Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 29, 2019February 28, 2022

Kat mana beli kelengkapan sekolah, baju sekolah berkualiti, harga mampu beli?

Tragedi  Bajet Hujung Tahun !!

Isi Kandungan hide
1 Tragedi Bajet Hujung Tahun !!
2 Kena bijak rancang perbelanjaan
3 Tips mudah sediakan bajet back to school
4 Bijak berbelanja , pilih yang berkualiti, harga mampu beli
5 Baju Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari terbaik!
6 Baju Sekolah Hari-Hari Jony&Jeny , No Problem berkualiti
7 Baju Sekolah Hari-Hari Harga Mampu Beli
8 Susun atur kedai yang kemas, bersih
9 Servis bagus, staff friendly helpful
10 Ada Freegift ..!!
11 Jangan bayar cash!
12 15% diskaun bayar melalui CIMB debit/kredit
13 Menarik ni..!! Diskaun 15% Beli Online Kelengkapan Sekolah Online
14 Penghantaran Percuma!
15 Related posts:
16 Sinopsis Drama SWEET DREAMS lakonan BEN AMIR yang buat ramai cair. BEST seyhhh citer ni..
17 Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang
18 Nasi Lemak Sambal Sotong yang sedap kat mana?? Awak, awak kat mana.. Awak kat mana??
19 Resipi SUP GEAR BOX TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap

Hurrmmm … Tinggal lagi beberapa hari jer dah nak masuk Disember. Kejap jerr dah hujung tahun. Buat MakPak yang ada anak bersekolah, mula laaa terasa  berdebar-debar, selalu bad mood, jantung berdegup laju, kecamuk, tetiba rasa macam ada sakit jantung amboi over nau . Paling tidak akan rasa nikmat stress bila fikir bab bajet kelengkapan sekolah anak-anak. Setuju kannn . . .?

Nak kata apa? Benda tak boleh nak elak, memang kena hadap! Kannn . . .?  Korang tak payah laaa bohong nak tunjuk cool sangat. Orang have-have pun berbunyi inikan orang cam Nina ni…

Kena bijak rancang perbelanjaan

Sejujurnya nak sediakan kelengkapan sekolah anak-anak ni bukan perkara mudah. Setakat anak satu dua, boleh laaa nak cool. Cer macam Nina ni haa… Anak 5! Peluh tiak ooii  . .  Tiak Geng, bukan Nina HAhaa.. Eh! Tak baek gelakkan geng…

Hujung tahun memang banyak nak guna duit. Paling utama nak kena sediakan keperluan kelengkapan sekolah anak-anak. Ada extra boleh laa bawak depa pi bercuti kannn..?

Bab rancang perbelanjaan ni lain family lain caranya. Method dan style tak akan sama sebab memasing ada komitmen keperluannya yang tersendiri. Yang pasti MakPak kena ada tabung keperluan sekolah. Korang ada tabung tak?

Tips mudah sediakan bajet back to school

Sebagai contoh andai korang konsisten simpan RM100 sebulan so cukup hujung tahun dah ada dalam tangan RM1000 lebih. Setakat anak sorang dua bersekolah, kira selesa dah jumlah ni nak berbelanja kelengkapan back to school anak-anak. Idok ler mewah tapi selesa berbelanja.  Tapi macam Nina ni  punya 5 orang anak , lebih besar lagi kos bajet back to school kami. Jangan taya berapa ribu.. Nangis korang nanti. HEhee

Okey.. Bila dah displin konsisten bersusah payah menabung tiap bulan tak kan laaa selamba boros berbelanja habiskan duit tabung tu kann.. Harus laa bijak berbelanja.

Baju Sekolah Pakaian Hari-Hari

Bijak berbelanja , pilih yang berkualiti, harga mampu beli

Bab bijak berbelanja ni Nina ada tips yang tiap tahun Nina amalkan. Dan Alhamdulillah memang sukses! MakPak memang kene beli barang yang berkualiti untuk anak-anak bukan asal done jer janji ada. Bukan apa, barang yang berlualiti ni tahan lasak, lambat buruk, lambat rosak. Dan ini akan mengurangkan kos untuk kena ulang beli lagi nanti.

Untuk bijak berbelanja, kena laaa beli barang yang harganya mampu beli. Barang berkualiti, mampu beli under  bajet maka bijak laaa kann..?

Baju Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari terbaik!

Ahaa . . . Tips pertama beli Kelengkapan Sekolah
Memula sekali kita fokus pada Baju Sekolah sebab ianya antara kos paling besar. Sorang aje perlukan lebih 3 pasang baju Sekolah Kebangsaan  dan 3 pasang Baju Melayu untuk Sekolah Agama. Tu minima.. Cer kira darab 4 anak yang bersekolah dah berapa RM RM RM..???

Baju Sekolah Hari-Hari  Jony&Jeny  , No Problem berkualiti

Tips bajet beli kelengkapan sekolah Pakaian Hari-Hari

Tahun depan Eilhan darjah 1, teruja dia nak pegi sekolah.

Dah lebih 15 tahun Nina beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari.  Ada lebih 85 cawangan nya  serata kat Malaysia ni. Korang boleh tengok cawangan yang ada kat http://www.hari.com.my . Nina cukup puashati dengan kualiti jenama Jony & Jeny dan No Problem dari Pusat Pakaian Hari-Hari.

Material kain pakaian seragam Hari-Hari ni bagus setanding jenama lain. Ketebalannya, tahan lasak, jahitannya kemas tak mudah tetas dan paling penting material jenis cotton ni warnanya tak cepat kusam. Lambat laaa baju sekolah anak-anak jadi buruk dan lusuh. So setahun sekali bajet Nina untuk baju sekolah. Jimat kann?

Baju Sekolah Hari-Hari Harga Mampu Beli

Dari anak Nina yang sulung darjah satu tahun 2010  hingga sekarang No.4 Eilhan darjah satu, kat sini jer laaaa harga under bajet Nina sekeluarga. Tak akan dapat harga mampu beli dengan kualiti bagus sebegini kat tempat lain. Korang boleh dapat harga kurang dari RM65 full set baju, seluar, kasut, stokin sekolah untuk size paling kecil macam Eilhan .

Susun atur kedai yang kemas, bersih

Bab kebersihan dan kekemasan susun atur kedai pun memainkan peranan sebab ianya akan membuat kita rasa selesa nak berbelaja dan memudahkan kita cari keperluan kita. Dah semua depan mata, susun ikut size, asing ikut kategori senang nak capai sendiri. Tak yah laaa manja sangat semua pun nak suruh staff depa kannn . . .?

Tengok … Kain sekolah menengah tu RM10 jer..  Berbaloi kann..??

Korang pegi time cuti sekolah baru nak bermula, akan adanya harga promosi untuk sesetengah baju dan size. Rezeki laaa dapat yang menepati keperluan. Kata kena bijak berbelanja kann, maka kena laaa bijak cari ruang dan peluang!

Bukan setakat Baju Sekolah jer ada kat Hari-Hari ni, Kelengkapan sekolah lain pun ada. Beg sekolah, alatulis, tali pinggang, stokin, seluar tracksuit dan termasuklah pakaian peribadi dalaman. Harga pun berpatutan.  Senang semua dalam satu kedai..!  Buku sekolah jer kena pi kat kedai buku sekolah memasing..

Servis bagus, staff friendly helpful

Pusat Pakaian Hari-hari tak pernah mengecewakan bab kualiti, harga dan bab khidmat pelanggan staff depa memang terbaik!  Saat melangkah masuk ke Pakaian Hari-Hari , without failed kita akan kedengaran

“Selamat datang ke Pakaian Hari-Hari “

“Terima Kasih datang ke Pakaian Hari-Hari”

Ramah tamah depa sambut kedatangan kita tak leh bawak bincang. Mesra alam sungguh kann..?? Bukan tu jer, walau pun kadang tu kita masuk jengjalan window shopping jer tak beli apa-apapun, melangkah keluar pun kita dihargai. “Terima Kasih datang ke Pakaian Hari-Hari” . Aaawwww… touching beb!

Ada Freegift ..!!

Dah laaa murah, pastu dapat freegift. Best giler..!!

Untuk setiap pembelian RM30 ke atas akan dapat kalender tahun depan
– RM120 ke atas akan dapat percuma stoking putih
– RM150 ke atas ni best..!! Korang boleh pilih samada nak stoking putih 2 pasang atau kasut putih sepasang. Nina pilih kasut putih, kakak Eillya kata dia nak pakai buat kasut jalan nanti. Dia kan tukar tali warna lain, dan warnakan kasut tu nanti. Lantak laaaa dia… Mak suka janji jimat..!! HAhaa . ..
– RM200 ke atas akan dapat voucher diskaun Senheng bernilai RM25 . Nak beli iron nanti.

Menarik kann..? Dah jimat, dapat hadiah yang berguna bermanfaat lagi laaa jimat. Hakak suka!

Jangan bayar cash!

Jangan bayar cash? HAhaaa..
Eh! Dah kenapa jangan bayar cash lak kann? Ahaa… ada tips yang menarik Nina nak share ngan korang. Teruskan baca tau…

15% diskaun bayar melalui CIMB debit/kredit

Masa nak bayar tu hari, staff ni tanya samada nak bayar cash ke card? Rupanya ada kelebihan buat pemegang  account CIMB yang  bayar melalui kredit/debit kad CIMB korang. Dapat lagi penjimatan diskaun 15%.

Nah . .. Ni baru betul-betul pembeli yang bijak berbelanja.  Rugi laaa kalau korang bayar cash.  Sebab dapat diskaun, ada extra dari lebihan bajet asal boleh laaa buat belanja anak-anak pi makan sedap-sedap ker kann..? Pandai kann kita? MakMak memang extra alert bab penjimatan gini. HEhee .. . Ingat tau offer ni sampai 31 December 2019 ni jer tau..

Menarik ni..!! Diskaun 15% Beli Online Kelengkapan Sekolah Online

Beli baju sekolah online murah berkualiti FREE shipping

Tu ari masa scroll facebook, Nina ada nampak Pakaian Hari-Hari ada sediakan pembelian secara online. Dah mula sejak 20hb November hingga 31st  December 2019

Aduyai .. . Kenapa laaa Nina dah beli baru tahu? Bukan apa, lagi senang beli online ni sebab kita tak perlu nak angkut seluruh anak-beranak pi kedai. Leceh kannn pi kedai ni sebenarnya. Nak kena drive lagi, cari parking, bayar parking, pastu bersesak kat kedai. Tu belum anak meragam. Huhuuu . . . Haru biru..!!

Penghantaran Percuma!

Dekat online pun tengah ada tawaran 15% diskaun. Wah … Murah lagi jimat..! Dan lagi penghantaran percuma dengan setiap pembelian RM50 ke atas. Beli online pun ada hadiah awak… Depa bagi percuma stoking putih dan kalender.

Amacam menarik tertarik kann? Sekarang ni dah trend semua pun dihujung jari jer.. Tau tau dah sampai depan pintu rumah. Apa yang ada kat kedai, di online pun ada yang sama. Senangnya! Nina rasa nak shopping lagi kelengkapan sekolah yang belum cukup ni kat online jer pasni.  Korang nak beli online click : www.ehari.com

Media social Hari-Hari kat pun kerap adakan peraduan tau, korang try laaa join. Manalah tahu kot rezeki korang menang ker kann..?? Untuk megetahui update terkini dari Pusat Pakaian Hari-Hari, korang pi laaa kat

Facebook : www.facebook.com/harihari
Instagram : www.instagram.com/harihariofficial

Baju Sekolah Pakaian Hari-Hari

Happy sokmo depa dah siap kelengkapan sekolah untuk depa. Anak-anak lebih bersemangat ke sekolah tahun depan.

So MakPak displin laa rancang bajet back to school dan jadi lah pembeli yang bijak! Happy shopping korang . . . .

Dan selamat kembali ke sekolah anak-anak
Moga terus sukses dan dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Related posts:

Sinopsis Drama SWEET DREAMS lakonan BEN AMIR yang buat ramai cair. BEST seyhhh citer ni..

Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang

Nasi Lemak Sambal Sotong yang sedap kat mana?? Awak, awak kat mana.. Awak kat mana??

Resipi SUP GEAR BOX TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap

Lifestyle Parenting Review Tips Back to schoolBaju SekolahBaju Seragam Sekolahehari.comkat mana beli murahKelengkapan SekolahPusat Pakaian Hari-Haritips bajet kelengkapan sekolahTips parentingtips urus kewangan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (24)

  1. nurul aziyana says:
    November 29, 2019 at 12:06 pm

    selalu beli kat ten ten , tahun ni boleh la usha hari-hari pulak

    Reply
  2. Lya says:
    November 29, 2019 at 1:04 pm

    Wahhh dah beli kelengkapan sekolah dah anak2 kak nina ya. Seronok tgk depa pakai baju sekolah semangat tuuu ..

    Reply
    1. Huda says:
      November 29, 2019 at 1:54 pm

      Wah best yer dah setel shopping baju sekolah anak2..hari hari mmg best. Setiap tahun mmg shopping sini baju sekolah anak2 . kualiti terbaik

      Reply
  3. ina says:
    November 29, 2019 at 2:11 pm

    memang kedai favourite kami seisi keluarga di Hari-Hari. Nak shopping malam la senang sikit, orang pun tak ramai. Mudah nak memilih.. ehehe. Kebetulan pula suami pemegang kad cimb tu. Sakan lahh shopping nanti. Ehehe.

    Reply
  4. Mariana says:
    November 29, 2019 at 2:16 pm

    Tahun ni nak tambah apa yg tak cukup beli kat hari2. Anak ckp kat hari2 ada jual vest pengawas, tmpt lain blom jumpa lagi

    Reply
  5. Rawlins GLAM says:
    November 29, 2019 at 2:44 pm

    Sayangnya Hari-Hari tiada di lokasi kampung Rawlins (Sibu, Sarawak). Kalau ada, senang Rawlins nak membeli-belah untuk anak-anak saudara Rawlins sementelah sekolah nak buka kan.

    Reply
  6. umi nazrah says:
    November 29, 2019 at 3:21 pm

    belum masuk hari hari lagi. nak kena cuba jugak lah pasni ^_^

    Reply
  7. Bae Roslan says:
    November 29, 2019 at 4:28 pm

    kedai hari hari ni memang terbaik. dari dulu lagi murah. semua pakaian pun murah. cawangan pun banyak, pilihan baju pun banyak. best shoppinh sini

    Reply
  8. hayati suki says:
    November 29, 2019 at 5:41 pm

    kita sama laa nina..sisyat pun memang tuju hari-hari je tempat beli pakaian sekolah or pakaian raya bebudak 🙂

    Reply
  9. MAISARAH IBRAHIM says:
    November 29, 2019 at 7:01 pm

    musim back to school ni memang kena hati-hati buat bajet perbelanjaan. kalau lari sikit habisss

    Reply
  10. Fadima Mooneira says:
    November 29, 2019 at 8:59 pm

    I am not a parent yet. Macam mana pun your tips are good. Thank you for sharing it. Have a good day and happy school holidays.

    Reply
  11. Tiara Sapphire says:
    November 29, 2019 at 9:00 pm

    hari tu nampak member pegang kupon Hari-Hari, memang best la dapat belanja. yg best kedai dia pun dah boleh beli online, lagi mudah 🙂

    Reply
  12. ZAIDALIFAH HUSSIN says:
    November 30, 2019 at 12:24 am

    Gedung hari-hari memang tidak mengecewakan, selalu pergi zaman anak sekolah rendah dan menengah biasa dulu memang senang nak cari kasut, baju dan tudung serta baju-baju uniform lain, sekarang dah duduk asrama tak pergi dah shopping barang sekolah tapi masih shopping pakaian dan seluar track untuk pakai hari-hari atau buat basahan lagi senang fhm. he he he

    Reply
  13. Racheal Loh says:
    November 30, 2019 at 8:57 am

    So far I am not into this level yet and still a long way to go but o can share this with my friends. At least got great tips here.

    Reply
  14. Eiza GreenAppleKu says:
    November 30, 2019 at 6:31 pm

    Tak pernah beli baju sekolah di Hari-Hari. Selalunya Sis borong di Kamdar atau Mydin atau Tesco sebab itu lokasi terdekat dengan tempat tinggal Sis. Hahaha…banyaknya atau. Biasalah mak-mak ni..sebelum beli sure cari harga dan kualiti terbaik. Mak ayah senang hati, anak melangkah bergaya dan selesa ke sekolah.

    Reply
  15. Nadia johari says:
    December 1, 2019 at 9:27 am

    Fuh memng menangis kalau ramai anak. Keperluan sekolah bukan mirah sekrg. Nasib ade pakaina hari2 murah dna jimat. Bgusla siap ade free gidt. Ada potongan harga lagi urtk cimb.. Memgvakan pilih hari2 utk shoppong baju anak nanti

    Reply
  16. Mohamad Khairil Bin Hassan says:
    December 1, 2019 at 6:42 pm

    Sementara masih hidup bujang ni, saya masih belum merasa beban membeli barang persekolahan anak2 lagi hehe. Tapi dulu2 terfikir jugak bila parent kita beli macam2 untuk besarkan adik-beradik 4 orang. Ke empat2nya bersekolah, macam2 nk beli.

    Reply
  17. farah says:
    December 2, 2019 at 9:50 am

    jimat belanja dengan hari-hari. saya pun suka beli brg dekat hari2..best & berkualiti juga setanding dgn harganya. Jimat dan memuaskan

    Reply
  18. Marina says:
    December 2, 2019 at 4:39 pm

    Excitednye Marina baca ni kak nina. Banyak benefit beli Pusat Pakaian Hari-Hari. Banyak boleh jimat

    Reply
  19. Ayu rafikah says:
    December 3, 2019 at 2:31 pm

    Ayu mmg cari pakaian sekolab kat sini. Selain agak.murah. ianya pembelian berbaloi sebab kualiti kain mmg superb

    Reply
  20. mekyunie says:
    December 6, 2019 at 12:47 pm

    teringat zaman persekolahan dulu. kedai baju sekolah tak banyak macam ni. kalau ada memang agak pricey. huhu. sekarang ada banyak cara untuk berjimat. alhamdulillah.

    Reply
  21. aboya says:
    December 7, 2019 at 8:47 am

    sudah tentulah shopping baju sekolah kat HariHari… cukup lengkap semua ada dalam tu . tak payah pergi kedai lain lagi… berbaloi dan kualiti pun bagus

    Reply
  22. mas saari says:
    December 7, 2019 at 8:01 pm

    Hari Hari pilihan saya jugak, hargan pakaian sekolah murah dan kainnya berkualiti.

    Reply
  23. Pingback: Baju Sekolah HARI HARI murah berkualiti mampu beli One Stop Center

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes