Ssyyhh… Nina sorok pisang! Motif? Nak buat Apam Pisang Gebus Moist. Apa aje lah Nina ni. Pisang pun nak sorok! HAha.. Harus lah! Kalau tak sorok mana kan terhasilnya Resepi Apam Pisang gebus hari ni.
Dah lama Nina tak buat kueh mueh tradisional. Tapi nak buat kueh apa ehh…? Tetiba teringat nak buat apam. Sedapnya makan sambil cecah sama kelapa parut. Lemak manis gitu…. Buat minum petang memang sesuai sangat.
Lepas aje masak apam pisang ni, suam-suam gitu Eilyana dah bawak lari 3-4 ketul. Manakan tidak, tau-tau ajer dah kurang kat atas meja. Nina lak dah belasah 4-5 ketul sebelum Geng balik keje. Sedapp..!! Gebu, lembut dan tak berapa manis. Saya suka.. saya suka…!!
Masa MyGang makan apam nie, dia siap tanya “Mana dapat pisang, bila beli?”
Jeng jeng jengg Nina sorok tapi tak jawab – diam ajer Hehehee . . . .
Resepi ini Nina refer kat blog sifu yang tak lain tak bukan Che Mat Gebu aka tiffinbiru.com
Terima kasih banyak Che Mat di atas perkongsiannya. Izinkan Nina panjangkan resepinya kat teratak Nina yea. Nina buat 1 1/2 adunan. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya
RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN
170 gram pisang montel (kurang lebih 3 biji)
1/4 cawan gula perang
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh garam
1 cawan tepung gandum
100 ml minyak jagung (atau minyak sayuran)
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen pisang (Nina tak letak pasal tak der)
2- Masukkan pisang lecek, gaul rata dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Rehatkan 10 minit.
3- Kemudian isikan ke dalam acuan apam yang telah disapu sedikit minyak (atau che mat guna bekas aluminium seakan2 muffin cup dan che mat alas dengan paper cup bersaiz sederhana) dengan adunan 3/4 penuh. Buat hingga siap.
4- Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk mendapatkan apam yang merekah permukaannya. Sejukkan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam atau dimakan begitu sahaja.
Apam Pisang sedap pakai pisang apa?
Selain tu, Nina pun suka buat Lepat Pisang ikut Resepi Lepat Pisang Mudah ni. Sebab resepi lepas pisang ni ada inti kelapa. Mmmm… Nikmat makan! Kalau korang suka Pisang dibikin apa buat menu minum petang?
fuiyoo..tgk gambo pun dah tau apam tu tersgtla moist & gebuss kan nina..boleh kenen 2 ketui ek! hehe!
Owhh temptingnyaaaa la haiii…! Tengok orang buat potato fritters, nak buat potatot fritters. Tengok orang wat apam pisang, dah tingin nak wat apam pisang pulak! Kahkah, bile nak abes berangan lah si Farah ni ntah! Jemput Singgah: Apa Nak Masak Bila Raya EK?
Asslmkum…oww..tau ler naper dia sorok pisang tu ek…kalau x sorok x jd apam yg gebus tu kan…kite pun klu beli pisang kena sorok gak..kalau dak x jadi kuih.hehhe
Sis InaHar Ali,
buleh buleh…. 2ketul ajer tau! sat naa…. nina cepat-cepat simpan tepi
kalau tak dah licin! hehee . . . .