Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 19, 2016June 21, 2023

Resepi Kek Carrot Sedap Gerenti Jadi Sukatan Cawan

Carrots Cake antara kek mewah yang sedap dinikmati buat penggemar kek berkhasiat omputeh kata healthy dessert. Haa gitu. lagi sedap bila dimakan bersama topping cream cheese. Makan sejuk-sejuk memang heaven. Mengasyikkan! Sebenarnya kan…. idok ler berkhasiat mana pun sebab adanya kombinasi topping cream cheese tuu namun memandangkan ada nya carrot acah-acah sayur so nampak laaa macam berkhasiat. Betul kann…?? HAhaa.. Nina paling suka carrot cake kat secret recipe. Ya ampun tak cukup 1 slice! Puas laa google dok cari resepi kek carrot sedap ala secret recipe, nak yang mudah resepi sukatan cawan dan akhirnya . . .

Isi Kandungan hide
1 Kek Carrot sedap moist
1.1 Step by step cara buat Kek Carrot Sedap ala Secret Recipe Resipi mudah sukatan cawan, tanpa mixer
1.2 Resepi Kek Carrot Sedap Sukatan Cawan Gerenti Jadi
1.3 Cara buat Kek Carrot sedap mudah ala secret recipe tanpa mixer
1.4 Resepi Topping Cream Cheese Kek Carrot Sedap
1.5 Related posts:
2 Asparagus Oh Asparagus !! Asparagus Goreng Belacan ... walllaaaa ~~~
3 Resipi dan cara masak UDANG GORENG KUNYIT SEDAP MUDAH CEPAT
4 Homemade Mashed Potato with Gravy...
5 Camner ni dah lambat..!! Nak masak apa? Sotong Goreng Kunyit jer laaa

Ketahui tentang lobak merah – khasiat , rahsia jadi cantik dan sihat

Kek Carrot sedap moist

Jumpa!
Love to share ngan korang. Heavenly Carrots Cake ni memang antara cake yang kerap menjadi permintaan kat rumah Nina. Dari anak-anak hingga lah ke mak pak nya amat menggemarkannya. Nina suka resepi ni dan untuk tempahan pun Nina akan menggunakan resepi yang sama. Kos agak mahal namun kepuasan hati lebih mengatasi segalanya. Nak sedap kena laaa kos lebih sikit kann…?? jangan kemut sangat

Tambahan lagi resepi Heavenly Carrots Cake ni menggunakan sukatan  cawan. Senang aje buatnya… Amat mudah! Ok, memandangkan Nina dah banyak kali kongsikan resepi Heavenly Carrots Cake sebelum ni, dengan kerajinan yang ada ikutkan malas gak Nina ulang tayang resepi yang sedap mudah lagi senang buat ni.. Kalau korang buat satu adunan, gerenti tak cukup! percaya laaa…..

Step by step cara buat Kek Carrot Sedap ala Secret Recipe
Resipi mudah sukatan cawan, tanpa mixer

Hari ni Nina kongsikan step by step cara buat Kek Carrot Sedap ala secret recipe untuk korang. Paling best sebab resepi mudah ni sukatan cawan. So korang tak perlukan penimbang! Buat yang takde mixer pun boleh buat sebab resepi ini tak perlukan mixer jugak. Kaedah kaup balik je pakai senduk je. Very simple!

Haishhh… Dah laa senang buat, sedap lak tuu
Cuma cuma cuma
Untuk topping cream cheese masih diperlukan mixer baru lah padu kek carrot korang.
Eermm… Orang zaman dolu, tak payah cream cheese pun. Kek carrot ni makan kek togel gitu pun dah sedap. Serius korang kena cuba!

Resepi Kek Carrot step by step.1
Mula-mula sediakan bahan-bahan yang diperlukan – Heavenly Carrots Cake
Bahan-bahan
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya) ½ cawan nenas tin (cincang kasar dan toskan)
½ cawan oats
½ cawan walnut (bakar sekejap)
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil double action baking powder*
½ sudu kecik soda bicarbonate*
½ sudu kecik garam*
1 sudu kecik serbuk pala*
1 sudu kecik serbuk kayu manis *
(semua bertanda * disatukan dan ayak)
2 biji telur gred A
¾ cawan minyak jagung
¾ cawan gula perang
1- Sediakan bahan utama. Carrots yang perlu disagat, pastu tekap-tekap dengan kitchen towel supaya carrot kering.

Nenas yang dicincang dan kemudian toskan airnya, oats, dan walnut yang telah dibakar sekejap. Ketepikan.

2- kemudian sediakan bahan yang perlu diayak lalu satukan dan ketepikan.
4- Telur dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati.
5- Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula.
Resepi Kek Carrot Sedap
6- Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Dah sebati masukkan kacang walnut. Lupa lak snap gambar walnut.
Resepi Kek Carrot Sedap
8- Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Resepi Kek Carrot Sedap Sukatan Cawan Secret Recipe

Tada ….!! dah siap.. makan dulu naaa…

Resepi Kek Carrot Sedap Sukatan Cawan Gerenti Jadi

Bahan-bahan
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan walnut (bakar sekejap)
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil double action baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telur gred A
¾ cawan minyak jagung
¾ cawan gula perang
Bahan cream cheese topping:
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla/lemon emolco
3 sudu besar gula icing
Resipi Carrot Cake secret recipe sukatan cawan mudah sedap
 

Cara buat Kek Carrot sedap mudah ala secret recipe tanpa mixer

1- Sediakan bahan utama. Carrots yang perlu disagat, nenas yang dicincang dan kemudian toskan airnya, oats, dan walnut yang telah dibakar sekejap. Ketepikan.
2- kemudian sediakan bahan yang perlu diayak lalu satukan dan ketepikan.
3- Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu. (Nina guna loyang bulat)
4- Telur dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati.
5- Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula.
6- Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.
7- Akhir sekali masukkan kacang walnut yang telah diramas sedikit hingga pecah-pecah.
8- Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Resepi Topping Cream Cheese Kek Carrot Sedap

Bahan cream cheese topping:
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla/lemon emolco
3 sudu besar gula icing

Cara buat topping cream cheese  >> Satukan semua bahan-bahan dan putar sampai sebati dan halus. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.

Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan-bahannya. Sebab tuu Nina buat sekali 2 adunan. Puashati makan unlimited! Amboi … !! hehee

Selamat mencuba! 😉
Sila cuba jangan tak cuba. Resepi Kek Carrot Sedap ni tak akan mengecewakan. Percaya laaaa . . .

Resipi Kek Coklat Moist Paling Sedap

Okies, Nina kongsikan antara resepi kek lain yang gerenti jadi!
Ramai dah cuba dan puashati dengan kejadiannya. Korang cuba buat Resepi Coklat Moist . Yang ni pun resepi mudah sukatan cawan.  Korang yang berniat nak tambah pendapatan, boleh laa guna resepi ni untuk berniaga. Semoga dilimpahi rezeki tempahan order yang melimpah tanpa putus. Aamiinnn…

Related posts:

Asparagus Oh Asparagus !! Asparagus Goreng Belacan ... walllaaaa ~~~

Resipi dan cara masak UDANG GORENG KUNYIT SEDAP MUDAH CEPAT

Homemade Mashed Potato with Gravy...

Camner ni dah lambat..!! Nak masak apa? Sotong Goreng Kunyit jer laaa

Resepi birthday cakecake resepi mudahCarrot kekcarrots cakeHeavenly Carrot CakeKek Carrot Secret Recipekek harijadiKek lobak merahkek mudahkek sedapkek tanpa mixerMenu Hari Rayamenu minum petangMenu Open HouseResepi kek tanpa mixerresipi ringkasstep by stepsukatan cawantutorial

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. umminani says:
    April 19, 2016 at 5:21 pm

    rajinnya!! owh me x serajin mcm tu. hehe

    Reply
  2. saidila says:
    April 20, 2016 at 2:34 pm

    ammmakkk…sedapnyaaaa…..tapi kenapalh dah malas…bahan baking pun dah ke laut

    Reply
  3. Anuar says:
    April 21, 2016 at 4:57 pm

    Wow.. Rajinnya.. Pandai Nina buat Carrot Cake… Boleh try rasa ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes