As’salam buat semua …. SELAMAT PAGI !!
Pagi Isnin yang ceria :)) Jika terasa macam lemah longlai tuu, cepat2 segarkan pagi Isnin anda. Bukan apa, Isnin nie kan merupakan permulaan hari untuk setiap minggu. Jika dimulakan dengan ceria, harapnya mood ceria tu bertahan hingga penutup minggu 🙂
Semuanya bermula dari minda kita sendiri juga. Minded Setting !!
Payah lah nak dibantu jika permulaan hari dah mula maleh malas bertahta di minda dan meresap ke seluruh badan. Jawabnyer nanti minggu nie akan jadi “Pemalas”. Buat yang bekerja tuuu, jangan malas-malas keje yea ….. tak yah laaa set kat fikiran tu nak pegi klinik, pass tu “MC”. Rosak lah reputasi, prestasi kan, kan kannnn?? hehehe . .. .
Pagi2 lagi anak Nina yang sulung – Eillya dah request nak makan pasta. Nasib baik Eillya minta pasta 🙂 Ringkas, mudah & cepat disediakan. Layankan ajerrr …..
Buat yang pernah tengok entry sebelum nie, nie resipi ulang tayang ajer. Memang menu kegemaran family. Boleh dikatakan kerap kali enter frame. Hehehe …..
Anak-anak dan hubby suka, dan itu lah selera mereka, Nina turutkan ajer …
Anak-anak dan hubby suka, dan itu lah selera mereka, Nina turutkan ajer …
kalau terasa gambar nie sakit mata memandang, buat tak nampak jer laa yea… Maklumlah, snap time pepagi buta. Subuh pun baru nak bermula …. hehehe . . . .
Jom tengok resipi nyerr
Part-2 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye
Bahan-bahan
1 packet pasta
6 ulas bawang putih – diketuk & dicincang halus
1 helai daun Bay
1/2 kg udang besar *** terpulang banyak mana… Nina buh banyak2… hehhee ….
1 tin cendawan butang – hiris nipis-nipis
1 kotak susu segar (1 litre)
2 kiub pati ayam Knorr
6 sudu besar Quaker Oats
Bahan hiasan
lada hitam – tumbuk2 halus
bawang goreng
daun pudina
daun bawang
Cara-cara
Part-2 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye
Bahan-bahan
1 packet pasta
6 ulas bawang putih – diketuk & dicincang halus
1 helai daun Bay
1/2 kg udang besar *** terpulang banyak mana… Nina buh banyak2… hehhee ….
1 tin cendawan butang – hiris nipis-nipis
1 kotak susu segar (1 litre)
2 kiub pati ayam Knorr
6 sudu besar Quaker Oats
Bahan hiasan
lada hitam – tumbuk2 halus
bawang goreng
daun pudina
daun bawang
Cara-cara
- Masukkan pasta dalam periuk bersama garam & sedikit Olive oil. Masak sehingga masak …. kemudian tos & ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Ketepikan.
- Gunakan minyak lebihan goreng udang, tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan daun bay, cendawan butang. Kacau rata hingga cendawan masak
- Masukkan air sedikit bersama kiub pati ayam Knorr
- Masukkan susu segar. Masak hingga mendidih.
- Masukkan Quaker Oats masak hingga kembang untuk pekatkan kuah. Kepekatan kuah bergantung pada individu.
- Masukkan udang yang telah digoreng separuh masak tadi. Kacau rata
- Tuangkan pasta ke dalam mangkuk, sendukkan kuah Carbonara, sedia dihidangkan
- Sedap makan bersama Lada Hitam, bawang goreng, daun bawang, daun pudina untuk hiasan.
Selamat mencuba …. menu berkhasiat !!