Dok makan nasi jemu gak kan…?? Nak nak sekarang ni masih musim Raya. Kalau pegi open house dok makan ketupat rendang sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi… Eh! nyanyi lak. Haha Resipi Spaghetti Carbonara Homemade Senang Sedap
Kalau korang perasan, ramai gak yang buat open house sekarang ni akan sajikan menu sampingan – masakan western buat tetamu. Yelah.. Orang melayu sekarang ramai dah tekak selera omputeh gitu. Apa kurlasss makan lemang rendang, Lontong Masak Lodeh, Satay, Bihun Soto Sedap, Mee Kari Paling Senang Sedap untuk Open House… bla bla blaa bla bla… Kannn…
Kot korang ada yang tercari-cari Menu Western paling senang meh Nina kongsikan Resepi Spaghetti Carbonara. Menu ni anak-anak pasti suka.. Tak pedas, berkrim pastu ada lak cheese memang kena laa selera tekak omputeh. hehe…
Resepi Spaghetti Carbonara Paling Senang Sedap
Bahan-bahan
Spaghetti / Pasta kesukaan – masak air hingga mendidih, masukkan pasta dan sedikit garam dan minyak – rebus sampai masak. Kemudian toskan.
Mushroom butang slice dalam tin
2 sudu besar butter
Bawang putih – ketuk cincang halus
2 sudu besar tepung gandum
Udang sederhana size – kalau tak ada boleh jer ganti ngan ayam atau daging atau seafood. Apa-apa yang korang suka
Susu kotak 1 litter
2 sudu besar mixed herb
Sedikit air jika perlu
Garam secukup rasa
Cheese – kalau nak. Nanti parut sikit untuk buh atas pasta
Cara penyediannya
1-. Panaskan periuk, api jangan besar sangat (nanti hangit butter) masukkan butter secukupnya. Goreng separuh masak udang dan ketepikan. Periuk yang sama, masukkan 2 sudu butter. Agak-agak butter dah cair masukkan bawang putih. Tumis hingga bau wangi.
2-. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum, kacau selalu pakai whisk hingga keperangan.
3-. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil terus kacau supaya tidak berketul.
4-. Dah mendidih, masukkan mushroom. Biar sehingga mushroom masak. Kacau selalu.
5-. Kuah semakin pekat, tambahkan lagi susu dan air jika perlu. Masukkan serbuk Mixed herb dan udang yang dah dogoreng separuh masak tadi. Kacau hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa. Dah siap tutup api..
6-. Tuangkan kuah Carbonara kat atas pasta kegemaran. Taburkan parutan cheese jika suka! Nyummy..
Kot kot korang masih blur blur tak faham gak, korang pi tengok Step by Step Cara Masak Pasta Carbonara.
ppssttt >>> Selera Nina kalau rencahUudang memang Nina goreng separuh masak dulu. Pastu guna periuk yang sama dan lebihan minyak dan air udang tuu yang akan buat kuah Carbonara nanti lebih sedap! Gerenti korang terus jadi Chef My Own House gitu.. Chewah… Hehe..
Wow spaghetti… sedapnya…
Makanan kegemaran isteri dan anak-anak saya.. kalau rumah kita dekat nak jer pergi beraya kevrumah Nina… 😉
Datang KL nanti singgah ehh… Tak yah tunggu RAya! hehee
Fav anak anak i ni, dapnyaaa
samalah taste anak-anak kita
omaiiii.. menawannya spaghetti tu
Oouchh …!! Tertawan harus di cari tuu…
wow, air liur tak ertahan lagi.. sedapnya nampak..
Anak sulung Ema suka makan ni, entah mana dia try makan katanya sedap walhal mamanya tak pernah lagi masak.
Tq kak nina share resepi. biasanya saya pakai susu je, x pernah letak tepung gandum lagi. Pasni leh try resepi kak nina ni plak.
boleh try nie kat rumah… sedap pula tgk letak udang besar2 gitu..
Yummy.. leh ler buat time dok rumah PKP ni