Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 14, 2017September 3, 2022

Kesian kita! Teringin nak nikmati suasana Hari Raya dikampung halaman

Suasana Hari Raya dikampung halaman tentu seronok kan? Kemeriahan terasa bila semua balik kampung berkumpul sanak saudara. Arrgghhh . . . Jelasnya! Usah cerita ngan Nina feeling seronoknya balik kampung, perjalanan berejam baru sampai ke destinasi, merasa suasana jammed kesesakan lalulintas, berbuka puasa tepi highway. Kenangan sungguh!  Seronok laaa korang sebab Nina ni kampung pun takde! HAhaa

Isi Kandungan hide
1 Bayangkan ehh … Bayangkan! Suasana Hari Raya dikampung halaman
2 Related posts:
3 Pesanan buat #TeamPakcik #KekasihPaksaRela - Idea tuk Hadiah Surprise buat tersayang
4 Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!
5 Vanilla Muffin with Corn & Almond~
6 MAHARAJA STEAMBOAT SELAYANG BEST! Berpatutan, marvelous beb~

Habis selalu Raya Nina beraya kat mana? Ahaa…
Masa perjalanan balik Raya dari Singapore yang lalu, (Nina beraya kat Singapore – rumah nenek belah suami) . Ini je nenek yang Nina masih ada untuk menumpang kasih.

Teringin nak merasa Suasana Hari Raya dikampung

Ok sambung
Suasana malam perjalanan Singapore – KL ketika tuu membuatkan pandangan mata Nina automatik tertoleh ternampak tertarik akan pemandangan rumah kampung yang di hiasi pelita keliling pagar rumah. Cantik nya… Bisik hati bentuk love ni.

Masa tu terus terbayang gambaran kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang dirai oleh pemilik rumah kampung tuu. Kengkonon kelihatan sanak saudara beramah mesra berborak sakan kat beranda, kaum lelaki riuh membakar lemang, dihiasi lak ngan kanak-kanak berkejar-kejaran bermain bunga api di halaman. Sanak saudara balik ramai sebab banyak kereta parking kat depan rumah. Tentu meriah. Vavavaa… Seronoknya suasana gitu! Kannn….

Suasana Hari Raya dikampung

Alkisah Isnin yang lepas, kami anak-beranak tonton Majalah 3 segmen Pelita. Terus teringat akan suasana rumah kampung tepi highway hari tu. Aduduhh … memang cantik di pandang mata, waktu tu plak malam dan cahaya pelita keliling rumah yang memberi berjuta sinar buat sang rembulan. Terasa macam romantik jer kann… Chewah!

Alang-alang suasana dah auto romantik, bayangkan letak meja makan alas kain putih di situ. Makan candle light dinner. Perghhh..!! Sweet nya. Dengan bunyi unggas original, sunyi sepi, dingin dihiasi dengan alunan lagu kegemaran. Tak dapat kat tempat lain ooo… Upgrade halaman rumah jadi Place to remember (ala kekadang bakal pengantin sewa tempat cantik hanya untuk melamar, gitu laaa) + OOTD. Masyukkk!

Suasana Hari Raya dikampung

 

Bayangkan ehh … Bayangkan!
Suasana Hari Raya dikampung halaman

Alangkah seronoknya terharunya andai punya sebuah rumah kampung sederhana besar tuk kami sekeluarga. Tak besar sangat dan tak kecik cinonet. Kalau kaum keluarga nak datang bermalam pun semuanya selesa. Nak tido kat bilik pun boleh, nak tido lambak ramai-ramai kat ruang tamu pun boleh, nak tido lambak kat dapur pun boleh. Kurlasss seyhhh keakraban silatulrahim sesama keluarga.

Petang-petang nya lak dok lepak santai bersama sanak saudara sambil makan cekodok dan pekena air kopi kaw! Bestnya sebab rumah kampung kan selalunya punya halaman yang luas, boleh laa Geng bercucuk tanam pokok bunga kegemaran dia. Anak-anak pulak bebas berlari berkejaran, ada yang bermaian basikal tanpa ibubapa perlu risau keselamatan kereta di jalan raya.

Malam Raya semua sanak saudara balik. Halaman penuh dengan kereta-kereta. Pastu satu port lain bergotong-royong masak lemak, masak rendang, masak nasi impit, sambal goreng singapore. Dalam rumah lak memasing sibuk kemas rumah, isi biskut raya dalam balang, tukau langsir, tukau sarung bantal, cadar, alas meja makan. Anak-anak dara pulak kena gosok baju MakPak, adek beradek. Sambil tu pakai laa mask cantikkan muka. Tak lupa kenit-kenit leka nonton Youtube kat TV. Zaman sekarang ni ramai budak ngadap tab, handphone – ok not allowed ya! balik kampung hp kena penjara. Camera je boleh. Kejam tak? Muahahaha Wakakaa…!! gelak jahat

Selit sikit : Buat open house pun best sebab halaman besar kan. Selesa untuk semua tetamu. Makan makan santai berbual sesama kengkawan. Kerusi meja banyak so tak risau kot ada tetamu takde tempat makan. Yelah, bila kawasan tempat terhad, tetamu lain kena cepat-cepat makan, yg lain pulak nak makan. So tak dapat berbual dengan tuan rumah. Kebiasaannya gitu laa kat bandar kann?

Nah .. ni  cadangan apa menu simple best open house yang korang boleh hidangkan kat tetamu. Menarik kann?
Nina share gambar sikit tuk tolong korang sesama bayangkan. HEhee

Apa menu best simple open house senang masak bajet murah

 

Ppsstt >>> jangan lupa tanam kan sekali pokok cili, daun pandan, pokok limau purut, daun salam, daun kunyit (senang sayang nak masak paprik, tomyam, rendang). Tak lupa daun kesum, pokok bayam brazil, pokok kari, pokok rambutan, pokok durian, pokok kelo, pokok manggis. Eh .. Berapa banyak pokok mau tanam daaa
Tak jadi kebun dah, boleh terus bukak ladang jawabnya ni. HAhaa

baca balik nun atas tuu… Bayangkan! so banyangkan jer laaa…

Suasana Hari Raya dikampung
Rumah sapa lah ni…. Nina pinjam ehh buat verangan. Hehehe

Acecehhh …. Giler lah! Over melampau  Nina ni bila citer bab verangan kannn…. isteri sapa lah ni. Hahaa
Tapi ok apa, berangan tak perlu keluar duit bayar apa-apa. Kan percuma..
Layan kan aje. Yang pasti Nina tak terbuai oleh mimpi yang tak sudah sebab Nina waras ianya sekadar angan-angan kosong. Why so stress? Suka hati Nina laaa nak kongsi angan-angan dan impian Nina. Ni kan blog Nina. Sekurang nya pasti orang yang tak punya kampung ada jugak keinginan macam Nina kot kann? Ada ke? Eerkkk

Hurmm… Apa pun semua di tentukan oleh DIA.
Manalah tau satu hari nanti punya rezeki dan impian untuk punya kampung halaman sendiri menjadi kenyataan. Nanti boleh laa waktu Raya Nina anak-beranak nyanyi Hohohooo… Balik Kampung Hohohooo Balik kampung hati girang…
Kot kot lah salah seorang anak Nina yang punya rezeki merealisasikan impian kitaorang bersama. Sapa tahu kann…??

Suasana Hari Raya dikampung

Ini semua Majalah Tiga segmen Pelita punya pasal laaa…. Eh! Salahkan TV3 lak. Sabar jer laaa
Hahaha

Related posts:

Pesanan buat #TeamPakcik #KekasihPaksaRela - Idea tuk Hadiah Surprise buat tersayang

Kat mana beli ONLINE Set kelengkapan Umrah Haji? GALERI MUSLIM Terbaik ...!!

Vanilla Muffin with Corn & Almond~

MAHARAJA STEAMBOAT SELAYANG BEST! Berpatutan, marvelous beb~

Lifestyle Aidilfitri 2017Berkumpul sanak saudaraCeritera NinaGotong RoyongImpian NinaKampung HalamanMeriah RayaRaya sakanRumahRumah KampungSuasana Hari Raya

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. YB Shehan says:
    July 14, 2017 at 11:00 am

    nak gak tanah.. hehehe.. tanah pasu tu pn ok. hee

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 20, 2017 at 7:25 am

      Jom pi Sg.Buloh… banyakkk jual tanah tuk dalam pasu
      hehe

      Reply
  2. mrhanafi says:
    July 15, 2017 at 8:25 am

    Alhamdullilah ..

    saya masih ada kampung..

    memang best ada kampung..

    kalau nak ada kampung..

    beli lah tanah di kampung..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 20, 2017 at 7:24 am

      Beruntung ada kampung … Best!
      InsyaAllah ada rezeki memang nak cipta kampung sendiri 🙂

      Reply
  3. Mazni Azmi says:
    July 17, 2017 at 10:11 am

    Nina cari suami yang asal kampung

    Insyaallah boleh tumpang beraya di kampung

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 20, 2017 at 7:24 am

      Mazni, En suami kita orang KL jer… Kampung nya pun nun Singapore sana
      Nampaknya nak kena cipta kampung sendiri nanti
      hehe

      Reply
  4. Mama Kembar 3 says:
    July 17, 2017 at 10:43 pm

    Teringin gak nak ada rumah camtu, terbayang nanti dah tua tua anak cucu nak balik beraya syiok sikit. Cucu cucu boleh main kat laman rumah hehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 20, 2017 at 7:23 am

      amboi … lagi jauh dah tuu sampai ke cucu!
      advance.. hehe

      Reply
  5. Mohd Rasul says:
    July 20, 2017 at 12:03 pm

    acul ada kampung tapi tak rajin sgt nak pasang pelita tu hehhe… 😀

    Reply
  6. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says:
    July 28, 2017 at 4:53 pm

    Family mertua duk Singapore yea.. Tak apalah.. saya doakan Nina murah rezeki & Nina boleh beli tanah lot untuk buat kampung sediri

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes