Apa menu best simple open house senang masak bajet murah ? Amboi soalan! HAhaa… Yelah awak, lain laa kalau kita punya duit dalam saving 970 juta boleh laa tak payah fikir bab bajet, menu senang masak. Semua petik jari order jer. Tapi kita sedar diri, kita golongan marheannn maka nak buat apa pun kena lah ada perancangan rapi terutama bab bajet dan menu yang sesuai untuk semua usia. Setuju?
Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuih ku
Pilih lah yang mana satu …
Hai di Hari begini kita menjamu selera
Eh! Hari Raya sana sini dok open house. Korang pun ada plan nak buat open house ke tuuu? Dah ada menu? Buntu nak masak apa? Nak yang simple simple tapi sedap? HAhaa… Betapa banyak nya soalan
Ok, kalau korang nakkan style menu yang masih mengekalkan mood Raya yang penuh dengan tradisional, maka … Menu Raya sesuai sangat. Tapi korang kena laaa bijak pelbagaikan menu supaya banyak pilihan dan nampak banyak! Acaner?
Tips Menu Open House
Main Menu
Korang kena pandai mix match menu utama korang. Contohnya Nasi Impit atau lontong. Korang boleh match kan Nasi impit atau lontong ni bersama bersama kuah lodeh atau kuah kacang.
Alang-alang ada nasi impit, ada sup dah boleh jadi soto. Dengan sebelanga sup, boleh jadi menu Nasi Bujang. Hanya sediakan Nasi Putih , sambal belacan, timun dan telur dadar. Senang kann? (click bawah yang tulisan warna biru tuuu untuk Resipi nya eh..)
- Nasi Impit dan Kuah Kacang
- Kuah Lodeh
- Juadah Raya Sambal Goreng Singapore sedap mudah ni wajib ada!
- Dah jemu Menu Raya… Bihun Sup Ayam aje | Simple mudah – dengan sebelanga sup korang rebus laaa sikit bihun. Dah jadi menu tambahan. Bihun Sup, soto sup Nasi Bujang
Tadi alang-alang buat kuah kacang, sesuai gak adanya menu Pecal. Pelbagai sayuran atau ulam dimakan dengan kuah kacang . (ni kalau rajin laaaa dah ada sayuran celur tuk pecal tu, afa sambal belacan pun sedap. Ulaman tu ratah gitu jer. Mix match laaa dengan Nasi Bujang kalau ada menu nasi putih sesuai. Buat sikit sambal belacan dah jadi ulam-ulaman)
Dah ada kuah kacang, order laaa sikit satay. Ni nak citer, Kat mana Satay sedap? Dagingnya lembut empuk lagi moist?? Satay yang sedap area KL korang order ngan Eddy Satay . Dagingnya lembut berasa remahnya empuk, ayam pun sedap.
Ok shortcut, kot korang malas nak masak Kuah Kacang, maka …. Sila laaa order Kuah Kacang lebih. Senang kann…? Kengkawan korang boleh laaa makan kuah kacang tu ngan satay atau pun dengan nasi impit. Haaa… ok tak?
Mee / Noodles / Bihun
Tentu ada jer kengkawan korang yang arlegic pada nasi kannn? Kengkonon diet gitu. Maka menu mee noodles bihun antara menu pilihan derang. Mee ni sebaiknya korang rebus pasta spaghetti sebab korang boleh gak mix match dengan :-
Mee Kari Simple
Kuah Kari dah ada, kot korang rajin buat laaa roti jala sikit. Boleh gak mix match ngan kuah kari ni.
Bihun Soto Rempah Mak Siti..
Sup nya mix match dengan bihun .jadi laa. bihun sup, mee sup, Sup saje pun boleh …
Spaghetti Bolognese Mudah Senang pun cun gak.
Atau korang Goreng aje Mee atau Kuey Teow Goreng Bodo Simple Senang Sedap ni…
Hurmm… Ada gak nak kan menu nasi. Biasanya nasi ni renyah sikit sebab banyak lauk korang kena prepare. Tapi nak shortcut pun boleh, selalunya menu Nasi Bujang ataupun Nasi Ayam Paling Ringkas Mudah dan Cepat paling senang! Sebab Sup untuk Mee korang boleh sekalikan. Buat aje sup untuk Nasi Ayam lebih, pepandai laaa derang nak makan ngan nasi ke, mee ke, bihun ke atau nasi impit. Senang kannn…?
Ni resepi Nasi Ayam yang paling senang. Ayam nya lak korang buat laaa lebih kot ada yang nak ratah gitu ker kann..? Buat kan sikit Mushroom Black Pepper Sauce . Jadi laaa Menu Ayam Bakar Black Pepper.
Salad Appertizer
Dah ada Menu Western, appertizer nya senang nak match gak. Salad untuk Nasi Ayam tadi korang buh dalam sebekas mangkuk besar. Satukan salad, brokoli, tomato, timun, carrot hiris nipis, capsicum, kat tepinya korang sediakan sos salad, mayonnaise. Potato korang boleh buat asing. Sebiji tuu korang balut aluminium foil then bakar.
Kengkawan korang boleh makan potato, salad, brokoli dengan sos salad ataupun sos mushroom black pepper dan Ayam nasi Ayam tuu … Nah … Dah ada bahagian western. Menarik kannn?
Ooohh… DESSERT
Untuk dessert ni, korang boleh jer prepare awal sehari dua. Biasanya memana open house akan ada
- Kek Butter Cake Evergreen
- Muffin Vanilla Ala Kenny Rogers
- Kek Batik, Kek Carrot, dan tak lupa Biskut Raya… Meriah kannn
Selain tu Puding Milo Oreo Viral , Cream Puff Sedap , Puding Karamel Tanpa Telur. Eermmm …. favorite anak-anak Roti sausage pasti cepat licin. Korang belah dua, comel kannn..? Idok lerr bazir kalau satu ketul portionnya agak besar.
Kalau korang ada kerajinan setinggi KLCC, buat laaa kuih muih tradisional yang sesenang dan cepat. Contohnya Kuih Bakar, Popia, Donut, (Donut ni kalau korang celup sos coklat ke, cucuk inti coklat, jam ke dah jadi ala menu dessert western gitu … Selain tu Seri Muka, Kuih Talam, Puding Jagung, Popia, Tepung Pelita.
Atau pun korang buat dessert fruit cocktail. Just beli buah cocktail dalam tin tu curah dalam mangkuk besar, buh susu cair dan ice cube. Nak lagi menarik, masukkan sumi jelly, potong buah tembikai , mangga dan tambah setin longan. Perghhh …. sedap seyh!
Menu Untuk Kanak-Kanak
Hurmm … Dok fikir menu kita jer kann, apa lak menu yang sesuai untuk kanak-kanak? Sekurangnya bila mak pak dok makan sakan, depa pun ada gak menu yang depa akan makan…
Okey .. Antara menu favorite kanak-kanak, korang sedia nugget homemade, Roti Sausage Roll , Mushroom Soup, Pasta Carbonara , Roti Pizza Simple Cepat Senang , Sup Sup, Makaroni Cheese, Ayam Goreng ala KFC, French Fries, Mashmallow Deep Chocolate, Aneka kek, Buah-buahan, … Hurmm … Dah banyak ni kann…
Minuman
Penting ni… Opkos sebaiknya korang sediakan minuman panas dan sejuk. Yelah bukan semua tetamu korang minum air sejuk sokmo. Nina ler tuu …. Buat aje Tea O atau Kopi O dan air sejuk ikut korang laaa.. Sirap ke, kordial ke kot rajin cendol. Oh my … sedapnya cendol!
Kalau korang malas sangat, buh aje ice cube kat tepi Tea O . Pepandai laaa kengkawan buh ice sapa yang nak sejuk. HEhee… Tetiba teringat Teh Tarik kawwww… Dah kawww buh ais batu sedap gak kann…? Cuma risau kembung jer tuk anak-anak.
Oopsss…!! Jangan lupa mineral water. Wajib sediakan untuk tetamu. Lagi molek kalau korang sediakan beberapa hirisan lemon dan daun pudina. Ala-ala air detox gitu…’
Ok menu ni memang macam banyak, tapi idok lerrr banyak mana. Nak banyak korang boleh laaa plan adakan stall kecik-kecik then adanya menu Murtabak, Satay, ABC, Aneka Mee Kuey Teow goreng kawah panas-panas, Kambing Golek, lemang. Eh! Dah macam Buffet Hotel lak gamaknya kannn??
Maka ni antara menu yang kerap terpilih sebagai menu open house. Pepandai laaa korang mix match eh… Tak perlu pun semua nya korang nak hidangkan. Ikut kemampuan bajet korang. Buat open house ni nak eratkan silatulrahim bukannya bermegah apa yang korang hado!
Sebaiknya korang dapatkan list sapa yang akan hadir, idok lerrr berlebih lebihan makanannya nanti. Tak baik membazir kannn…? Kalau korang suka menu apa tuk hidangan Open house?
Sapa yang buat open house tuuu, sudi laaa jemput kita eh.. HEhee..
Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Batin
selamat hari raya.. great menu for open house… it’s nice to hv so many yummy food.. ur guests r truly lucky
Memang ramai la yang akan cari cadangan untuk open house nie.
Musim open house, memang pening nak sediakan juadah terbaik kan.
Tapi to me, simple pun takpe. At least ada satu je main dish pun ngam.
Betul sangat! Nad kalau pergi open house sekarang ni memang cari satay je dulu. Evergreen! Makanan berat-berat kurang sikit makan. Lepastu terus cari dessert pula.
open house haritu pun mak masakkan Nasi Ayam dengan Bihun Sup. sedap sangat. waktu buat open house makanan memang kene prepare banyak, memang tak menang tangan melayan tetamu datang rumah.
Semua pilihan you bagus . Our family just served nasi tomato and ayam masak merah dan kuih raya je. senang betul. Tapi kalau pi rumah org i cari rendang dengan ketupat daun palad.
Kalau open house, naim prefer kepada makanan yang ringan2 sahaja. hehe. Takot berat perut time balik
kalau nak buat open house bior menu simple ringan, tak perlu nasi sangat..ehhee..menu akak bagi ni memnag sesuai..nad dah lama nak buat oreo puding tu, tapi tak terbuat-buat..hehe
Wah! Bagus ni! Cx dahlah tengah fikir nak masak apa untuk open house nanti. Ini sudah bagus sangat! Tq share! Nanti cx update kalau jadilah open house nya hahaha. Jenuh fikir menu tau hahha
Kalau pergi open house memang menu menu ni tak ketinggalan untuk dicuba. Memang jadi pilihan tuan rumah sediakan menu ni untuk tetamu yang datang bertandang kan.
Syira haritu buat mee rebus.. buat simple2 ja hari raya. Sebab tak bebankan org lain. Hehee tenaga keja tak ramai
Rasanya tahun ini ayu banyak jumpa hidangan lontong dan rendang. Mmg best sebab dua tu feveret ayu sejak dulu
sedapnya menu-menu tu, untuk tahun ni saya tak pergi mana-mana raya open house tau…nampak ni memang terus teringin nak serbu rumah kawan-kawan hahaa
Terliur kejap… this weekend i gigih nak pergi raya open house la. Menu yang i paling suka and simple is soto ayam.
lontong, rendang ayam dan lemang dah memadai dah! Ketiga-tiga makanan kegemaran mouse mommy tau. Lepas tu, manisan dodol dah cukup! Terima kasih!
Mee, satay, nasi ayam, dessert yg sdp.. Semuanya senang nk buat. Lagi senang order je catering.. Hehehe.. Tapi sekali skala open house apa slhnya kan masak..
Kak klu buat open house biasanya kak masak sendiri dan msk ringkas aje
Tq Kak Nina bagi idea best camni
menarik rasa semua nak try buat aih 🙂
Thank you ,
ทดลองเล่นสล็อต
There are more than 100 Joker slot games to try out, all of which are available in Joker123 casino, allowing everyone to try out the most popular slot games and popular slot games, both old and new.