Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Nak sambung belajar mana lepas SPM
July 10, 2017March 23, 2023

Lepas SPM belajar mana? IPTA tak lulus buat apa : Nasib baik ada LVC Lake View College

Lepas SPM belajar mana? IPTA tak lulus buat apa : Nasib baik ada LVC Lake View College tapi kat mana tu? Apa yang ditawarkan? Apa syarat nya?

Isi Kandungan hide
1 Lepas SPM nak buat apa? Lepas SPM nak belajar kat mana?
1.1 Nak sambung belajar kat mana lepas SPM?
1.2 Kecewa IPTA tak dapat.. huhuuu
2 (LVC) Lake View College Bukit Merah Laketown Resort
2.1 Kursus Diploma yang ditawarkan di LVC
2.1.1 LVC menawarkan 7 program pengajian di peringkat Diploma dalam bidang-bidang yang menjadi pilihan umum.
2.1.2 Kejururawatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kesihatan Persekitaran Pengurusan Hotel Pengurusan Pelancongan Pengurusan Perniagaan Perakaunan
2.2 Yuran Diploma Berpatutan
2.3 Tak mampu? PTPTN Zakat ada..!!
2.4 Diploma di iktiraf
2.5 Peluang pekerjaan selepas pengajian
2.6 Bagaimana nak daftar?
2.7 Lepas SPM belajar mana
2.8 Related posts:
3 Meowww.. Senang nya follow KUCHING TOUR PACKAGES dengan TRAVELOKA
4 KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE JE MUDAH
5 Sinopsis BULAN DI KOTA LANGIT satukan Risteena dan Isa Khan
6 Resipi BUBUR BIJI NANGKA lembut sedap kegemaran anak-anak

Nak sambung belajar mana lepas SPM

Amboi … Seronok lompat bintang bila tengok keputusan SPM semua A kann..  Mak Pak tentu nya buat kenduri doa selamat tanda kesyukuran. Bukan Nina punya result SPM hehe…Namun, akan ada cabaran baru yang lebih mencabar selepas SPM .

Lepas SPM nak buat apa?
Lepas SPM nak belajar kat mana?

Korang dulu lepas SPM buat apa? Sambung belajar ke terus keje? Nina dulu keje partime dulu, pastu sambung belajar sijil jer dulu. Eermm… Zaman sekarang ni jangan berharap lepas SPM nak verangan terus dapat keje. Memang rare laaa kalau dapat. Rezeki terpijak tuuu kata orang tua-tua. Laa ni kebanyakkannya lepasan SPM wajib terus sambung belajar. Zaman semakin mencabar, akedemik sangat di titik beratkan oleh majikan.

Nak sambung belajar kat mana lepas SPM?

Yang ini memang persoalaan utama lepasan SPM. Banyak faktor memainkan peranannya. Mohon kat UPU memang kewajipan. Kalau boleh semua pun nak sambung kat IPTA. Harapan Mak Pak memang menggunung tinggi anaknya dapat sambung belajar kat sana. Tu kalau lulus, kalau tak lulus gi mana?

Lepas SPM belajar mana? IPTA tak lulus buat apa : Nasib baik ada LVC Lake View College

Kecewa IPTA tak dapat.. huhuuu

Dah nama pun ketentuan.. Ada juga yang keputusan nya bagus tapi tak de rezeki. Permohonan ke IPTA tak lulus. Kecewa frust menonggeng dah tentu. Mak pak turut sama kecewa dalam diam bila nama anaknya tidak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Usah tanya kenapa. Mak pak mana pun nak kan anaknya berjaya. Usah tanya pasal kecewa…

Peluang nak berjaya masih ada. Usah risau… Meh Nina ubatkan kekecewaan korang. Lap lah air mata tuu.. Chewah ayat pujuk kengkonon. .

(LVC) Lake View College Bukit Merah Laketown Resort

Ahaa… Walaupun tidak berjaya mendapat tempat di IPTA, jangan risau…. Masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif. Cantik nyaman jer kann…

Kursus Diploma yang ditawarkan di LVC

LVC menawarkan 7 program pengajian di peringkat Diploma dalam bidang-bidang yang menjadi pilihan umum.
Kejururawatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kesihatan Persekitaran
Pengurusan Hotel
Pengurusan Pelancongan
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
LVC Lake View College
Dewan kuliah yang selesa
LVC Lake View College
Kemudahan fasiliti yang lengkap untuk pembelajaran
LVC Lake View College
Lanskap view yang menarik, nyaman lagi mendamaikan.

Yuran Diploma Berpatutan

Untuk makluman korang , LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak.

Tak mampu? PTPTN Zakat ada..!!

Bantuan kewangan? Usah risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan hasrat tuk sambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land. Bagus ni…

Diploma di iktiraf

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.

Peluang pekerjaan selepas pengajian

Ini lah yang paling Mak Pak suka… Lepas belajar dapat keje..!! Korang tau tak, sehingga kini LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Terbaik laa..!!

Bagaimana nak daftar?

Amacam… Menarik kan..?? Sila mentelaah maklumat yang lebih lengkap kat
Facebook : Facebook ( www.facebook.com/lvcollege)
Web site : http://www.lvc.edu.my/
Careline : +60 5-890 8071

Lepas SPM belajar mana

LVC Lake View College

Untuk berjaya usah meratap pilu andai tak dapat apa yang di inginkan. Lake View Collage kan ada..!! Semoga berjaya

Related posts:

Meowww.. Senang nya follow KUCHING TOUR PACKAGES dengan TRAVELOKA

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE JE MUDAH

Sinopsis BULAN DI KOTA LANGIT satukan Risteena dan Isa Khan

Resipi BUBUR BIJI NANGKA lembut sedap kegemaran anak-anak

Parenting Review Tips cari kejeDiplomaInfo - ParentingKursus DiplomaLake View CollegeLepasan SPMLVCTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. saidila@kaklong says:
    July 10, 2017 at 9:27 pm

    kannnn …jangan pening2 ….pilih jer LVC confirm dapat asalkan nak belajar

    Reply
    1. John says:
      April 27, 2023 at 10:34 am

      These is my college. One of the best college.

      Reply
  2. Lya says:
    July 10, 2017 at 10:44 pm

    Lake View College pilihan terbaik buat adik2 utk sambung diploma..

    Reply
  3. mas saari says:
    July 10, 2017 at 11:18 pm

    Bagus ada kolej camni, banyak bagi peluang pada pelajar yang tak berjaya ke IPTA. Sekurangnya mereka dapat sambung belajar.

    Reply
  4. Lisak says:
    July 11, 2017 at 12:58 am

    Banyak gak kursus tu kan.. wahh bagus baguss

    Reply
  5. Anuar says:
    July 11, 2017 at 9:40 am

    Samalah… Saya dulu lepas SPM kerja Part time..
    Kerja kampung… “Tanam jagung” sebagai kerja part time kepada kerja part time yang sedia ada..
    Tangkap ikan dekat parit juga sebagai kerja part time kepada kerja part time yang sedia ada…
    ..
    Lepas SPM terlalu banyak peluang nak sambung belajar… Kalau mampu pergilah ke kolej Swasta yang terbaik di Malaysia… Kalau tak mampu carilah IPTA yang murah-murah… Macam dekat Politeknik yuran pengajian cuma RM200 satu semester… Yuran asrama cuma RM60 satu semester… Cuma masuk pendaftaran tu ada yuran pelbagai RM800… Tu jer yang mahal sikit… Lepas tu untuk bayaran semester2 seterusnya murah sahaja..

    Reply
  6. YB Shehan says:
    July 11, 2017 at 2:45 pm

    Banyak choice dah skrg walau xdpt IPTA..

    Reply
  7. UYUL ROSLI says:
    July 12, 2017 at 6:47 pm

    macam macam pusat pengajian dah sekarang nih kan.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    Reply
  8. UYUL ROSLI says:
    July 12, 2017 at 6:49 pm

    macam macam pusat pengajian sekarang nih kan.

    Reply
  9. yanieyusuf says:
    July 13, 2017 at 3:29 pm

    Banyak kursus yang ditawarkan.. Bagus ada peluang untuk anak muda terus sambung blajar. Tq sharing info..

    Reply
  10. nadia johari says:
    August 10, 2017 at 2:49 am

    bsgus ni..tempat pun menarik

    Reply
  11. Jason Moron says:
    September 30, 2022 at 12:18 pm

    It’s a good college to study.

    Reply
  12. mpbhulekh gov in says:
    December 28, 2024 at 5:22 pm

    Thank you so much.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes