Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

ZAKAT FAMILY LZS Kempen Baru Pembayaran Zakat Simpanan Keluarga
November 19, 2019November 20, 2019

Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?

Pentingnya Pengurusan Duit Simpanan Untuk Anak 

Isi Kandungan hide
1 Pentingnya Pengurusan Duit Simpanan Untuk Anak
2 Menabung amalan mulia
2.1 Sedarkah kita, dalam rezeki kita ni adanya rezeki untuk insan lain yang memerlukan?
3 Dah bayar Zakat ke belum?
4 Zakat@Family – Kempen terbaru Lembaga Zakat Selangor LZS
4.1 Pentingnya keberkatan dalam hidup berkeluarga
4.1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?
4.1.2 Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?
4.1.3 Apakah hukum melaksanakan tuntutan “ZAKAT@FAMILY” ?
5 Mencari keberkatan
6 Zakat@Family LZS
6.1 Contoh : Simpanan anak melebihi RM20K
7 PENGENALAN ZAKAT@FAMILY
8 OBJEKTIF KEMPEN ZAKAT@FAMILY
8.1 KAEDAH & TANGGUNGJAWAB
9 Related posts:
10 Sinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD Full Episod Akhir Tonton Online
11 BANGI WONDERLAND BEST! GATHERING CUTI SEKOLAH HAPPENING
12 Alhamdulillah.. TAHNIAH McDonald's ..!!
13 SCRUB MUKA KE TONYOH MUKA? INI TIPS CARA SCRUB MUKA YANG BETUL BAGUS TAHU

Ya, semua Mak Pak tentunya akan menekankan perlunya ada duit simpanan  terutama untuk anak-anak. Pelbagai cara diterapkan supaya anak-anak belajar menabung dan menyimpan untuk bekalan masa depan. Bagus! Belajar berjimat-cermat, tidak boros, bijak berbelanja. ZAKAT@FAMILY LZS

Menabung amalan mulia

Sememangnya menabung amalan mulia, mempersiapkan diri sendiri dan keluarga untuk masa depan. Tidak dinafikan sekarang ni dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, pastinya masing-masing berkejaran berlumba memenuhkan angka 0 0 0 dalam akaun bank seluruh ahli keluarga.  Kannn…??

Duit Simpanan Anak ZAKAT FAMILY LZS Kempen Baru Pembayaran Zakat Simpanan

Dengan alasan standard, nanti anak dah besar dah ada duit simpanan ni untuk dia, senang laaa dia… Nanti tak de laaa dia hidup merempat, nanti terbela laa nasib dia, nanti tak de laaa dia menyusahkan sesapa, nanti dah besar nak belajar dah ada duit, nanti nanti nanti nanti . . . .

Hurmmm . . .. Sejujurnya semua nanti tu ada betulnya. Tapi . . . 
korang baca sampai habis dulu eh

Tidak dinafikan bila berkisahkan duit ramai yang alpha. Bila kita hidup senang, serba serbi lengkap pasti akan tercuit nakkan lebih lagi kannn..?? Nauzubbillah . . .

ZAKAT SELANGOR KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

Sedarkah kita, dalam rezeki kita ni adanya rezeki untuk insan lain yang memerlukan?

Sesekali kita alpha. Duit yang ada terasa macam tak cukup jerr kann? Kenapa ehh? Duit banyak tapi hati tak tenang,ada jer yang tak kena. Tak rasa selamat dengan apa yang ada. Pernah rasa gini? Di mana silapnya?

Dah bayar Zakat ke belum?

Untuk mendapat keberkatan dalam hidup, mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang wajib kita buat. Telah tersurat dalam rezeki kita ni memang adanya rezeki untuk insan lain yang memerlukan.

Rezeki ajal maut semua dah tertulis. Duit yang banyak tu belum tentu memberi kebahagiaan dan jaminan hidup anak-anak kemudian hari malah mungkin akan membinasakan memporak-perandakan silatulrahim dan memakan diri. Moga dijauhkan musibah sebegini dari keluarga kita. . .

ZAKAT wajib rukun Islam

Ok, kita sedia maklum tentang Zakat Harta Pendapatan kannn? Tahu tak duit simpanan yang ada dalam akaun anak-anak kita yang berkepok-kepok tu perlu juga di zakatkan?

Pernah kah terfikir akan keberkatan duit simpanan kita tu..? 

Baca : Zakat Pendapatan yang wajib korang tahu

Zakat@Family – Kempen terbaru Lembaga Zakat Selangor LZS

Kita sedia maklum, berlandaskan rukun Islam menunaikan zakat adalah wajib. Ok, tentu korang tertanya-tanya apa kaitan duit simpanan dengan zakat kannn..??

Buat yang belum tahu, berbesar hati Nina kongsikan ngan korang.  Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyediakan satu inisiatif yang dinamakan Zakat@FAMILY. Kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat ini bertujuan melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah keluarga.

ZAKAT FAMILY LZS Kempen Baru Pembayaran Zakat Simpanan Keluarga

Bayaran Zakat Family ini boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sesebuah keluarga di Selangor. 

Macam rumit ehh? Tentu korang ada persoalan asas nak tahu berkenaan Zakat Family LZS ni..

Pentingnya keberkatan dalam hidup berkeluarga

Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?

Jawapan : Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.

Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?

Jawapan : Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim: 6)

Apakah hukum melaksanakan tuntutan “ZAKAT@FAMILY” ?

Jawapan : Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.

Mencari keberkatan

Berkat itu bermaksud kurnia atau rahmat Allah yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita. Ia berkaitan dengan kehidupan, oleh sebab itu hidup ini dan keberkatan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga juga. Untuk hidup bahagia, dipermudahkan segala urusan, sesebuah keluarga perlu mendapat keberkatan daripada Allah.

ZAKAT SELANGOR KEMPEN BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

Zakat@Family LZS

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengorak langkah dengan melaksanakan kempen Zakat@Family yang melibatkan ketua keluarga, penjaga atau wali di bawah tanggungan mereka.

Kempen ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran kepada pihak terlibat memastikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan mereka dilaksanakan dengan sebaiknya.

Di samping itu, langkah itu juga bagi memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta dimiliki dan bukannya kepada status usia atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

Contoh : Simpanan anak melebihi RM20K

Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai wang simpanan sebanyak RM20,000, mereka telah layak menunaikan zakat kerana telah melebihi nisab namun mungkin penjaga tidak tahu berkaitan hal ini, maka kewajipan berzakat kanak-kanak itu tidak selesai.

Oleh itu, penjaga perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaan mereka setelah mengetahui kelayakan dan jumlah pembayaran bagi setiap pihak terlibat.

PENGENALAN ZAKAT@FAMILY

ZAKAT FAMILY LZS Kempen Baru Pembayaran Zakat Simpanan Keluarga

“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka. Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.

OBJEKTIF KEMPEN ZAKAT@FAMILY

Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.

Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor. Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

KAEDAH & TANGGUNGJAWAB

Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
– Diri Sendiri
– Pasangan
– Tanggungan
– Individu Dibawah Jagaan

Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

– Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

– Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :

ZAKAT FAMILY LZS Kempen Baru Pembayaran Zakat Simpanan Keluarga

Relax, tenang… Syukur lah dah tahu. Pasni kita tidak lagi Dan semoga perkongsian Nina ni memberi manfaat buat semua dan rezeki kita semua mendapat keberkatan dari Yang Esa. Aamiin…

Kot korang masih musykil, ada yang tak jelas dan macam… Mmmm…. Jenis harta yang terlibat? Eerrkkk . . . Kiraan nya camner?  Hukum dah tentu wajib! Sebaiknya korang rujuk link dari Lembaga Zakat Selangor  ni..

Web : https://www.zakatselangor.com.my/kempenzakatfamily/

Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

 

Related posts:

Sinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD Full Episod Akhir Tonton Online

BANGI WONDERLAND BEST! GATHERING CUTI SEKOLAH HAPPENING

Alhamdulillah.. TAHNIAH McDonald's ..!!

SCRUB MUKA KE TONYOH MUKA? INI TIPS CARA SCRUB MUKA YANG BETUL BAGUS TAHU

Lifestyle Parenting Review Amalan MenabungKeberkatanKongsi RezekiLembaga Zakat SelangorLZSRezekiRukun ISLAMSimpanan Anak-anakTaksiran Bayaran ZakatZAKAT@FAMILY

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. Muhammad Naim Abdullah says:
    November 20, 2019 at 11:48 am

    Bayarlah zakat , kerana zakat persis air memberi rezeki yang kita kumpulkan. Dengan zakat di bayar boleh di salurkan kepada mereka memerlukan.

    Reply
  2. Fas says:
    November 20, 2019 at 1:11 pm

    Pembayaran zakat memberi berkat kepada seisi keluarga. Walaupun pendapatan sikit tetapi rasa cukup dan berkat berbanding pendapatan banyak tetapi tak berkat. Mungkin kerana anda tidak berzakat. Wallahualam!

    Reply
  3. Rawlins GLAM says:
    November 20, 2019 at 4:34 pm

    Alhamdulilah dah semakin mudah untuk berzakat. Tiada lagi alasan lupa atau takde masa. Dan moga makin ramai akan menunaikan zakat.

    Reply
  4. Shamiera Osment says:
    November 20, 2019 at 5:06 pm

    Semoga yang berkemampuan tunaikan zakat dan yang tidak berkemampuan diberi kemudahan zakat ni kan. Setakat ni masih di golongan sederhana je. Hehe

    Reply
  5. Qaseh says:
    November 20, 2019 at 6:04 pm

    Semoga semua yang mampu tidak culas untuk berzakat, inshaAllah takkan pernah rugi. Yang kurang mampu dapat merasa.

    Reply
  6. Nadia Johari says:
    November 21, 2019 at 1:39 am

    Oh baru punya ye..nampaknya kene banyak lagi baca mengenai zakat family ni..Baru tau anak yang ada duit 20 ribu boleh bayar zakat..

    Reply
  7. AlongMurni says:
    November 21, 2019 at 9:03 am

    Zakat mmg dituntut oleh agama.. Moga setiap zakat yg diberikan dpt membantu golongan yg lebih memerlukan..

    Reply
  8. RAIHANAH AHMAD says:
    November 21, 2019 at 9:10 am

    first time tahu adanya zakat family. baguslah tambah baik perkhidmatan camni kan.

    Reply
  9. Liez says:
    November 21, 2019 at 1:08 pm

    Dah makin mudah nak bayar zakat sekarang. Mcm2 cara utk buat bayaran selain ke kaunter boleh online. Bagusnya da zakat family ni.

    Reply
  10. Fadzil ahmad says:
    November 21, 2019 at 11:08 pm

    Info deep ni. Maybe ramai terasa haha. Bgs la utk kesedaran bayar zakat, bukan tunggu raya je baru bayar. Byk lg jenis zakat yg kadang2 kita terlepas pandang

    Reply
  11. mekyunie says:
    November 23, 2019 at 5:14 pm

    bagusnya. elok sangat program / usaha ini diteruskan. untuk mek setakat simpan tabung haji je. boleh intai intai peluang lain pula.

    Reply
  12. Zharif Azis says:
    November 24, 2019 at 11:20 am

    Wahhh Lembaga Zakat ada kempen baru. Nampak bagus kempen baru nie. Mudah dan senang. Beri banyak manfaat pada golongan2 yg memerlukan.

    Reply
  13. Zayn Hakeem says:
    November 24, 2019 at 11:52 am

    infor yang bermanfaat untuk seluruh umat islam..terima kasih atas maklumat..semoga perkongsian ini memberi ilmu kepada semua..

    Reply
  14. Airah says:
    January 2, 2020 at 5:00 pm

    First time tahu ada zakat family jugak bagus ni pelbagai usaha nak galakkan orang bayar zakat. Yang memang patut bayar zakat tu kena lebih peka la

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes