadi serta garam. Kacau hingga mendidih. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
4- Setelah itu, masukkan kedalam acuan dan sejukkan. Acuan tuu basahkan terlebih dahulu. Senang nak keluarkan nanti.
5- Dah sejuk keras, sedia dihidangkan.. potong ikut suka 🙂
Mmmm…. sedapnya ngap ngap! Sejukkkk jer lalu kat tekak ni.
Selamat mencuba!
Selain agar-agar kemenyan atau nama lain agar-agar gula Melaka, Nina pun selalu je buat Agar-agar Santan Pandan. Nina kongsikan Tips teknik lapisan Agar-Agar Cantik . Ya ampun, sedap nyamam… Korang boleh lah cuba! Senang je
Apa agar-agar favorite korang?
Korang suka yang simple ke yang jenis puding ada letak susu, pastu ada pelbagai inti, lapisan. Suka yang cantik lapis-lapis korang boleh cuba Resipi Puding Milo Oreo. Viral giler puding ni. Rekemen korang cuba!
Tu diaaa kemenyan,agak seram namanya hehehhe tapi tgk gambar dah terliur huishhh awal pagi lg ni.
Tudiaa terkejut tengok nama agar-agar. Nasib baek ada nama lain. Hehe.
Simple je resepi…Sal nak try gak la..bila balik koje berkejar betul nak buat kuih…
Senang je ehh…rasa macam nak try buat plak. Tapi tatau laa rajin ka tak hehee
terliur tengok agar-agar milo kak nina haritu..nak buatla..
Cantiknya gambar agar-agar kemenyan…
Rasa sayang pulak nak makan..
Whuaaa ni menarik gak.. Bole try kalau rajen ni.. xpernah mkn lagi agar2 gula melaka
Subhanallah..! Nampak sedap betul! Saya suka agar agar Milo, Dan Pandan… Tengok gambar tu pun saya dah tergoda uii