Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI LEPAT PISANG SENANG SUKATAN CAWAN
June 24, 2015March 16, 2023

Resepi Lepat Pisang Senang Sedap sukatan cawan mudah dibuat

Resepi Lepat Pisang Senang Sedap sukatan cawan mudah ni antara menu yang selalu Nina untuk juadah r berbuka puasa Nina sekeluarga. So hari ni Nina nak share ngan korang resepi yang sedap ini. Perkongsian menu yang mudah disediakan, jimat untuk seisi keluarga sempena Ramadhan ke tujuh ini. Alhamdulillah syukur!

Isi Kandungan hide
1 Resepi lepat pisang senang sedap sukatan cawan menu iftar juadah berbuka puasa
2 Related posts:

As’salamualaikum dan Salam sejahtera,

Doa Ramadhan : Hari ke Tujuh
“Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah
Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Zikir Berupa Zikir Mengingat-MU Secara
Berkesinambungan, Dengan Taufiq- MU,
Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.”

Syukur Alhamdulillah…
Hari ni puasa ke-7 kita telah melewati Ramadhan. Moga kengkawan semua dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya. Aamiin..

Resipi lepat pisang sedap sukatan cawan

Dah lama Nina teringin nak cuba buat sendiri kueh lepat Pisang. Selalu Nina beli jer… Sedap ni kalau buat untuk Juadah Iftar petang nanti.. Cehh …. Berangan lebey.  hehee . . . .
Anak-anak Nina penggemar tegar Pisang. Kalau beli setandan pun sekejapan licin.
Baru-baru ni, makcik Nina ada beri 2biji Pisang Tanduk. Selalunya Nina buat goreng atau pengat je..

So buat pertama kali Nina buat Lepat Pisang. Sebelah puas berdating ngan Mr. Google tapi tak juga serasi dihati. Berdating lama pun tak semestinya serasi ngan citarasa kita. #eehh..
Semua resepi tak de plak guna Pisang Tanduk.
Akhirnya Nina belasah aje sendiri operasi ini. Dengan harapan menggunung tinggi agar menjadi Lepat Pisang Nina ni nanti….

Dan Alhamdulillah syukur….
Yeah yeahh…!! Menjadi dengan jayanya. Pasni dah boleh jual lepat pisang lak~ hehee…

RESEPI LEPAT PISANG SENANG SUKATAN CAWAN

Resepi lepat pisang senang sedap sukatan cawan
menu iftar juadah berbuka puasa

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya- di bersihkan dulu kemudian di layurkan
2 biji pisang tanduk- dilenyekkan
1/2 cawan gula pasir
10 sudu besar gula merah
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
1/2 cawan susu cair
1/2 biji kelapa parut -gaul rata ngan secubit garam
secubit garam

Cara penyediaannya
1- Layurkan daun pisang secukupnya.
2- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula merah dan gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan susu cair dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
Letakkan kelapa parut dan kemudian adunan lagi
4- Daun dilipat tutup.adunan tersebut dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
5- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

Latest, Nina buat lagi Resepi Lepat Pisang Mudah … Nyum nyumm….!!

RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN

Selain kueh mueh tradisional lepat pisang, bahan asas pisang yang mudah ada dimana-mana ni korang boleh pelbagaikan jadi menu lain jugak. Antara resepi mudah yang korang boleh cuba Resepi Apam Pisang . edap Apam Pisang ni. gebu moist! Percaya lah dah buat satu adunan rasa macam tak puas nak buat lagi! HAhaa..

Selain tu, Nina rekemen korang cuba Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sukatan Cawan yang paling mudah. Buat kek paling mudah, blend je so korang wajib cuba tau!

Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sedap Mudah. Blend aje

Related posts:

Day18 ROTI SAUSAGE GULUNG Menu Kegemaran Eilhan dan Yana. Wajib ada Sos Black Pepper
Resipi Nasi Ayam yang Mudah.. Menu kegemaran anak-anak
Popia Ayam + Mix Vege. Buat sendiri puas makan....
Jejari Roti Gula Bakar Homemade | Roti dah nak expired jangan buang, buat gini confirm licin!
Resepi Juadah Berbuka Puasakueh mueh tradisionalKuih Muih Warisan Kitalepat pisangmenu buka puasa simplemenu cepatMenu Ifftarmenu minum petangResepiresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes