5 Restoran Ayam Panggang Sedap Tahap Teringat Terbayang Di Kajang
Sebut jer Ayam Panggang confirm dah terbayang-bayang seekor ayam yang diperap bersama rempah-rempah lalu dipanggang ada burn burn sikit, pastu bila dipotong isi dia yang moist ber juicy kat dalam. Makan lak dengan nasi panas-panas. Ada cili yang pedas dengan rasa yang tersendiri. Perghhhh . . . memang bikin terliur di kala ni kannn..?? Restoran Ayam Panggang Sedap Kajang
Tapi kat mana nak cari Restoran Ayam Panggang sekitar Kajang yang sedap gitu?
Usah kalut-kalut… Nina baik hati hari ni nak share ngan korang 5 Restoran Ayam Panggang Bakar yang sedap meletop terbaik area Kajang. So warga Kajang, sila baca sampai habis dan save bookmark tau info Nina ni..
#1 – Ayam Bakar Wong Solo
Kepada sesiapa yang ingin mencuba masakan Indonesia disarankan untuk singgah ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Terdapat pelbagai hidangan yang enak anda boleh dapat di restoran ini. Set ayam bakar dan set ayam penyet menjadi salah satu pilihan utama orang ramai yang singgah ke sini.
Terdapat juga kelainan kerana ayam yang digunakan oleh mereka untuk dijadikan ayam bakar ini adalah dari jenis ayam kampung. Teksturnya yang sangat lembut menjadikannya salah satu menu yang mendapat sambutan yang sangat hangat di Wong Solo ni.
Boleh juga dapatkan pelbagai jenis minuman versi Indonesia di sini. Kepada anda yang tidak biasa ke restoran ini, anda disarankan memilih menu setnya sahaja. Apa yang akan anda peroleh ialah nasi,tempe goreng, tauhu goreng, ulam,ayam dan juga air. Restoran ini juga pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.
Ayam Bakar Wong Solo
Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Masa operasi: Ahad – Isnin (11.30am – 10.30pm) Sabtu (11am – 10.30pm)
#2 – Al Mubarakah Nasi Dulang Daun Pisang
Kalau tak pernah makan nasi dulang daun pisang sebelum ni, boleh cuba sendiri nanti. Untuk pengetahuan, nasi dulang daun pisang adalah gabungan di antara nasi putih dengan lauk sama ada ikan keli goreng, ayam kampung goreng ataupun lain-lain yang dihidangkan panas-panas di atas daun pisang yang kemudiannya diletakkan pula di atas dulang.
Tetapi lauk ayam panggangnya juga menjadi pilihan yang selalu dipesan oleh para pelanggan disebabkan rasanya yang memang sedap dan memuaskan. Selain itu, boleh juga pilih kuah apa yang diinginkan sebagai pelengkap hidangan.
Ada kuah gulai, mak lemak cili api dan juga kuah kari. Di dalam dulang yang sama juga turut di lengkapkan dengan ulam, sambal air asam, sambal ayam penyet dan juga sambal belacan.
Al Mubarakah Nasi Dulang Daun Pisang
Alamat: Pt 75024, Jalan Besar Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Masa operasi: Isnin – Ahad (10:30 a.m.- 4 p.m.)
#3 – Cibiuk
Jom kita rasai masakan asli Sunda, Jawa barat Indonesia di Cibiuk. Cibiuk ini merupakan salah satu restoran yang agak terkenal di Kajang. Keaslian masakan Indonesia di sini memang tidak dibuat-buat, ianya dihasilkan dengan penuh teliti oleh tukang masak mereka yang sangat berpengalaman.
Terdapat banyak menu yang ditawarkan seperti nasi liwet, ikan kipas, sate, ayam panggang dan macam-macam lagi. Tak kira apa yang dipesan oleh anda, semuanya dimasak dengan sangat teliti dan cukup rasa herba dan rempah-ratus.
Tapi yang ingin di bincangkan di sini adalah ayam panggangnya yang sangat menyelerakan. Ayam panggang yang dihidangkan memang sangat sedap dan cukup rasa. Ayamnya diperap dengan baik dan dibakar dengar cukup sempurna dan InshaAllah rasanya pasti tidak mengecewakan.
Cibiuk
Alamat: No, 1-G, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Masa operasi: Sabtu – Khamis (11 a.m.- 11 p.m.) Jumaat (2:30 p.m.- 11 p.m.)
#4 – BP Cendol & Nasi Beringin Ayam Bakar
Di restoran ini, boleh mencuba rasa ayam bakar mereka yang sangat sedap. Yang sangat tidak dijangka adalah harganya yang amat berpatutan.
Memang agak sukar untuk menjumpai restoran-restoran yang menghidangkan menu sebegini dengan harga yang murah seperti yang restoran ini berikan. Sangat memuaskan hati dari segi harga dan rasanya.
BP Cendol & Nasi Beringin Ayam Bakar
Alamat: 30, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Masa operasi: Sabtu – Ahad (11:30 a.m.- 10:30 p.m.)
#5 – Wak Botak Ayam Golek
Nak rasa ayam panggang yang dimasak cara tradisional? Bolehlah berkunjung ke Wak Botak Ayam Golek yang memang selalu menerima kunjungan yang sangat ramai. Pelanggan lama dan baru, tidak putus-putus datang ke sini sewaktu di masa sebelum PKP dulu.
Di sini, ayam golek mereka dimasak menggunakan arang dan harganya juga agak murah. Dengan hanya beberapa ringgit, sudah boleh merasa nasi ayam golek yang tak boleh nak dinafikan kesedapannya.
Semua pelanggan yang datang berkunjung ke sini memang rata-rata berpuas hati dengan menunya yang sangat sedap dan layanan yang diberikan oleh mereka juga ramah dan baik.
Wak Botak Ayam Golek
Alamat: Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000 Kajang
Nak Makan Ayam Panggang? Jom Order Online Untuk Mudahkan Urusan
Nina juga sangat suka dengan menu ayam panggang ni. Lagi-lagi di bulan puasa. Memang nikmat jika dapat makan menu ayam panggang yang sedap dan cukup rasa. Bila nikmati menu ayam panggang begini, terus teringat terbayang selalu macam orang sedang angau. Apakan daya, sedap kot.
Tak dinafikan masih ada banyak lagi tempat makan yang menawarkan menu ayam panggan seperti ini. Jika nak cari dengan lebih mudah, boleh layari website Foodpanda yang sangat terkenal dengan servis food delivery
Melalui website tersebut, semua jenis makanan ada dipaparkan. Pilih dan pesan saja mana-mana menu yang rasa teringin nak makan.
Apa tunggu lagi . . . Order jangan tak order!
menyelerakan betul! boleh batal puasa tak ni tengok makanan sedap2 ni?
Pagi2 tgok ni..hahaha tergoda