Aarrgghhh… !! Stress sungguh! Kenapa laaa agaknya kebelakangan baki nasi cepat basi? Padahal baru je masak semalam petang. Bangun pagi ingatkan nak panaskan makan lagi , tapi tengok tengok nasi dah basah keliling, nasi dah berair dan berbau. NASI CEPAT BASI ! Ada tak Tips Petua supaya Nasi Tidak Cepat Basi ?
Dulu tak macam ni pun… Walaupun baki nasi tak banyak mana pun, sikit je baki nasi tapi sedih laaa.. Membazir! Sayang tau . .. Rezeki kann
Sinonim orang tua-tua kata : Jangan buang nasi, nanti dia nangis! Memalam nanti dia cari . . . Nanti dia tanya –
Kenapa buang aku? Kenapa makan tak habis? Kenapa membazir? Membazir tu amalan syaitonnnnn yang di rejam! – Hah! takut kannn??
Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani . Eh! Ni dialog iklan kat tv. Ok tipu! HAhaaa
Petua TIPS Nasi Tidak Cepat Basi
Bukan apa, baki nasi yang ada ni walau pun sikit, di kumpul-kumpul seminggu ker cukup dah nak bikin Nasi Goreng Paling Simple Tapi Sedap Campak-Campak jer . Jadi laaa buat makan sarapan Nina dan Eicha ker kann..?? Kadang tu lepas gak buat makan tengahhari anak balik sekolah. Jimat banyak dah tu…
Anak-anak Nina memang suka Nasi Goreng. Senang dan cepat di makan. Nina lagi laaa suka sebab tak payah pening kepala kena fikir nak masak lauk apa..
Tu ari tengah dok scroll facebook, lalu kat timeline kawan Nina pun alami masalah yang sama. Masalah Nasi Cepat Basi. Entah laa.. Puas dah basuh beras bersih-bersih sebelum masak dengan harapan nanti nasi lambat basi tapi hampa. Sama jugak! Mungkin masalah periuk kot sampai rasa nak beli periuk nasi baru.
Maka, Nina pun cuba lah petua ni dengan harapan menggunung setinggi KLCC pasni nasi yang Nina masak lambat basi. Kot ada baki, boleh laaa simpan untuk dikumpul-kumpul. Nanti boleh laaa masak Nasi Goreng.
Tips Petua NASI TIDAK CEPAT BASI
Telingkupkan Periuk Nasi dan Masak Periuk Nasi Atas Dapur.
Sebijik Nina buat macam dalam gambar ni
Mula-mula basuh bersih-bersih periuk nasi (termasuk penutup periuk juga!) , pastu telingkupkan atas dapur, kemudian nyalakan api dan masak periuk nasi ni seketika. Jangan laaa masak sampai rentung lak periuk nasinya!
Bukak api pelan gitu, dalam 2-3 minit dah cukup panas periuk tu tutup laaa api.
Basuh Beras bersih-bersih
Pastu dah boleh laaa masak nasi macam biasa.
Dan macam biasa,basuh lah beras sebersih-bersihnya sehingga jernih airnya. Entah lerr, ada tips kata nak nasi sedap basuh 2 kali jer. OH TIDAK! Mitos jer tu ..
Basuh beras bersih-bersih! Sampai bilasan terakhir airnya jernih maka bersih laaa beras tu.
Letak garam sikit tak payah laaaa
Entah ler.. Katanya tuk bagi nasi tahan lebih lama dan rasa lebih sedap. Tapi pendapat Nina sebaiknya elakkan garam berlebihan dalam makanan kita seharian. Dah laaa dalam lauk nanti pun kita letak garam kannn..? Pepandai kome lerr yer . . .
Masak air sampai mendidih dalam periuk nasi
Ok selain panaskan periuk, ada juga tips suruh masak air sampai mendidih dalam periuk nasi tu. Ini Nina belum sempat cuba. Setakat panaskan periuk tu dah settel masalah. Alhamdulillah . . .
Harap dengan perkongsian Nina ni, masalah korang pun selesai jugak hendaknya. Di samping kita masak nasi tu, sambil cuci beras tu pepandai laaa korang berzikir berselawat. InsyaAllah lebih berkat rezeki yang kita masak untuk keluarga. InsyaAllah, aamiin . . .
Sumber : Facebook Zaiton Hamid
Mmmm . . . Nampak sedap tak Nasi Goreng Mamak ni? Asyik bikin Nasi Goreng campak-campak jer kannn, sesekali kasi hayun ketuk kuali ala kedai mamak lak! Try laaa… Menjadi! HEhee . . .
nah . . . Follow resipi ni Resipi Nasi Goreng Mamak
Atau korang type je NASI GORENG dekat search dalam blog Nina nanti keluar lah banyak jenis nasi Goreng yang sedap senang mudah masak. Chinese style ada, Mamak style ada, nenek style pun ada. Dari search tu akan keluar berderet-deret menu nasi goreng pelbagai versi by Nina Mirza.
Ok, pasni andai ada nasi lebihan walau sikit jangan buang tau! Sian nangis dia . Korang kumpul-kumpul pastu bekukan dan nanti bebila defrost semua nasi tu, boleh laaa masak nasi goreng paling sedap!
Ketahui TIPS CARA MASAK BERAS BASMATHI HASILNYA NASI LEMBUT PEROI
Comments (2)