Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN
August 26, 2020March 26, 2023

Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN watak Autism lakonan hebat Mira Filzah

Setelah tamatnya drama hebat lakonan Lisa Surihani  dan Farid Kamil dalam Drama Pelindung Seorang Puteri , kini seterusnya drama Bidadari Kiriman Tuhan Slot MegaDrama dihiasi dengan konflik Autism, ikatan rapat antara kembar seiras lakonan hebat Mira Filzah membawa dua watak bergandingan dengan Zul Ariffin. Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN. 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN
2 Apa ending Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN
2.1 Barisan WATAK PELAKON
3 Related posts:
4 KEDAI SPEK MATA MURAH VIRAL TIKTOK SERVIS 5 STAR
5 Breakout di NU Sentral - best! Mendebarkan lagi mencabar minda !!
6 Sedap seyhhh Menu Baru Ayam Kampong kat DAPUR PENYET
7 Kari Kepala Ikan Kerapu.... jangan dok merapu sudaa lah yea... hehehe

Drama ini penuh dengan mainan emosi, antara pengorbanan, kebahagiaan yang terpaksa di harungi oleh Manis dan Manja. Sesekali mungkin kita terlupa, insan istimewa juga ingin rasa sayang seperti insan normal yang lain. Tapi adakah mereka layak punya  rasa itu?

Dan adakah insan normal terpaksa berkorban sentiasa sampai bila-bila, terpaksa mengetepikan kebahagiaan sendiri hanya buat mereka – insan  istimewa?

 

Sinopsis Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

 

Sinopsis Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

Mengisahkan tentang sepasang kembar seiras yang berusia 25 tahun. Manis Sihaila iaitu seorang guru tadika dikampungnya dan kembar seirasnya Manja Suhana seorang austism yang istimewa.

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis. Walaupun Manja berperangai keanak-anakan, Manis tidak pernah rasa terbeban melayan kerenah Manja.

Watak Manis dan Manja di lakonkan oleh Mira Filzah. Satu cabaran buat Mira Filzah bila melakonkan watak kembar seiras yang punya 2 watak yang jauh berbeza.

Hubungan Manis dan Manja sangat rapat tapi sesuatu terjadi telah merubah segalanya. Disaat hati Manis telah mula  terpaut dengan seorang guru sekolah rendah bernama Cikgu Yusuf lakonan Zul Ariffin dan akibatnya hubungan keakraban antara Manis dan Manja mula tergugat.

 

Sinopsis Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

 

Manis dan Yusuf merancang melangsungkan pernikahan. Suria yang tergila-gilakan Yusuf menghasut Manja untuk menghalang perkahwinan mereka. Manja memaksa Manis untuk memilih antara dia dan Yusuf.

Dalam waktu yang sama, ibu Ikram  lakonan Fauziah Nawi begitu tertarik dengan Manis dan ingin sekali menjodohkan Manis dengan anaknya Ikram (Adlin Aman Ramlie).

Apa ending Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

Bagaimana akhirnya hubungan Manis dan Cikgu Yusuf, dapat mereka bersatu?
Mampu kah Manja menerima keputusan Manis?
Adakah Cikgu Yusuf mengotakan janjinya tidak akan memisahkan Manis dan Manja?
Adakah Manis menerima lamaran ibu Ikram?
Perlukan Manis korbankan hati dan perasaannya serta masa depan kebahagiannya hanya untuk turutkan kerenah Manja?

 

Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan Mira Filzah dan Zul Ariffin. Drama terbitan Opera Klasik Sdn Bhd, arahan Rashid Sibir. Ditayangkan bermula 25 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

 

Sinopsis Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

 

JUDUL : BIDADARI KIRIMAN TUHAN
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malm
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Zul Ariffin, Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Maisara Sufia, Ruzaidi Abd Rahman

 

Barisan WATAK PELAKON

Mira Filzah sebagai Cikgu Manis / Manja
Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
Adlin Aman Ramlie sebagai Ikram
Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah
Zarina Zainuddin sebagai Maria
Maisara Sufia sebagai Suria

 

Naskah Drama Bidadari Kiriman Tuhan ini mengupas isu pergolakan emosi seorang autism yang juga inginkan kebahagian, rasa dicintai disayangi dan pada masa yang sama memberi pendedahan pada kita tentang ikatan kekeluargaan yang utuh. Banyak hati yang perlu dikorbankan dan kebahagian tiada indahnya andai ada hati yang terluka.

 

Sinopsis Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

Bahagia hilang bila hati penuh sangsi – Manis Suhaila

Tak dinafikan kesemua para pelakon memainkan watak mereka dengan cukup hebat terutamanya Zarina Zainuddin sebagai ibu Manis dan Manja yang terpaksa mengharungi cabaran membesarkan Manja seorang anak Autism. Bagaimana menangani emosi anak Autism yang tidak dijangka tindakannya.

Betapa tulusnya kasih sayang seorang kakak yang amat tabah, tidak pernah sesekali terasa bebanan melayan kerenah adik kembarnya yang istimewa. Serius touching! Rasa nak pelok-pelok jer Manja saat dia mula rasa takut akan kehilangan kakaknya.

Cer tonton video ni, best kannnn?

Related posts:

KEDAI SPEK MATA MURAH VIRAL TIKTOK SERVIS 5 STAR

Breakout di NU Sentral - best! Mendebarkan lagi mencabar minda !!

Sedap seyhhh Menu Baru Ayam Kampong kat DAPUR PENYET

Kari Kepala Ikan Kerapu.... jangan dok merapu sudaa lah yea... hehehe

Drama Movie Lifestyle Review INFO DRAMA TERKINIMegaDrama Astro RiaSinopsisSinopsis DramaZarina ZainuddinZul Ariffin

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Nadia johari says:
    August 28, 2020 at 10:18 pm

    best ceriat ni ..nad pun layan

    Reply
  2. Joe Labu says:
    September 1, 2020 at 9:23 pm

    lakonan yang mantap dari mira filzah

    Reply
  3. Marshaliza says:
    September 2, 2020 at 12:30 pm

    Best sinopsis dia ni. Laa baru tahu…nak follow lah cerita ni

    Reply
  4. Ai says:
    September 3, 2020 at 9:44 am

    Nak tengok. Tapi macam biasa nanti marathon je.

    Reply
  5. Roadrunner says:
    October 6, 2020 at 1:44 pm

    Really appreciate this wonderful post that you have provided for us. I assure this would be beneficial for most of the people. I’m going to highly recommend this web site!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes