Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi-KURMA-Ayam-Ala-TANJONG-sedap-cepat-masak
April 6, 2016April 18, 2016

Resepi Kurma Ayam Ala Rempah Tanjong | Lain dari biasa, sedap seyhhh…..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Sapa suka masak lauk kuah Kurma? Kurma Ayam, Kurma Daging, Kurma Telur Rebus. Macam-macam boleh match ngan kuah Kurma.   Pastu lak Kuah Kurma ni antara menu kegemaran anak-anak. Betul kannn….  Sapa setuju? Cer angkat tangan sikit Nina nak tengok…. Ok, dah dah usah lama-lama angkat tangan tuuu. Ada bau nanti hahaa.. Sorry..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce
3 Resepi Puding Yeo's Yeogurt bersama Cincau | Mudah dan berkhasiat
4 Spek Murah?! Cari William kat Kedai cermin mata viral EYE PRO VISION Sungei Wang
5 CARA BUANG ANGIN TANPA UBAT | SERBUK HALIA #1 PADU

Nak masak Kurma ni mudah aje. Kadang tuu ada resepi yang kena letak rempah 4 sekawan nak bagi sedap. Ada juga yang hanya perlukan rempah ratus yang sedia ada dijual kat pasaran. Tumis sikit bawang merah, bawang putih, halia, masukkan rempah/pes kurma, buh sikit air dan santan, Siap! Tak kira lah nak letak apa apa sebagai bahan utama. Ayam ka, daging ka, telur ka.. boleh aje! Gerenti anak-anak akan makan sampai menghirup kuah hingga ke tittisan terakhir. Amboi  ayat..!! hehehe . . . . Ehh.. Betul laaa..

Baru-baru ni, Nina try  rempah Kurma yang lain dari yang lain. Kata mak Nina, rempah ni dah lama ada sejak zaman dia muda-muda dulu. Wahh … Klasik gitu! Tapi kata mama,  dulu packaging nya lain. Ok, rupanya jenama ni dah rebranding. Harus lah kann….. Seiring dengan pasaran sekarang. Fesyen tudung pun dah up to date apatah lagi rempah yang kita gunakan setiap hari. Nak gak tukar wajah pakej cun melecun kannn….??

Sebelum Nina membebel lebih macam mak nenek erkkk…. Jom tengok dulu rempah apa yang Nina dok war-warkan.

REMPAH TANJONG Keluaran PELADANG

Korang pernah tengok tak?? gerenti cakap tak pernah. Dah tau lagi mau tanya 😛 hehe . . . Tak tahu sebab korang kann ala-ala rakan sebaya Nina. **perasan muda lak Nina** erkk.. Cuma umur baya Mak-mak jer tahu. Nanti bila  balik kampung nun jauh di mata tanya kat mak nanti ehh..  Dulu nama rempah ni ‘Peladang’. Syarikat orang kita Bumiputera. Halal lagi …. Sekarang dah up date nama Tanjong. Masih klasik nama rempah ni kann…. Suka!

Eh ehh …. Lupa lak, korang nak resepi Ayam Masak Kurma ala Tanjong kann? hahaa… Dah kurang DHA ni biasalah… maaf ya. Untuk pengetahuan korang, kali ni Nina follow betul-betul resepi belakang pack. Yelah, nak rasa keaslian rempah Tanjong lah katakan… kena lah cuba try test  resepi yang mereka sertakan.  Jom tengok . Zassss >>>>>>

Resipi-KURMA-Ayam-Ala-TANJONG-sedap-cepat-masak

AYAM MASAK KURMA ALA REMPAH TANJONG
Bahan-bahan
Ayam 300gm
Bawang merah – hiris halus
Bawang putih – ketuk, hiris halus
Halia – hiris halus
Bawang dan halia kalau nak blend/tumbuk pun boleh
Pack kecik Rempah Tanjong 25gm + sedikit air dijadikan pes
2 cawan air
90 ml santan (Nina pakai santan kotak jerr)
Garam dan Gula secukup rasa
 
Sampingan
Kentang – belah 4/6
Carrot – potong ikut suka
Cili merah
Cili hijau
Bawang merah – belah empat
 
Cara masak
1- Tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga berbau wangi.
2- kemudian masukkan rempah Kurma Tanjong yang dah dibancuh ngan air. Masak hingga keluar minyak.
3- Masukkan ayam, air, kentang, carrot. Masak sehingga empuk.
4- Selepas ayam dah empuk, masukkan santan. Kacau selalu hingga mendidih. dan kemudian rasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lalu masukkan cili merah, cili hijau dan bawang merah.
5- Tutup api dan sedia dihidang….
 
senang kann…?? Kejap jer masak ni.. Dalam setengah jam dah beres! Mudah lak tuu…
Rempah Tanjong ni kan, antara rempah pilihan Chef. Wahh … Hebat kan?? Chef Liza Zainol! Huishh …. Sapa tak kenal kann.. Chef yang selalu keluar kat TV  tuu..  Baru-baru ni, kat MIHAS Che Liza berkesempatan memasak  menggunakan 3 jenis rempah Tanjong ni. Vavava…. Chef Liza pun pilih  rempah Tanjong dalam masakannya! Tak kan kita tengok aje – kenalah cuba kannnn….
Chef Liza Demo masak MIHAS Rempah TANJONG keluaran PELADANG
Rempah TANJONG pilihan Chef Liza Sedap mudah masak HALAL

Ahaaa…!! Nina dah cuba dan Alhamdulillah… Rempah Tanjong ini menepati citarasa dan selera Nina sekeluarga. Terasa masakan ala mak-mak yang masak. Anak-anak sukakan kuah Kurma yang Nina masak! Setaraf masakan Chef gitu. kononnya. Tak susah pun, senang jer… Nina follow resipi belakang pack. Memang menjadi!  Tak perlu nak tambah bahan sampingan lain masa menumis. yang rempah empat serangkai tuu Dah sedap haruslah kasitau kat korang! Pasni yang malas oopsss..!! Tak rajin masak tuu boleh lah try masak guna rempah Tanjong.  Masakan ala Chef Liza gitu…. Chewah~

Kat mana nak beli rempah Tanjong ni?? Haaa…. Korang boleh cari Rempah Tanjong ni kat MYDIN dan D’Mart. Tunggu apa lagi…. pegi cepat beli….!! Macam pernah dengar tak ayat ni?? kengkonon ala iklan D’Herb Dato Aliff Hahaa . . . .

Esok-esok Nina nak try masak Kari Ikan  guna rempah Tanjong ni lak… Pasti ada kelainan dari rempah yang dah pernah Nina cuba. Nanti Nina share lagi ya..

Related posts:

Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Resepi Puding Yeo's Yeogurt bersama Cincau | Mudah dan berkhasiat

Spek Murah?! Cari William kat Kedai cermin mata viral EYE PRO VISION Sungei Wang

CARA BUANG ANGIN TANPA UBAT | SERBUK HALIA #1 PADU

Resepi Review HalalKari Ayamkari dagingKari IkanKurma Ayam Ala TANJONGRempah masakan yang sedapRempah Pilihan ChefRempah ratus sedapRempah TANJONGresepi mudahresipiSerbuk Kunyit

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (11)

  1. Rozita says:
    April 6, 2016 at 8:43 am

    menarik nina…bape harga satu tu?

    Reply
    1. Admin Comel says:
      April 6, 2016 at 1:22 pm

      Kak Ita,
      Paket kecik tu 80 sen
      250g rm4.50
      1kg rm16.00

      Murah kan…?? Kena try…

      Reply
  2. Fieza Sani says:
    April 6, 2016 at 8:46 am

    Boleh la cari rempah jenama Tanjong ni..nk try jugak sedap ke idok?

    Reply
    1. Admin Comel says:
      April 6, 2016 at 1:23 pm

      Fieza,
      sedap….!! Nina suka!

      Reply
  3. YB Shehan says:
    April 6, 2016 at 9:21 am

    mcm senang aje. yg malas masak pun boleh jd rajin ni. nak cr la kt Mydin

    Reply
    1. Admin Comel says:
      April 6, 2016 at 1:26 pm

      Shehan… Cuba Jangan tak Cuba….
      Masakan ala chef gitu… Hehehe

      Reply
  4. Lya Akif Imtiyaz says:
    April 6, 2016 at 10:31 am

    Wah masak kurma kak nina..lya lama dah tak buat masak kurma..blh cuba tempah kurma nanti..

    Reply
    1. Admin Comel says:
      April 6, 2016 at 1:27 pm

      Lya,
      Balik nanti masak Kurma tau…. Ngidam nanti. Hehee. . . .

      Reply
  5. sue izza says:
    April 11, 2016 at 3:00 pm

    kak nina masak apa pun sedap uwaaaa terliur suda

    Reply
  6. Sekolah Chef Koki says:
    September 16, 2016 at 5:03 pm

    Terima kasih info tentang ini sangat bermanfaat.
    Oiya sekedar info nih, bekerja sebagai chef atau koki di kapal pesiar berpenghasilan tinggi lho.. Bahkan bisa sekaligus keliling dunia dan itupun dibayar dengan gaji yang besar..
    Semoga website ini terus menyajikan info yang menarik dan bermanfaat bagi pengunjung dan pembaca.

    Reply
  7. Sekolah Kapal Pesiar says:
    September 19, 2016 at 12:43 pm

    Wow info yang sangat bermanfaat.
    Mungkin perlu diketahui, bekerja sebagai chef atau koki adalah pekerjaan yang mengasyikan.. Apalagi kalau bekerja sebagai chef di kapal pesiar, bisa sekaligus keliling dunia dan itupun dibayar dengan gaji yang besar..
    Semoga website ini terus menyajikan info yang menarik dan bermanfaat bagi pengunjung dan pembaca.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes