Tips cara masak pasta yang betul tidak melekat wajib tahu supaya pasta tidak terlalu lembik, kembang, melekat lekat dan sebagainya. Pasta dimasak dengan betul sangat cantik. Errkkk… Pasta pun boleh cantik? HEhee
Pasta
Korang suka pasta? Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum.
Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air.
Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera. Contohnya orang melayu panggil mee atau kuey teow
Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering. Omputeh panggil pasta, orang melayu panggil spaghetti walaupun bentuk nya fettuccine . Hehe…
Jenis pasta
Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular.
Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi); lasagne (nipis empat segi); fettuccine (tiub dan silinder); fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi.
Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos. Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.
6 Tips dan cara masak pasta yang betul
Lepas masak pasta cantik tak melekat
Tips cara masak pasta yang betul tidak melekat
Air untuk merebus
- Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.
- Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.
- Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.
- Sebelum merebus pasta pastikan airnya betul-betul mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.
- Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata. Jangan biar je, kena kacau sesekali supaya pasta tak melekat antara satu sama lain.
- Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.
Tips pasta tidak melekat
Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.
Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.
Cara masak pasta al dente
Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al dente iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.
Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.
Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.
Resepi Pasta paling mudah sedap
Amacam? Tak susah pun masak pasta kann? Nahh…. Nina share tuk korang Resipi pasta Carbonara simple sedap kegemaran anak-anak
Ni plak…. Menu pilihan mak pak. Resipi Spaghetti Bolognese paling senang sedap
Senang dan mudah je nak follow tips tu. Saya pun memang selalu letak marjerin supaya pasta tak lekat
tq kak tips nya nanti sue try time nak masak pasta ye
Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.
Tq nina.. lepas ni pasta bujang saya takkan melekat lagi.