Happy weekend utk semua … ceria-ceriakan hujung minggu korang! Baru-baru nie Nina singgah sebentar kat dapur kak Azlita Masam Manis, teruja sungguh tengok Kak Azlita share Resipi lala Tam Plon. Haishhh . . . Tak boleh jadi ni. Tekak ni dah mengade-ngade teringin laa plak. HAhaaa
Kebetulan beberapa hari sebelum tu, Nina dok sembang-sembang ngan adik Nina nak masak Lala. Tapi masa tuu ingat nak masak Lala Masam Manis ajerr ….. tetiba nampak kat dapur kak Ita terus teruja nak terasa nak masak “Lala Tam Plon”… hehehe
Lala masak apa sedap ?
Dengar nama pun macam main Lat Tali Lat Tam Plon, camner la plak rasa Lala Tam Plon. Macam main-main ajer nama nyer kannn ???
Menurut Kak Ita sedapp rasa nyerr .. tu yang membuak-buak nak cuba gak .. Apalagi, Nina pun gi lah mencari Lala, nasib baik ada 🙂 Dah masak dan rasa nyerr?? Memang mavelosss !!
Jom tengok resipi nyerr
Resipi Lala Tam Plon Sedap Mudah
By : Dicda
sumber : Kak Azlita Masam Manis
Menurut Kak Ita : resepi ni tak de sukatan yg khas jadi agak2 aje lah ikut berapa banyak lala yg kita nak masak. Dari segi rasa biarlah ianya secukup rasa dan manis2 sikit.
Bahan Tumis (semua dihiris halus)
bawang besar
bawang putih
halia
Bahan Sos
sos tiram
sos pranem – Nina ganti sos plum masam
sos cili
sos tomato
cili boh – Nina tak guna pun sebab nak makan sekali ngan anak-anak, so tak mau pedas. (setakat pedas cili sos tu boleh lah utk derang)
Bahan Sampingan
tomato potong dadu
carrot hiris halus
cili hijau hiris halus
sedikit air
tepung jagung – di bancuh dgn sedikit air (Nina tak letak punn)
daun limau purut
Cara masak Resipi Lala Tam Plon
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sampai naik bau.
- Kemudian masukkan bahan sos untuk kuah. Masak hingga kuah mendidih.
- Masukkan sedikit air.
- Kemudian masukkan tomato, carrot, cili hijau dan lala.
- Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung dan perasakan garam dan gula, masak hingga mendidih.
- Tutup api hidang dan sedia dihidangkan dengan nasi panas
Selamat Lat Tali Lat Tam Plon …. hehehe . .
Amacam nampak sedap tak gambar kerang goreng berempah atas ni?
Ya rekemen korang cuba Resepi Kerang Goreng Berempah ni sebab resepi ni pun korang boleh gantikan dengan lala. Kombinasi sos dia memang uumphhh! Cuba tau . . .
Lala masak lemak hijau
Tapi kalau yang suka masakan berkuah, Nina rekemen korang masak Lala Masak Lemak Hijau
Ada Nina kongsikan sekali tips masak lemak sedap. Wajib letak daun teettt __________ lagi kick sedap kuahnya nanti! Apakah? Sila pi korek rahsia Resepi Nina Lala Masak Lemak Hijau
Selamat mencuba!
Enak sekali kelihatannya kerang nya kak Nina, jadi ingin makan seafood
salam kenal dari Indonesia, Bagus sekali artikel masakannya
Terliur nengokkk