Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Personal
  • Resepi
  • Parenting
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah
August 18, 2022August 18, 2022

Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah berkesan

Rawatan Rambut Gugur di KLINIK DR BAZILAH

Rambut gugur sesapa pun alami kannn?
Terutama lepas bersalin. Kadang banyak kadang sikit. Pernah jadi time banyak tu segumpal, tetiba cuak! Eh daku sakit kah? Errkk…
Mula laaa fikir bebukan
Teruk nau overthinking . Ya, risau takut semua ada!

Rambut rosak bercabang gatal kulit kepala kelemumur

Rambut kann mahkota seorang wanita. Sinonim sangat ayat ni kannn?
Tapi rambut juga mahkota buat kaum lelaki. Depa tuu cover line je tak risau padahal kaum lelaki pun stress bila rambut mereka dah mula tipis, hampir botak.
Rambut yang sihat, terurus membuatkan penampilan seseorang itu tampak lebih bergaya, stylo, macho gitu. Setuju?
Tapi rambut belah tepi tak mo. HAhaa

Apakah punca rambut gugur lelaki dan wanita

Rambut gugur boleh terjadi dalam pelbagai cara, bergantung kepada faktor yang menyebabkannya.
Tanda-tanda dan simptom keguguran rambut :-

Penipisan secara berperingkat di atas kepala. Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling biasa, yang menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita apabila mereka semakin berumur. Ada rambut tapi nipis, sikit jee.. Alahai

Tompok botak yang bulat atau tidak lengkap. Jenis keguguran rambut seperti ini pada kebiasaannya hanya mempengaruhi kulit kepala, tetapi kadangkala berlaku di bahagian janggut atau kening.
Rambut gugur secara tiba-tiba. Jenis keguguran rambut seperti pada kebiasaannya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukannya botak bertompok.

Keguguran rambut atau bulu di seluruh badan. Sesetengah keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser, boleh mengakibatkan kehilangan rambut di seluruh badan anda. Rambut biasanya akan tumbuh kembali.

Punca rambut gugur lelaki dan wanita
Keguguran rambut biasanya berkaitan dengan satu atau lebih faktor-faktor seperti berikut

1. Tekanan fizikal
Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Ini boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut yang dipanggil telogen effluvium.

ANXIETY Pantang Larang Makanan yang boleh dan tidak

2. Tekanan emosi
Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku. Senang citer elakkan STRESS

3. Kehamilan
Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan berbanding daripada semasa kehamilan. Rasanya semua ibu-ibu mengalaminya. Ini lah antara punca terjadinya stress dalam diam.

Tanda bersalin menunggu hari bersalin

4. Terlalu banyak vitamin A
Suplemen atau ubat vitamin A yang berlebihan boleh mencetuskan keguguran rambut. Jika pengambilan vitamin A yang berlebihan terhenti, rambut akan tumbuh kembali secara normal.

5. Kekurangan kandungan protein
Jika anda tidak mendapat protein yang cukup dalam diet anda, tubuh anda akan mencatu protein yang berbaki dengan menghentikan pertumbuhan rambut. Ya , protein penting dalam diet seharian. Usahlah nak kurus, korang amalkan diet yang salah.

6. Pola kebotakan lelaki (biasanya tengah atas kepala)
Kira-kira dua daripada tiga lelaki mengalami keguguran rambut pada umur 60 tahun, dan kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki.
Punca rambut gugur lelaki ini berlaku disebabkan oleh gabungan gen dan hormon seks lelaki.

7. Keturunan
Pola keguguran rambut wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan lelaki versi wanita. Kebotakan dialami wanita pada rambut mereka yang gugur mungkin melebar dan mereka mungkin mempunyai penipisan rambut yang ketara. Jangan tak tahu, ada juga wanita yang belum berkahwin, masih remaja juga alami keguguran rambut yang teruk akibat keturunan.

Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah

Kesian kannn, budak kecil pun ada masalah rambut gugur dan masalah ini kalau tidak dirawat boleh mengganggu tumbesaran mental dan emosi mereka.

8. Hormon wanita
Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur.  Masalah hormon dan kesan sampingan daripada pil ini lebih kronik sekiranya mempunyai sejarah keluarga keguguran rambut

9. Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
PCOS adalah ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita. PCOS meningkatkan risiko wanita diabetes, kemandulan dan penipisan rambut. Lebihan hormon lelaki juga boleh menyebabkan lebih banyak rambut di badan dan muka bersama-sama dengan penipisan rambut pada kulit kepala.

10. Anemia – Kekurangan Zat Besi
Hampir satu dalam setiap 10 orang wanita yang berumur 20 hingga 49 tahun mengalami anemia akibat kekurangan zat besi (jenis anemia yang paling biasa), yang merupakan penyebab mudah kehilangan rambut.

Zat Besi penting untuk Ibu mengandung hamil HB Rendah

11. Hypothyroidism
Hypothyroidism adalah istilah perubatan untuk kelenjar tiroid yang tidak aktif.
Kelenjar kecil ini terletak di bahagian leher menghasilkan hormon yang penting untuk metabolisme serta pertumbuhan dan perkembangan. Ia boleh menyumbang kepada keguguran rambut.

12. Kehilangan berat badan yang drastik
Penurunan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis. Terdapat kemungkinan bahawa penurunan berat badan itu sendiri memberi tekanan terhadap tubuh badan anda.

Kehilangan rambut bersama dengan penurunan berat badan yang ketara juga boleh menjadi tanda gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia.

13. Kemoterapi
Sesetengah ubat yang digunakan untuk melawan kanser juga boleh menyebabkan rambut anda gugur. Ia memusnahkan sel sihat lain dengan cepat. Ini bermakna walaupun ia memusnahkan sel-sel kanser, ia juga merosakkan sel lain seperti sel rambut.

14. Penggayaan rambut secara berlebihan
Gaya rambut dan rawatan rambut yang dilakukan selama bertahun-tahun boleh menyebabkan rambut gugur. Contoh-contoh penggayaan rambut yang ekstrem termasuklah tight braids, tenunan rambut atau corn rows serta bahan kimia untuk meluruskan rambut , rawatan minyak panas atau sebarang jenis kimia kasar atau haba yang tinggi.

15. Penuaan
Keguguran rambut pada wanita selepas usia tertentu adalah biasa dan tiada bukti yang mencukup punca ianya berlaku.

Rawatan Rambut Gugur

Berjumpa doktor yang pakar berkaitan rambut.
Sedia maklum kalau rujuk di hospital kerajaan, prosesnya agak lama. Hospital akan dahulukan kes yang serius terlebih dahulu.

So solusi yang cepat korang boleh rujuk di Aesthetic Clinic.
Korang boleh berbincang terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.
Dengan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini tentunya dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur dengan berkesan!

Klinik Dr Bazilah rawatan rambut gugur dengan berkesan

Tertarik bila ketahui di Klinik Dr Bazilah ayng terletak di Bangi dan Shah Alam ada menyediakan rawatan rambut gugur. Lihat kan testimoni yang ada ternyata masalah rambut gugur boleh diselesaikan. Sure boleh cantik kacak semula!

Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah

Di sini ada banyak lagi rawatan lain yang disediakan, bukan merawat masalah rambut gugur jer tapi dah nama pun Klinik Aesthetic kann, masalah lain pun korang boleh rujuk sini. Antaranya
• Rawatan jerawat
• Rawatan parut jerawat
• Ekzema
• Psoriasis
• Allergy
• Skin Pigmentation
• Hair Removal
• Masalah Rambut/ rambut gugur
• Aesthetic
• Fungal
• Minor Surgery – skin tag removal, wart
removal, callus, mole removal, pyogenic
granuloma removal
• Sexual Transmitted Disease – Syphillis,
herpes infection, gonorrhea, chlamydia

Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah

Haaa… Banyak kan?
Senang buat rawatan in one stop center

Klinik Dr Bazilah beroperasi setiap hari, Isnin sehingga Ahad.
• Isnin – Jumaat : 10 pagi sehingga 7 malam
• Sabtu dan Ahad : 9 pagi sehingga 6 petang

Dinasihatkan sebaiknya korang buat appointment dulu sebelum datang. Sebab . Klinik Dr Bazilah ni sentiasa full house, terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad.
Yelah, setiap rawatan perlukan masa dan korang pun sure nak rawatan yang terbaik semasa sesi rawatan dilakukan.

Korang call dulu tau untuk temujanji!
Whatsapp :
013-5757627

Atau click link http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
Call :
03-89229681 (Bandar BaruBangi)
03-50357359 (Shah Alam)
013-8177005 (Kuala Lumpur)

Untuk info lebih korang boleh refer
Website : www.klinikdrbazilah.com
Facebook : klinikdrbazilah
Instagram : @klinikdrbazilah

Rawatan Rambut Gugur Klinik Dr Bazilah

Jomm dapatkan rawatan sebelum kondisi kepala dan rambut korang lebih parah. Ingat tau, tak semua orang sesuai , nampak macho dengan imej botak. Ada rambut yang sihat boleh gayakan pelbagai style!
Ppssttt >> Rambut warna putih, lebat, tersisir rapi pun style kannn?

Related posts:

Tips masak sambal sedap lagi senang | Cili Giling Puteri 3 dalam 1 terbaik!
Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur
Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH TV3
Review Tips Aesthetic ClinicAnti Hair LossBangicara merawat rambut gugurHair LossKlinik Dr BazilahKuala LumpurMasalah Rambutmelebatkan rambutMenyuburkan Rambutpengalaman rambut gugur selepas bersalinPunca rambut gugurRambut Berminyakrambut rosak bercabangScalp HairShah AlamShampoo Rambut GugurTips Rambut Sihat

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. Marina says:
    August 29, 2022 at 10:14 am

    Terlebih vitamin pun punca rmabut gugur ye

    Reply
  2. JULIA BINTI MOHD JOHARI says:
    August 29, 2022 at 10:32 am

    Banyak cawangan Klinik Dr Bazilah ni ya, boleh diusulkan jika masalah ni berlarutan nanti. Tq kak nina kongsikan.

    Reply
  3. Nadia johari says:
    August 29, 2022 at 3:13 pm

    Rambut tu penting sangat.. Stress bila BOTAK. Sebab tu kene pergi buat rawtaan

    Reply
  4. YB Shehan says:
    August 29, 2022 at 3:16 pm

    banyak pilihan juga untuk rawat ni ya. kita pun boleh tau in details apa maslah sbenar rambut gugur.

    Reply
  5. azni says:
    August 29, 2022 at 3:19 pm

    kak azni pun byk rambut gugur hahahhaa….. geram jer. bergumpal gumpal weh

    Reply
  6. Semut Senyum says:
    September 2, 2022 at 4:06 pm

    uish.. bestnya dpt rawatan rambut.. tapi jauh pulak klinik ni.. tak de cawangan pantai timur ke. heheheh

    Reply
  7. yanieyusuf says:
    September 19, 2022 at 10:37 am

    Betul lah. lepas bersalin yang no 1 memang rambut banyak sangat gugur. Ini tengok nanti anak kedua pulak. Boleh segera dapatkan rawatan lepas bersalin dan pantang nanti.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

  • SAMBAL TUMIS UDANG SEDAP TAPI PEDAS!
    By : Sis Lin
  • 7 Cara Ajar Anak Tentang Pelaburan Yang Ramai Orang Abaikan
    By : Sohoque
  • MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC
    By : Siti Rohaida
  • KERETA SAGA FLX TAK HIDUP? APA KENA MENGENA DENGAN REMOTE KERETA?
    By : Mommy’s Diary of Life
  • RESIPI ASAM LAKSA PULAU PINANG
    By : Tiffin Biru
  • Tukar Plan Digi, Dapat iPad Free
    By : Hafiz Rahim

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes