Ehem ehemm…
Lembaran baru di tahun 2016
Jika korang ada perancangan untuk bercuti atau mengadakan seminar/ bengkel/ family day/ team building, hari kekeluargaan ataupun wedding yang berkonsepkan suasana alam semulajadi, Nina nak cadangkan satu tempat yang best. Kawasan seluas 30 hektar yang penuh dengan kehijauan yang nyaman lagi penuh dengan serta ketenangan.
Meh sini Nina nak share
Baru-baru ni, Nina berpeluang turut serta dalam Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari yang bertempat di Resort AGROFarmStay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka.
Pertama kali sampai sini, hati Nina cukup teruja melihat suasana kehijauan yang nyaman dan udara yang segar bersih. Lanskap yang menarik bersama bunga-bunga mekar sana sini, dimeriahkan dengan kicauan burung yang menenangkan minda. Seolah berada di kampung halaman.. Chewah! Macam Nina ada kampung lak kann…hahaha (verangan tak sudah)
2-. River View – 2 katil
6-. Challet – 10 katil
Jom cuci mata intai-intai bilik-bilik yang disediakan.
Hari tuu, Nina bermalam di bilik No.7. Ala dorm yang menyediakan 4 buah katil bujang dan 2 buah katil double decker. Ruang yang besar, luas, menempatkan 4 katil bujang dan 2 katil double decker. Kemas teratur aje susunannya. Suka suka…!! Ada air-cond … Lena tido dibuai mimpi indah.. Bilik air pula, ada 3 shower dan 2 tandas. Tak perlu berebut nak mandi. Bagus!
Jangan intai kita mandi yaa…. hehe . . .
Ini pula Villa yang tersergam gah atas bukit – menyediakan 14 buah katil. Amat sesuai untuk beberapa buah keluarga yang ramai. Ruang yang sangat luas turut disediakan dapur, ruang makan, ruang tamu dan laman yang luas. Boleh parking kereta terus depan Villa.
Surau
Surau juga disediakan di sini.
Dewan ini serbaguna. Luas dan besar dan yang boleh memuatkan sehingga 70 orang. Sesuai digunakan untuk sebarang majlis/acara tertutup. Contohnya untuk majlis kahwin mahupun dijadikan ruang seminar. Menyediakan ruang pentas yang luas untuk pelbagai guna. Disini juga dilengkapi kemudahan WiFi dan berhawa dingin.
Lain daripada yang lain.
Padang
Di sini juga ada padang yang luas. (Lokasi – sebelum sampai ke Villa) Dah ada padang, wajib laaa buat aktiviti riadah/ sukaneka mahupun zumba yang pasti akan menghiburkan dan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.
Jangan segan jangan malu …. kita mulakan langkah macam ni, 1,2,3,4, empat lagi ..
Ok ulang.. Cehhh~ Teringat berzumba hari tu.. Seronok sangat!
Kolam renang
Hah ..!! Yang ini sememangnya tempat kegemaran anak-anak. Tidak dinafikan sama sekali. .
Kolam kat sini ada beberapa bahagian. Ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak. So tak de laa risau sangat. Anak-anak sila mandi manda kat tempat cetek ya..
Apa yang menarik kat sini, ada bahagian kolam yang berbumbung. Nampak tuu…
Wahh … Makin lama lah anak-anak berkubang dalam kolam sebab tak kena panas terik. Pulun laaa mandi kolam sampai kecut. Hahaa..

pastu keluar UTeM simpang tiga belok ke kanan. Terus ajer…… Sambil lalu intai-intai belah kiri akan nampak signboard AGROFarmstay. Agak-agak tak faham, lagi senang ikut Waze aje. InsyaAllah sampai sebab hari tu Nina pun ikut Waze. Segalanya kini di hujung jari anda. Click ajer….
Instagram : https://www.instagram/com/agrofarmstay/
Menarik. Rindu nak pergi lagi..
nyaman dan tenang jer dapat bermalam di sana kan.
Cantik sangat. Tak puas pergi aritu.