Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Grilled Butter Chicken TCRS
November 18, 2019November 18, 2019

Perghhhh… Sedap seyhh..!! Pi laaa rasa GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS

Sapa suka nasi ayam?
Nasi Ayam merupakan menu pilihan semua peringkat usia kannn. Tapi paling ketara nasi ayam amat sinonim dengan anak-anak. Tak tahu laaa kenapa, selalunya tiap kali keluar jengjalan ngan anak-anak pastinya menu pilihan derang adalah nasi ayam. Dan malas nak fikir sampai kecamuk, tempat makan pilihan Nina seisi keluarga pastinya The Chicken Rice Shop

Isi Kandungan hide
1 Grilled Butter Chicken TCRS menggiurkan! Sedap beb…
2 The Chicken Rice Shop Restoran Pilihan Seisi Keluarga
3 Sampai bila ada Grilled Butter Chicken ni?
4 The Chicken Rice Shop
5 Harga Grilled Butter Chicken TCRS
5.1 RM21.90 Set A Grilled Butter Chicken Pak Choy with Oyster Sause (small) Semangkuk Nasi Sup harian
5.2 RM49.90 Set B (2 pax) RM88.90 Set C (4 pax) RM18.90 Ala carte
5.3 Memana order Grilled Butter Chicken boleh Add-On Tropical Layer Tea RM4.50 jer…
5.4 The Chicken Rice Shop , bukan sekadar nasi ayam! Tepat sekali…
6 Related posts:
7 Yeayyy... !! Nina dah reti makeup! Cantik tak? Inspire Makeup Class by MUA Mak Andam Kiri
8 Salam Ramadhan 1433/2012
9 Resipi Crepe Durian Sedap dan Dot Dot Dot. Ahaks! Bak nama filem laaa plak
10 Kini Makanan Itali Hanya Di Hujung Jari

Semalam bawak anak-anak jengjalan, masa nak order makanan kat The Chicken Rice Shop (TCRS) nampak menu meletop hangat lagi menggiurkan depa – Grilled Butter Chicken kembali lagi…!!

Apalagi… Memang tak akan lepaskan peluang keemasan ini. Grilled Butter Chicken ni bukan menu tetap yang sentiasa ada dalam menu, ni edisi terhad..!! Rugi laaa tak pekena kannn…? Dulu tak sempat so kali ni tak mo kecewa lagi.

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS

Grilled Butter Chicken TCRS menggiurkan! Sedap beb…

Tengok gambar kat menu memang eerrmmm…. Gulp! Bikin telan air liur dibuatnya.

Servis yang cukup memuaskan hati, sekejap dah sampai menu yang Nina order. Bagus! Keep it up..

Tadaaa…

Grilled Butter Chicken TCRS


Perghhhhh..!! Tengok Nina punya. Kuah butter keemasan yang melimpah ruah atas ayam grilled ni memukau buat daku terkesima! Tak kedekut! Lebih menggiurkan dari gambar kat menu.!! Sampai tak nampak dah ayamnya kannn?  Terbaik laaaa

Terus sisipkan sudu rasa dulu curahan kuah keemasan yang melimpah ruah atas ayam ni. Aduyai… Sedapnya! Nak ambik lagi sekali Geng sound.

“Mmmm… Tak nak ambik gambar dulu ker?”

“Eh ehh.. Sapa yang blogger ni? ” HAhaha..

Geng dan anak-anak dah sedia maklum, memang kami biasa akan snap beberapa keping gambar dulu sebelum makan. Bukan apa, yang sedap bagus biasanya Nina akan sharekan kat blog dan media social.

The Chicken Rice Shop Restoran Pilihan Seisi Keluarga

Nasi Ayam The Chicken Rice Shop dah memang win! Rasa nasi dia yang lembut, berasa, favorite anak-anak. Match lak dengan sup dia. Laju depa makan..

Bila adanya Grilled Butter Chicken ni lagi power. Sejujurnya Nina suka rasa kuah butter dia. Cukup rasa butter, creamy nya, pedas-pedas cili padi, rasa daun kari dia yamg beraroma!

Dan lagi… Jangan lupa tau, sampai jer menu ni korang rasa daun kari yang terhias cantik atas kuahnya. Nina dok ratah saja. Sedap. Rangup!

Ayam grilled usah citer. Peha ayam tanpa tulang yang di grilled sempurna. Isi ayamnya lembut moist cukup menyelerakan.

Grilled Butter Chicken TCRS

Nina order Set Meal A dihidangkan sekali bersama sayur Pak Choy with Oyster Sause, sup dan nasi. Pastu Nina order nasi tambah.

Sampai bila ada Grilled Butter Chicken ni?

Sebab ianya dulu dah trending, popular diterima ramai maka Menu Edisi Terhad Grilled Butter Butter ni kembali lagi…!!

Ia bermula November ni sampai Januari 2020. Cepat pi tau, bukan apa lambat-lambat nanti terus lupa cam Nina dulu tak sempat rasa. Nasib baik tak mengidam. HAhaa

The Chicken Rice Shop

Menu yang diilhamkan oleh resipi tradisional Hainanese dengan gabungan keaslian resipi Nyonya Pulau Pinang serta beberapa hidangan kegemaran tempatan Rakyat Malaysia.

The Chicken Rice Shop menjadikan ia sebuah restoran terkenal dan Halal serta menawarkan makanan yang sedap, enak dan menggiurkan malahan amat berbaloi untuk dinikmati. Terdapat 100 restoran The Chicken Rice Shop di seluruh Malaysia.

Grilled Butter Chicken TCRS

“Menu terbaik dari TCRS walaupun dengan seketul butter ”
Jun Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd

“Orang ramai kini menjalani kehidupan yang pantas berlalu dengan masa yang singkat untuk menikmati hidangan yang enak. Matlamat kami adalah untuk memberikan mereka untuk masa untuk berehat walaupun hanya untuk seketika dengan menikmati kehidupan yang lebih baik walaupun dengan seketul mentega, “kata Jun.

“Kami ingin memberikan pengalaman makan yang terbaik buat para pelanggan kami, oleh itu kami menawarkan makanan menggiurkan dan berbaloi dengan wang ringgit. Grilled Butter Chicken kami tidak terkecuali kerana kami telah menyiapkan resipi untuk memastikan pelanggan menikmati hidangan kegemaran mereka.”

Tekad dengan menggunakan tagline ‘Chicken Rice… and More,’ Jun mengesahkan bahawa mereka akan terus meningkatkan hidangan ruji nasi ayam mereka serta menyediakan para pelanggan dengan rasa makanan yang berkualiti diiringi hidangan tempatan yang lain untuk menghubungkan citarasa penduduk setempat.

Harga Set Menu GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS

Harga Grilled Butter Chicken TCRS

RM21.90 Set A
Grilled Butter Chicken
Pak Choy with Oyster Sause (small)
Semangkuk Nasi
Sup harian
RM49.90 Set B (2 pax)
RM88.90 Set C (4 pax)
RM18.90 Ala carte
Memana order Grilled Butter Chicken boleh Add-On Tropical Layer Tea RM4.50 jer…

Grilled Butter Chicken TCRS Ala Carte RM18.90

Amacam menarik kannn? Nina siap beli extra ala carte bawak balik! Tamak. Huhuu . . . Tak cukup puas makan kat restoran. HAhaa . . .

Korang nak tahu lebih lanjut, pi mentelaah kat

Facebook : https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
Instagram : https://www.instagram.com/thechickenriceshop
Web : http://www.thechickenriceshop.com

The Chicken Rice Shop , bukan sekadar nasi ayam! Tepat sekali…

Related posts:

Yeayyy... !! Nina dah reti makeup! Cantik tak? Inspire Makeup Class by MUA Mak Andam Kiri

Salam Ramadhan 1433/2012

Resipi Crepe Durian Sedap dan Dot Dot Dot. Ahaks! Bak nama filem laaa plak

Kini Makanan Itali Hanya Di Hujung Jari

Lifestyle Review Grilled Butter Chickenmakan best KLmakan mana bestPromosi makanTCRStempat makan besttempat makan sedapThe Chicken Rice Shop

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (26)

  1. YB Shehan says:
    November 19, 2019 at 8:19 am

    adoi.. terliur plak tgk. nak p makan laa..

    Reply
  2. Munirah Izzan says:
    November 19, 2019 at 9:11 am

    Hari tu nak singgah tapi penuh pulak. Next time boleh try ni

    Reply
  3. Marina says:
    November 19, 2019 at 9:19 am

    Nak ajak husband la gi Chicken rice shop. Selalu jugak makan sini. Nasi ayam dia sedap

    Reply
  4. Yaya Azura says:
    November 19, 2019 at 9:27 am

    Wah..ada grilled butter chicken! kena cuba ni..nampak menyelerakan. Nasib baik The Chicken Rice Shop tak jauh mana. Boleh bawa family gi makan.

    Reply
  5. Ai says:
    November 19, 2019 at 9:30 am

    Ai suka nasi ayam! Hahaha lapau baca pepagi..

    Reply
  6. Haida says:
    November 19, 2019 at 10:44 am

    Waduhhh.. nk lunch nasi ayamlah macam ni… Buttermilk tu terbayang dah dlm mulut ni

    Reply
  7. Min says:
    November 19, 2019 at 11:10 am

    Memang sedap kak.. kte pun dah try smlm dah la portion dia besar so mmg makan knyang sangat laaa

    Reply
  8. Alin says:
    November 19, 2019 at 12:02 pm

    Sedapnyaaaa. Tak sabar nak pergi makan menu ni. Memang suka sgt dkt butter chicken

    Reply
  9. Yaya Natsumi says:
    November 19, 2019 at 5:42 pm

    Yaya dah try makan semalam memang puas hati! Buttermilk dia sangat sedap dan just nice je dengan rasa yang seimbang. Lagi umphh minum dengan teh o laici di the chicken rice shop ni. 10 bintang terus hihi

    Reply
  10. Faries says:
    November 19, 2019 at 8:02 pm

    Ayooo meleleh air liuq tegok buttermilk ni. Nak kena try ni. Macam best..

    Reply
  11. Mama Kembar Tiga says:
    November 19, 2019 at 8:32 pm

    Yayyy leh pi makan nnt, sedap tuuu

    Reply
  12. Zharif Azis says:
    November 19, 2019 at 11:10 pm

    wahhhh memang nampak sedap betul promosi terbaru TCRS nie ya. nampak menyelerakan sungguh. nie yang buat rasa nak pergi makan nie. haritu tengok ramai betul yg beratur

    Reply
  13. Mohamad Khairil Bin Hassan says:
    November 19, 2019 at 11:38 pm

    Tak boleh jadi ni, saya memang peminat tegar butter chicken, nak kena singgah TCRS la lepas ni. Terima kasih share ya 🙂

    Reply
  14. airah syahirah says:
    November 20, 2019 at 2:06 am

    Dah lama rasanya tak makan chicken rice shop ni. Tengok grilled butter chicken terus rasa nak pergi esok

    Reply
  15. Julia Mahir says:
    November 20, 2019 at 8:01 am

    TCRS ni mmg fave si anak dara. Ada pulak grilled butter chicken ni fave mak pulak, mmg memanggil-manggil betul. Hehehe

    Reply
  16. Mat Drat says:
    November 20, 2019 at 8:30 am

    Meleleh lihat Grilled Chicken Butter ni, rasa nak try je. Memang nampak sedap dan menyelerakan.

    Reply
  17. aidasue says:
    November 20, 2019 at 11:18 am

    My favourite restaurant sebab nasi dia pun dah sedap! Thanks share menu baru ni nnt kitorang nak try gak

    Reply
  18. Fadzil Ahmad says:
    November 20, 2019 at 11:46 am

    Wah. Betul2 lengkap review ni. Nice2. Terasa mcm. Nak ulang makan dkt tcrs ni. Byk tu promotion yg ada dkt sini. Berbaloi2

    Reply
  19. Cindy Tong says:
    November 21, 2019 at 11:33 pm

    Wooo the creammy butter look so tummy!! I want to try it this weekend!

    Reply
  20. mawardiyunus says:
    November 22, 2019 at 2:35 am

    Ramai kata sedap. pastu kawan2 kata kna cepat sebab banyak outlet asyik habis je. kita pun teringin jugak nak rasa

    Reply
  21. Veronica Chiao En says:
    November 22, 2019 at 11:49 pm

    Belum try ni! Tapi Veronica juga sangat suka The Chicken Rice shop! Especially yang Pai Tee tu! Nak visit dgn anak & bf ni! Thanks for sharing this yummy post!

    Reply
  22. mekyunie says:
    November 23, 2019 at 1:39 pm

    arr rasa nak pergi jugak lah lunch esok dengan kawan kawan. kalau sempat boleh bawa anak anak juga weekend depan. bestnya !

    Reply
  23. RAIHANAH AHMAD says:
    November 24, 2019 at 10:43 am

    menarik ni, cuti2 sekolah ni bolehlah nak cuba menu baru ni kan

    Reply
  24. Hawa Hassan says:
    November 25, 2019 at 8:23 am

    Bolehlah singgah nanti. Sedap tak boleh bawa bincang dah. Kena pergi makan jugak ni! Haha.

    Reply
  25. viaglass says:
    December 22, 2021 at 6:10 pm

    Amazing blog about cuisines and cutlery. The author has picked unique stuff for the blog.

    Reply
  26. mindnasium says:
    May 23, 2022 at 5:20 pm

    This is an excellent and extremely informative post for me. Thank you for all of your efforts in providing such valuable information!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes