Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 7, 2016February 24, 2023

Nasi Lemak Sambal Udang Serai style Nina

Nasi lemak antara menu kegemaran ramai. Menu yang menjadi santapan tak kira pagi, petang mahupun malam hari. Dan juga pilihan pelbagai peringkat umur mahupun darjat. Chewahh …. darjat gitu! hahaha . . . . Nasi Lemak merata ada tapi rekemen korang cuba Resipi Nasi Lemak Sambal Udang Serai antara kombinasi yang Nina selalu masak dan bila masak ni tak cukup dibuatya. Kena ulang masak! HAhaa

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Giler laaa...!! Diskaun lebih RM1k di Agrofarmstay Melaka
3 ANXIETY pantang larang makanan yang boleh dan tidak
4 Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan
5 Cucur Ikan Bilis bawang paling sempoi~ Lembut didalam, ranggup diluar. Sedappp nyerr...!!

Kat Malaysia ni senang jer nak jumpa orang yang jual Nasi Lemak. Pelbagai kaum pun sekarang boleh masak dan jual Nasi Lemak. Cuma…. nak cari Nasi Lemak yang sedap menepati selera dan citarasa memang payah. Ada tuu nasi nya tak lemak manapun… rasa macam nasi putih jer Ada lak tak cukup korum. tak de ikan bilis laaa, tak de kacang laaa, tak de timun laaa, tak de telur rebus laaa.. sambal ciput laaa… Kedekut, berkira! Amboi! Cerewet sangat Nina ni…. Hahaa . . .

Anak-anak Nina lak penggemar tegar Nasi Lemak. Bak kata Eilhan,  asal tanya nak makan apa? Pasti jawapannya “Acik emak” pelat.  Ini laa menu favorite dia.  Paling penting wajib ada telur rebus! itu yang di carinya dulu.

Kalau korang pun cerewet macam Nina, baik masak sendiri aje! Sebelum ni Nina dah pernah share Nina resipi  Nasi Lemak Emak bersama Sambal Sotong Kering  kali ni Nina kongsikan resipi Nasi Lemak Sambal Udang pulak..!!  Kot korang teragak nak buh petai boleh lah rujuk resipi Sambal Udang Petai  . Hurmmm ….. Kalau ikut taste Nina, nasi lemak haruslah lemak! bahan sampingan juga kena ada, baru lah feel nak makan. .. Jom tengok resipi style Nina…

Nasi-Lemak-Sambal-Udang-Serai-Sedap-Style-Nina

Nasi Lemak Emak – style Nina 

Bahan-bahan
1 kg beras
Santan  (1cwn beras = 1 cawan santan) Nina pakai santan kotak ajer pastu Nina tambah sikit (sikit aje) air
1 inc halia dititik
3 ulas bwg merah – dihiris
2 ulas bwg putih – dihiris
Secubit garam
1 sudu kecil halba
1 sudu minyak masak
2 helai daun pandan di simpul.
 
Cara-cara
1- Basuh beras sebersihnya
2- Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi
3- Tanak hingga macam biasa hingga masak. Setelah masak, kacau rata dan dibiarkan lagi hingga nasi masak sepenuhnya
4- Sedia dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, timun, dan telur rebus
 
 
Sambal Udang Serai
Bahan-bahan
500g Udang laut yang kecil-kecil tuu…. (yang kecik tuu manis)
4 biji bawang merah- hiris halus
cili blend secukupnya
2 batang serai – ketuk jer
air asam jawa
air
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
 
Cara-caranya
1- Udang dibersihkan,  ditos lalu diketepikan.
2- Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan serai hingga berbau wangi dan kekuning-kuninggan.
3- Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau nak sambal banyak letaklah banyak yea) Tumis sehingga cili pecah minyak (supaya tak sakit perut kalau makan cili tak cukup masak)
4- Masukkan air asam jawa, kacau rata.
5- Masukkan udang. Kacau rata hingga masak.
6- Rasakan secukup rasa dengan garam dan gula ikut citarasa masing-masing. Sedia dihidangkan.
Wokey …. dah siap! Nina santap dulu ehh…. nak suap dak kecik yang suka bully mamanya ni. Moga resipi Nasi Lemak style Nina menepati citarasa korang. Kot korang ada cara style masak Nasi Lemak yang lagi uummphhh…!! Sudi lah kongsi ngan Nina. nanti Nina cuba.  …

Related posts:

Giler laaa...!! Diskaun lebih RM1k di Agrofarmstay Melaka

ANXIETY pantang larang makanan yang boleh dan tidak

Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Cucur Ikan Bilis bawang paling sempoi~ Lembut didalam, ranggup diluar. Sedappp nyerr...!!

Lifestyle Resepi breakfastNasi Lemak sedapresepi mudahresipiResipi Nasi Lemak Sambal Udangsambal Udang seraiSarapan

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Anuar says:
    April 7, 2016 at 9:58 am

    Wow…. Sedapnya… Tiba-tiba rasa lapar pulak..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes