Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap
As’salamualaikum kengkawan Nina. .. Agak lama Nina tak bersiaran. Acecehhh… Macam celebrities lak gamaknya. Ok perasan! 😝Bluekkkk.. HAhaa
Bukan apa , lately agak sibuk ngan open house sana sinin sinun. Bukan Nina yg buat open house tapi kengkawan Nina dan kawan Geng .. Ok tak alasan. Hehee…
Jemputan kengkawan lah katakan …. sambil mengeratkan lagi tali persahabatan sesama insan. Selalunya time open house lah dapat bertemu semua. Kalau hari lain jawabnya memang kena buat appointment. Maklumlah, masing-masing sibuk kerja kann….
Ada tanya, tak risau ke bawak anak-anak pi open house? Bagi Nina, pedulikan viral behave anak-anak yang depa dok perkata. Kita lebih kenal anak kita dan kawan yang jemput kita. Komunikasi kedua pihak dan tolenrasi sesama kita yang yang bakal menentukan siapa kita. Takkan sebab gini, tradisi kunjung mengunjungi luput di telan zaman. Bakal terjadi andai kita yang musnahkannya…
Ok, short cut, baru-baru nie Nina buat dessert puding karamel ni memang sedapppp! Dah banyak kali dok buat guna resipi ni jer sebab utama ianya resepi puding karamel paling senang sedap lagi mudah. Korang tak payah oven bagai. Gerenti jadi resipi ni! Rugi dessert paling senang buat ni korang tak cuba sebab sesuai untuk jamuan, open house atau apa-apa majlis. Bebudak pun suka.
Jom tengok resipi nyerrr
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap
Bahan-bahan
ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air
Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet serbuk agar-agar (7gm) / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
1 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
- Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan …. ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
- Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
- Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
- Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
- Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi)
- Sejukkan dalam peti ais
- Terbalikkan dan sedia dihidangkan. ……. (nanti gula akan berada di atas – barulah cantik)
- ngap ngap ngapppp !!! sedappppp
pssstttt **** kalau nak ada rasa, boleh lah gantikan esen vanilla dengan perasa lain dlm sesudu. Tentu lagi BEST !!
hehehe . . .
Selamat mencuba !!
mak aii..sedapnya..:)
lama tak buat puding karamel huhuuu terliur la pulak
Makan sejuk sejuk uishhh sedapnya!
makasih sist resep puding karamelnya, mau saya coba bikin di rumah 🙂
Assalamualaikum Nina. Puding kegemaran keluarga, tp dek sibongsu baru pulih dr chicken pox dan tengah kemaruk nak makan itu ini, pantang masih berjalan utk seisi keluarga . Alhamdulillah jumpa resipi puding karamel tanpa telur. Terima kasih banyak2 share resipi. Moga Nina dlm rahmat Allah sentiasa dan bahagia dunia akhirat. Aamiin. (Ciknor)