Resepi Muffin Pisang mudah gebu sukatan cawan ni Nina olah add choc chip! Lagi sedap . Rasa pisang diadun dengan rasa coklat chip buat kanak-kanak suka lagi teruja nak makan. Kedua-duanya punya khasiat yang bagus untuk tumbesar kanak-kanak. Yelah kanak-kanak kannn, pantang nampak coklat!
Buat pertama kalinya Nina beli pisang dan beli extra sebab kalau tak memang tak akan pernah dapat buat cake/muffin yang berasaskan pisang. Kat rumah Nina nie, kalau beli pisang ajer sekelip mata dah licin. Anak-anak Nina memang penggemar tegar pisang. Untuk sekian kalinya, dengan sengaja Nina beli dan simpan hanya untuk kegunaan Nina sahaja. Notty kan Nina ni. HEhee
Dan bermula lah episod Muffin Pisang Choc Chips Nina. Asalnya Nina just agak-agak ajer sukatannya. Berdasarkan resepi muffin yang Nina biasa buat sebelum nie. Alhamdulillah, cubaan pertama Nina menjadi dengan jayanya!
Alhamdulillah, suka sangat, tak terkata happy. !! Tekstur nya moist sangat . Makan panas-panas rangup diluar, gebus moist didalam. Rekemen korang cuba sebab memang mudah Resepi yang Nina share ini.
Ok laa… jom tengok resepi nya
RESEPI MUFFIN PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN
+ Choc Chip
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum – di ayak
2 sudu kecil baking powder – di ayak
1 biji telur
1 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan pisang yang di lecek/lenyek
Choc chips – untuk hiasan atas muffin
- Pisang dilecek (1 cawan) dan diketepikan
- Masukkan gula dalam mangkuk bersama bahan yang di ayak dan kacau rata
- Dalam mangkuk lain, pukul telur kemudian masukkan esen vanilla dan seterusnya minyak, pukul rata
- Masukkan adunan telur ke dalam mangkuk tepung dan gula tadi – kacau rata
- Kemudian masukkan pula pisang yang sudah dilenyek tadi – kacau rata
- Masukkan adunan 3/4 ke dalam paper cup
- Letakkan choc chip kat atas adunan
- Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.
Selamat ber’muffin’. Cuba tau !
Pisang ni bahan pelbagai guna. Selain dibuat muffin, ada lagi resepi kek yang senang-senang yang korang boleh cuba. Nina prefer korang cuba buat cake pisang yang sedap dan cepat siap korang boleh refer Resepi Kek Pisang Viral Moist Sedap Gebu Sukatan Cawan gerenti sedap. Ini resepi viral yang Nina rekemen korang cuba sebab ini lah resepi kek pisang paling senang. Blend aje! Sila cuba..
Pilihan lain, pisang jugak sinonim dengan kueh tradisional. Resepi yang Nina paling suka dok ulang buat ialah Resepi Apam Pisang . Tekturnya lembut gebu dan moist. Lagi sedap makan sama kelapa parut. Aawww… Tak cukup 4-5 ketul. HAhaa..
Selain tu, Nina pun suka buat Lepat Pisang ikut Resepi Lepat Pisang Mudah ni. Sebab resepi lepas pisang ni ada inti kelapa. Mmmm… Nikmat makan! Kalau korang suka Pisang dibikin apa buat menu minum petang?
Cantiknya kejadian muffin pisang tu… ni yang buat tambah semangat nak memuffinkan diri jughak ni…
comel nye…sama laa…malam td pun sy buat muffin pisang sebab ada tetamu datang… sedap kan…anak2 pun suka makan muffin atau kek berasaskan pisang
As'salam Amie…
Terima kasih lah yea… sebagai upah, Amie ambil lah 3 ketul tuu yea~~
hehehe . . .
Muffin antara menu yang selalu ada kat rumah Nina. Nina suka cara penyediaan
muffin yang sangat simple, cepat dan mudah 😉
As'salam FnF…
Ur kids sama lah taste ngan anak-anak Nina. Suka pisang !!
Tapi mereka lebih cenderung kepada makan begitu sajer ~~~