Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Lepat pisang mudah
January 13, 2016March 16, 2023

Resepi Lepat Pisang mudah berinti kelapa. Sedapnya!

Sapa sini suka Lepat Pisang? Saya saya saya..!! Acececehhh… Macam lah Nina nampak sapa yang angkat tangan. HAhaa. . Takpe, sapa yang suka Lepat Pisang, kita sama citarasa. Puas jugak Nina dok godek-godek dan cuba pelbagai versi Resepi Lepat Pisang Mudah yang sedap, lembut menepati citarasa. Akhirnya . . . . Jommmm

Isi Kandungan hide
1 Resepi Lepat Pisang Mudah
2 Related posts:
3 RESEPI PARU MASAK KARI . Asyik Paru Masak Sambal je
4 RESIPI Kek Coklat Lembab Moist versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa 🙂
5 Pengat Pisang simple vs celoteh dari lubuk hati paling dalam
6 Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...

Apa menu minum petang ni?
Hurmm…. Permaisuri rumah pasti selalu mengalami kebuntuan sel otak tak berhubung tatkala memikirkan juadah minum petang. Kalau boleh pastinya nak yang mudah. Iyer tak? Sakit kepala gak bila memikirkannya kann? Stress tak? Hehe…
Don’t worry… Sep! Nina pun sama, selalu gak macam korang. **2×5 gak kita**

Tekak ni  terasa sangat nak makan kueh tradisional. Kueh zaman dulu kala. Teringat Nina pernah dah buat  Resepi Lepat Pisang Senang tapi yang ni dalamnya ada takde kelapa. Kali ni Nina nak buat yang ada inti kelapa dalamnya. Lemak manis gitu. Mmm…. Nikmatnya. Amboi… Citer bagai nak rak, kengkonon mengidam lak gamaknya. Ssyyyhh… Hahahaa..!!

Lepat pisang tak susah pun nak bikin. Cuma kalau dok  kat bandar macam Nina nak payah nak cari daun pisang nak dibuat alasnya. Kena lah beli jawabnya ya… Minta sikit kat surau leh tak? Hehee….

Dok cerita aje kan, Jom tengok resepi Lepat Pisang style Nina. Tahun lepas rasanya Nina pernah kongsikan resepi ni. Tengah rajin ni, Nina share lagi tuk korang..

Resepi Lepat Pisang Mudah

Resepi Lepat Pisang Mudah

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya- di bersihkan dulu kemudian di layurkan
2 biji pisang tanduk- dilenyekkan
1/2 cawan gula pasir
10 sudu besar gula merah
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
1/2 cawan susu cair
1/2 biji kelapa parut -gaul rata ngan secubit garam

Cara penyediaannya
1- Layurkan daun pisang secukupnya.
2- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir,  gula merah dan gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan susu cair dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
Letakkan kelapa parut dan kemudian adunan lagi

4- Daun dilipat tutup.adunan tersebut dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
5- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

Amacam, dah ada idea menu minum petang? Kot tak de idea gak,  makan aje biskut. Hahaha….
Selamat mencuba..!!

RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN

Selain kueh mueh tradisional lepat pisang, bahan asas pisang yang mudah ada dimana-mana ni korang boleh pelbagaikan jadi menu lain jugak. Antara resepi mudah yang korang boleh cuba Resepi Apam Pisang , Sedap Apam Pisang ni. gebu moist! Percaya lah dah buat satu adunan rasa macam tak puas nak buat lagi! HAhaa..

Selain tu, Nina rekemen korang cuba Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sukatan Cawan yang paling mudah. Buat kek paling mudah, blend je so korang wajib cuba tau!

Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sedap Mudah. Blend aje

Related posts:

RESEPI PARU MASAK KARI . Asyik Paru Masak Sambal je

RESIPI Kek Coklat Lembab Moist versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa 🙂

Pengat Pisang simple vs celoteh dari lubuk hati paling dalam

Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...

Resepi Idea Juadah Berbuka Puasakueh mueh tradisionalKuih Muih Tradisionallepat pisangmenu jamuanmenu minum petangMenu Open Housemenu tradisionalResepiresepi mudahresipiTradisional

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Explorasa says:
    January 13, 2016 at 4:58 pm

    Perghh dapnya lepat pisang. Nyum nyum

    Reply
  2. Nadiah Hanum says:
    January 13, 2016 at 5:06 pm

    Sedapnya lepat pisang…mmg feveret iols..tapi tak pernah buat pun sbb anak2 tak suka..setakat mak seorg jer nak makan, beli jer lah.

    Reply
  3. Hafiz Rahim says:
    January 14, 2016 at 8:42 am

    La senang je nak nuat rupanyam. Ingatkan macam payah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes