Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tempat Makan Menarik Sedap Malaysia Murah Wajib Terjah Rasa Murah
August 25, 2020October 5, 2023

10 TEMPAT MAKAN SEDAP MENARIK WAJIB CUBA DI MALAYSIA

Korang suka makan apa? Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, Laksa , Satay, Mee Bandung Muar, Nasi Minyak,… banyak sangat menu yang sedap-sedap kann? Okies, jom tengok kat mana Tempat Makan Sedap Malaysia . Semua ni Nina sendiri dah rasa dan rasa dia superb! 

Isi Kandungan hide
1 10 Tempat Makan Sedap Menarik Wajib Terjah Di Malaysia
2 1. Nasi Lemak RM1 Sedap di Seri Gombak, Selangor
3 2.- Gobang Maju Patin Tempoyak Temerloh, Pahang
4 3.- Nasi Bamboo / Nasi Buluh Sg Klah, Perak
5 4.- Satay Eddy Taman Ehsan Kepong – Ya ampun… Dagingnya lembut moist! Sedap
6 5.- Laksa Paling Sedap di KL Selangor
7 6.- Chinese Food Sedap wajib cuba di BLUE GINGER
8 7.- Nasi Kandar Vanggey Ipoh
9 8.- Asam Pedas Melaka
10 9.- Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson
11 10. Shell Out
11.1 Tempat Makan Sedap Malaysia
12 Related posts:

Makan? Ya, bila cerita tentang makan Nina memang suka! Malaysia terkenal dengan ‘Syurga Makanan’ . Ada pelbagai menu yang menarik sedap-sedap ada di Malaysia. Dari Utara Kedah nun sana sampai laaa ke Johor Selatan dan tidak ketinggalan Sabah dan Sarawak. Setiap negeri ada signature menu mereka yang tersendiri lagi unik. Beruntung nya kita ni dok kat Malaysia yang aman damai lagi sentosa. Setuju kannn?

Sebenarnya kannn tak kisah laaa kita ni berada kat ceruk negeri mana pun, Malaysian food ni ada kat serata negeri. Paling beruntung buat yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur. Segala toknenek menu pun hado! Malas mengade tak mau pegi kedai, order food delivery jer.. Senang lagi memudahkan. Tadaaaa … Sekejapan muncul depan pintu rumah!

Tempat Makan Sedap Malaysia Murah Wajib Terjah Rasa Murah

10 Tempat Makan Sedap Menarik Wajib Terjah Di Malaysia 

Tapi buat yang rajin Jalan Jalan Cari Makan, Nina share kan kat korang antara 10 Tempat Makan Menarik Di Malaysia terchinta ini yang wajib korang terjah dan rasa sendiri kesedapannya.

1. Nasi Lemak RM1 Sedap di Seri Gombak, Selangor

Kat mana Nasi Lemak RM1 Singgit Sedap KL Selango

Buat pencinta Nasi Lemak, opkos Nasi Lemak antara menu terhangat dipasaran. Di makan tak kira waktu samada pagi, tengahhari, petang mahupun malam. Bukan tu aje, tengah malam (supper) pun masih ramai dok cari Nasi Lemak kannn?

Nina cadangkan korang pi rasa sendiri Nasi Lemak RM1 Shah Rizan ni. Ya RM1 jer… Ada jugak ayam goreng RM1 untuk tambahan makan sama NAsi Lemak RM1. Sambal dia sedap beb . . .

Kat mana Nasi Lemak RM1 Singgit Sedap KL Selangor
Kat mana Nasi Lemak RM1 Singgit Sedap KL Selangor

Dia niaga kat lori Food Truck jer depan Pasar Pagi Seri Gombak. Korang kena datang awal sebab cepat habis.  Kalau korang nak buat kenduri ker, sesuai laaa order buat juadah. Simple murah tapi sedap! 

 

2.- Gobang Maju Patin Tempoyak Temerloh, Pahang

Buffet Ramadhan 2017 Halaman Haji Saad Seri Pacific Hotel

Tak tau nak kata, asal sebut ikan patin cukup sinonim dengan Masak Tempoyak. Asal sebut masak tempoyak jer terus ingat Temerloh. Kat sini memang dah terkenal dengan Ikan Patin Masak Tempoyak dia. Harga amat berpatutan, don’t worry tak mencekik tekak pun.. Sedap pun sedap, makan sini pun selesa.

Selalunya bila dah makan sini, Nina pasti akan tapau bawak balik rumah. Masuk fridge, besok panaskan makan panas-panas sama nasi panas. Kuahnya lebih meresap dalam ikan. Pergghhhh… Padu rasa dia!
Selain Temerloh, ketahui Tempat Menarik Di Maran , Pahang. Alang-alang dah sampai Pahang, singgah lah pi Maran. 

3.- Nasi Bamboo / Nasi Buluh Sg Klah, Perak

Nasi Bamboo Sg Klah

Ate kome ke Perak dari KL wajib singgah makan kat sini. Keistimewaan nasi dalam buluh memang membuka selera. Bahaya sungguh! Punah my diet you.. Pekena pula dengan lauk daging atau ayam bakar dia. Restoran besar, luas, tersusun. Selesa! Harga pun berpatutan.. Paling Nina suka toilet dia bersih!

4.- Satay Eddy Taman Ehsan Kepong – Ya ampun… Dagingnya lembut moist! Sedap

Kalau citer bab satay confirm ramai dok sebut Satay Kajang kannn? Tak dinafikan Satay Kajang sedap. Selalunya Nina beli bungkus di cawangan Taman Melati.

Tapi kalau ikut selera tekak Nina, rekemen korang cuba rasai dan nikmati sendiri Satay Eddy yang terletak di Taman Ehsan Kepong. Alaa… Tentu ada dok bisik-bisik, celah mana laaa Taman Ehsan ni? Tak susah pun, korang waze jer! Kenapa satay Eddy ni sedap?

Korang jangan lupa order satay daging dia. Lembut moist dan di grill masak dengan sempurna! Daging ayam pun sedap. Kuah kacangnya yang pekat menambah selera. Sila order lebih risau tengah sedap makan, nak order lagi jenuh menunggu. Selalu ramai sini..!!

 

5.- Laksa Paling Sedap di KL Selangor

Laksa Paling Sedap KL Selangor

Tengok jangan tak tengok! Nampak sedap kannnn? Kuah nya yang pekat, banyak isi ikan, tambah lak petis, kuahnya pedas tak pedas sangat, sedang elok tahap kepedasannya sampai licin mangkuknya ku hirup. Hadoi . . . Serius recommended!

Laksa Paling Sedap KL Selangor

kat sini selain Laksa sedap, ada perlbagai menu lain jugak seperti Mee Rebus, Rojak Pasembor, Mee Sup, Soto. So far semua sedap. Harga memang murah! Kedai dia gerai tepi jalan jer… Please pegi rasa dan nikmati sendiri! 

6.- Chinese Food Sedap wajib cuba di BLUE GINGER

Chinese Muslim Food Style Sedap Best kat BLUE GINGER RESTORAN Taman Puncak Jalil
Pas snap gambar aje, Nina rasa dulu sarangnya. Ok, Lulus! Sedap..!!  Menepati selera cerewet Nina 🙂

Buat yang suka menu Chinese food style, rekemen korang pi makan di Blue Ginger Restoran yang terletak di Seri Kembangan Selangor. Dah beberapa restoran masakan cina muslim lain Nina dah pegi, Blue Ginger jugak yang menjadi pilihan di hati.

So far restoran ini kena laaa dengan tekak cerewet dan menu menu yang dihidangkan menepati citarasa Nina sekeluarga. Paling sedap Sotong Salted Egg dia. Should try!

REstoran Chinese Muslim Sedap BLUE GINGER

Restoran minimlis, simple, kemas. Tak perlu deco serabut hipster bagai. Ada cermin besar transparent, korang boleh nampak chef masak kat dapur. Restoran ini juga dapat A untuk kebersihan.
Harga juga amat berpatutan, serius bukan harga kayangan. Datang nak makan, so feel the food!

 

7.- Nasi Kandar Vanggey Ipoh

Tempat Makan Sedap Ipoh Nasi Vanggey Green

 

Kalau ke Ipoh, memang wajib pekena Nasi Kandar Vanggey. Tak tau camner nak citer kombinasi kuah-kuah campur dia memang padu! Nak lagi dengan Ayam Goreng Berempah atau Ayam Kicap Berempah.

Buat yang dok KL, Nina cadangkan korang pekena di Ibrahim Syah Nasi Kandar yan terletak di Jalan TAR. Tak payah pi jauh-jauh, korang should try!
Atau korang berdesup ke Penang sebab di sini lah Syurga Nasi Kandar . Takde sapa berani menafikannya!

8.- Asam Pedas Melaka

Buffet Ramadhan 2020 NORANOM Catering Asam Pedas Sedap

Ahaa… Melaka memang terkenal dengan asam pedas dia. Tak sah kalau dah sampai Melaka tapi tak makan Asam Pedas. Menurut Fir, katanya Asam Pedas sedap kawwww di Restoran Man Asam Pedas Jalan Jalan Cari Makan – Asam Pedas Sedap Melaka di Restoran Man Asam Pedas . 

Tapi Nina paling suka Asam Pedas Claypot Dahliea. Kat sini lebih rasa berbaloi sebab ada pelbagai menu lain yang sedap jugak. Ada masak lemak cili padi telur itik! Perghhh… Korang patut cuba dua kombinasi ini. Dok repeat makan sini kalau cuti-cuti Malaysia ke Melaka Bandar Bersejarah. 

 

9.-  Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson

Tempat Makan Sedap Murah Nasi Ayam Bakar Station Port Dickson

Yang ni Nina suka! Serius tak sangka sedap dan lokasinya tepi jalan Batu 11 selepas Pusat Riadah Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Ayam nya di bakar tapi cukup moist isi dalam nya. Menu yang simple gini memang membuka selera tatkala bercuti ke Port Dickson.

 

Nasi Ayam Bakar Station
Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson
Operation hours 11:30am – 4:30pm
Isnin – tutup

10. Shell Out

SHELL OUT Sedap Syiok

Ramai yang suka makan seafood kannn? Cukup femes makan lambak  atas meja ala shell out gitu.  Kalau suka konsep gini, korang wajib cuba makan di Shell Out yang terletak di Pandan Jaya.

Seafood yang fresh, kuah pun sedap! Restoran yang selesa dan harga amat berpatutan. Nak datang sini, korang Waze jer  gerenti jumpa

 

Tempat Makan Sedap Malaysia

Sememangnya Malaysia kaya dengan makanan yang sedap-sedap dan pelbagai pilihan.  Dan .. Sekarang ni nak makan sedap tak susah pun..

Semuanya dah mudah tuk korang temui dan lagi memudahkan cara korang boleh jer order food delivery! Mudah sangat. Terus ke depan pintu rumah korang  tak kira di mana pun korang berada.. Semuanya di hujung jari semestinya dengan Order Food   dari Foodpanda Delivery  .

So, kat mana tempat makan menarik yang paling korang suka?
Meh share ngan Nina . . . Manalah tahu , boleh laaa Nina pi terjah dan rasa sendiri kesedapannya.. 
Ppssttt  > > > > Artikel ini berdasarkan pengalaman peribadi Nina. Ikut selera tekak Nina dah pernah rasa. So ianya subjektif dan terpulang pada citarasa setiap individu itu berbeza. Chillx yaaa! 

Tempat Makan Sedap Malaysia

 

Related posts:

Mee Kuah Tomato
Anak Rabun Silau? Cermin Mata Untuk Eilman
KRIM MALAM TERBAIK USIA 40 | Penting ke Krim Malam? Alaaa.. Nina pakai ni jer
Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan
Lifestyle Review Tips Travel 10 TEMPAT MAKAN SEDAP MENARIK WAJIB CUBA DI MALAYSIABLUE GINGER RESTORANFood PandaGobang Maju Patin TempoyakIkan Patin TempoyakInfo - Food Reviewkat mana makan sedapKedai Asam Pedas Sedap MelakaKedai laksa near meLaksa SedapMakan Sedapnasi ayam sedapNasi BambooNasi Bamboo Sg KlahNasi KandarNasi Lemak sedapNasi VanggeyOrder FoodRestoran Chinese Muslim Sedapsatay sedapSHELL OUT

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (25)

  1. Ana Suhana says:
    August 26, 2020 at 10:52 am

    Sedapnya makanan2 tu semua kak. Mujur ada FP sekarang kan. Order je boleh sampai depan rumah terus.

    Reply
  2. Julia Johari says:
    August 26, 2020 at 10:56 am

    Bagusnya!!! Kak nina tq tau. Kdg² pening weekend nak jln nak makan kt mana sini semua ada haaa yeyy

    Reply
  3. Nadia johari says:
    August 26, 2020 at 10:57 am

    Sedap sangat semua.. Senang bila ade foodpanda.. Delivery depn rumah je

    Reply
  4. ciktom says:
    August 26, 2020 at 11:02 am

    wah semuanya sedappp..paling terliur shellout tu..hihi..blh order guna foodpanda jelah camni..senang..malas nak keluar..

    Reply
  5. Hafiza Aizzawa says:
    August 26, 2020 at 11:03 am

    Banyak tempat kita tahu tapi asal nak singgah mmg ramai org.. teringin nk mkn kat nasi bamboo tu..

    Reply
  6. Mama Kembar Tiga says:
    August 26, 2020 at 11:14 am

    Ritu baru dok sebut kat hubby i…dah lama tak makan satay.. teringinnyaaa

    Reply
  7. Firzz Radzi says:
    August 26, 2020 at 11:26 am

    Nasi vanggey tu…

    Reply
  8. ATIE ZIEYA says:
    August 26, 2020 at 11:53 am

    alamak, kena takde Penang punya tersenarai? huhuhu… klu tak boleh cubaaa

    Reply
  9. Pamela Yeoh says:
    August 26, 2020 at 4:57 pm

    w0w nice. i am loving all these food. the picture is so nice and beautiful

    Reply
  10. cxopportunities says:
    August 26, 2020 at 7:55 pm

    Alarh kak nina. Kenapa sedap² belaka semuanyaaa? Terliur cx tengok haaa. Menarik belaka

    Reply
  11. Rane Chin says:
    August 27, 2020 at 9:55 am

    wow hanya RM1 untuk nasi lemak sedap! Nak try la since I am near to Seri Gombak. TQ for the info

    Reply
  12. Ayu Rafikah says:
    August 27, 2020 at 11:52 am

    Naai kandar tu.merecik abis. Mmg sedap esp kalau kuah dia dilambakkan macam tu

    Reply
  13. sueizza says:
    August 27, 2020 at 12:22 pm

    arrrrr stress lagiiiii,makanan lagiiiii hahahha

    Reply
  14. SalinaJohari says:
    August 27, 2020 at 2:50 pm

    Nampak semua sedap . Harga pun berpatutan. Tq Kak Nina untuk info…senang Sal nak refer. Tengok time lapar ni lain macam rasa..hehehe

    Reply
  15. ZHARIF AZIS says:
    August 27, 2020 at 3:12 pm

    dalam banyak2 tempat yang disenaraikan, cuma 3 tempat je dah pernah pergi. nampaknya kena explore lagi nie. banyak tempat2 sedap x cuba lagi

    Reply
  16. Fas says:
    August 27, 2020 at 5:21 pm

    Banyak gak tempat yh ditulis ni kak belum sampai… yg nasi lemak RM1 tu menarik…mudah ke nak cari?

    Reply
  17. ienaeliena says:
    August 29, 2020 at 10:08 am

    hhehe menarik ni nanti nak pergi la..so far ke sepuluh puluh tempat iena tak pernah pergi lagi..nanti nak cuba betul tak sedap hehe

    Reply
  18. Ai says:
    September 2, 2020 at 2:45 pm

    Semua tak pernah cuba lagi. Boleh buat food hunting.

    Reply
  19. Travel bags says:
    September 18, 2020 at 2:29 am

    very beautiful blog and attractive must thanks for share.

    Reply
  20. Zulikha Panova says:
    October 7, 2021 at 2:06 pm

    Very Awesome tip & points and Help full blog. It really helps me.

    Reply
  21. Pulkit Nagar says:
    November 1, 2021 at 12:10 am

    Awesome Tips. i read this post many times.. it’s really amazing

    Reply
  22. Pingback: Kat Mana Char Kuey Teow Sedap Penang - Nina Mirza
  23. Pingback: BUFFET RAMADHAN 2023 SELANGOR : SELERA NUSANTARA CATERING RM88 TERBAIK -
  24. conveyor belt manufacturers says:
    March 28, 2023 at 4:22 am

    Thanks for always sharing here an informative article. Great one!

    Reply
  25. edison criminal attorney says:
    April 2, 2023 at 2:02 am

    Thanks for sharing this great article

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes