Resipi Crepe Durian Sedap. Cerita hangat trending buat masa kini. Memang sedap, ketagih dibuatnya. Korang suka?
Okies, apa khabar korang? Buat apa tuu ….? Sihat ker? Nina harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Maklum lah sejak dua menjak nie, dengan cuaca yang tak menentu – statistik sakit demam, batuk dan selsema meningkat diserata klinik dan hospital..
Ditambah lagi dengan purata pengidap kencing manis dan darah tinggi turut meningkat. Ini adalah penyakit yang standard dialami oleh penggemar buah-buahan bermusim di Malaysia nie. Antaranya buah yang tengah meletop sekarang ni adalah buah manggis, rambutan dan semestinya paling Hot = ‘Durian’..
Hah! Demam Durian Crepe masih berleluasa dimerata-rata tempat dan virus ini semakin berleluasa. Sememang nya virus ini tak der penawarnya. Malah doktor-doktor yang bertauliah di hospital pun turut tersampuk dengan demam Durian Crepe nie… Bukan apa, pabila dah pekena seketul, gerenti nak lagi seketul pastu 3ketul dan lagi dan lagi dan lagi….. Bak kata kawan Nina, durian crepe nie bikin ketagihan yang melampau! D_d_h pun kalah katanya. Hehhe
Oleh itu, jika terasa macam diri tuu macam terkena sampukan demam durian crepe nie, Nina ada penawarnya dan sukatan obatnya >>>>> kena menjamah seketul atau 5 ketul durian crepe (bergantung kepada tahap meroyan) setiap hari selepas makan.
Maaf lah Tuan Doktor, minggu depan datang jumpa Nina lagi ehh, ambik obat (Durian Crepe) lagi tau~ Ahaks! Hehehe .. . . (ini bukan rekaan semata-mata, ini adalah kisah benar dan nama sebenar tidak disertakan – off record gitu) Dah kenapa dok merapu ni. HAhaa
Kali nie Nina nak share resepi dari teman fb Nina yang bernama Eyna. Nina suka sangat akan resepi beliau yang mudah, cepat masak, lembut, licin, tak lekat, tak mudah koyak, senang dilipat, kenyal (boleh ditarik masa melipat) dan juga sedappp!
Amboi Nina ….. puji melambung-lambung kat resepi nie. Sungguh Tak tipu! Inilah komen positif kawan-kawan yang dah order ngan Nina. Alhamdulillah
Anak-anak Nina pulak suka sangat cilok crepe nie – ala-ala iklan kat TV tuu ::: enak dimakan begitu saja. HEhe
Mamanya dok penat bergelek kat dapur menyiapkan crepe, tau-tau ajerr nanti dah surut. Sabar ajer laaa
Semalam Nina dok meng’crepe’ ala-ala polka dot. Comel kan…. Hah …! tengok nie, wabak virus demam durian crepe semakin serius, dah bertomok-tompok laaa plak, tahap ke-3 dah nie kottt~~ Hahahaa …!! Ok laaaa…
Jom semak resepi nyer~ Lupa pula nak inform, kalau nak resepi kulit yang simple dan tak guna banyak bahan tapi sedap boleh refer entry Nina yang terdahulu kat Resepi Crepe Durian Mudah … for me, kedua-dua resepi nie pun sedap!
picture yang dipotong tengah tak done nak snap! Asal potong ajer anak bongsu Nina ngap, asal potong ajer, anak no2 Nina ngap, asal potong lagii…. Anak sulong Nina pula yang ngap! Lama-lama, Nina pulak yang dok ngap ngap ngapppp! Cobaan sungguh, Hehhe
Resipi Crepe Durian Paling Sedap
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning
perisa durian – Nina gantikan dengan esen vanilla
1- Adunan dibahagi kepada 2 dan campurkan pewarna yang digemari. ..
2- Sediakan kuali leper yang tak melekat
2- Panaskan kuali dengan api kecil hingga kuali benar-benar panas
3- Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali, terus mendadar dan terus buat dot dot. (Nina guna picagari baby tuk dot dot)
4- Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
5- Tak perlu di balikkan
6- Terus angkat
7- Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya1- Pukul Non dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
2- Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
3- Bentangkan 1 keping crepe
4- Paipkan Whipping Cream di tengahnya
5- Letakkan isi durian
6- Tutupkan semula dengan Whipping Cream
7- Lipatlah crepe
8- Kemudian simpan dalam peti ais sebentar lebih kurang 1-2jam (kat bawah ajerr, jangan lak simpan kat beku tau~)
9- Sedia dimakan….. makan sejuk-sejuk >>>> Walla!
Filling Cream Kastard
bahan-bahan
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat. Biarkan seketika hingga sejuk…
250 gm whipping non dairy ~ putar sehingga kental dan kaku
Caranya : : : : Setelah adunan susu, kuning telur dan gula yang telah dimasak double boiler tadi sejuk, satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik. Pastu boleh lah memulakan episod ‘crepe’ meng’crepe…
Okies, buat yang tak makan durian, korang boleh letak inti lain. Paling hot meletop viral adalah Resepi Crepe Coklat Nutella . Hok ni bukan anak-anak je suka, MakPak pun ketagih! Tak caya tengok nih! Jangan marah Nina kalau korang terliur tau. HAhaa
Wahhh pestaim nengok crepe berlainan ghupe! Comel! Comel! Kite pun baru je belajo wat crepe ni haritu. So buruklah ye hahaha…
My latest Entry 🙂
Resepi: Durian Crepe
cantik! suka yg ni…done follow..
dah cuba…..mmg sedap
cream castard kalau ada lebih boleh simpn berapa lama?
cam ne nk bg buat kulit tu nipis ye?
anak sy suka betul….ni nak kena buat lg
FARAH …
masa Nina 1st time buat crepe dulu pun tak cantik juga
practice make perfect
nanti cuba lagi ehh~~
Terima Kasih Rozita 🙂
Adzliena,
— setahu Nina cream castard boleh simpan dalam fridge dalam tempoh 3-4hari
tapi Nina tak praktikkan simpan semula so Nina buat sikit jer..
— untuk buat nipis-nipis crepe tuu, Nina hanya tuang sesenduk jer kat pan then dadarkan (pusing2 pan) kasi adunan tersebut rata sekeliling pan
— dun give up, nanti cuba lagi.. Tentu cantik dan nipis setelah beberapa kali buat. Nina pun dok hari-hari meng'crepe sebab Nina sekeluarga hantu durian crepe nie! Hehehe ….
All the best! 🙂
sis,,,mcm mane yer nk jadikan dot2 mcm tu???
1) Mula-mula tuangkan sesenduk adunan kuning dalam pan, pusing2kan pan supaya adunan rata…
2) Bila dah rata – kalau ada balance (supaya nipis) kak Nina tuangkan lebihan dalam mangkuk
3) Kemudian kak Nina titikkan adunan hijau pula buat dot-dot (gunakan picagari baby)
4) Tunggu sebentar adunan kering & masak dan keluarkan dari pan
5) Apabila Crepe dah sejuk bolehlah lipat. (Yang ada dot-dot tuu kat belah luar)
Moga penerangan ini dapat membantu~