Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Personal
  • Resepi
  • Parenting
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Inisiatif AEON KPDNHEP PJKM Program Jualan Keluarga Malaysia
August 16, 2022

Inisiatif AEON Dan KPDNHEP WKL Program Jualan Keluarga Malaysia

Inisiatif AEON Dan KPDNHEP WKL Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) meriah!

Sekarang ni kannn dok hangat isu harga barang keperluan semua nya dah mahal!
Ya, semua nya dah naik harga. Bukan tu aje, sesetengah barangan keperluan susah nak jumpa. Paling susah minyak masak paket. Sebelum ni  viral rakyat dok pi sana sini sinun semua kedai tak de stok minyak masak paket. Awat nya ntah? Depa sorok ke hape?

Bukan tu je, harga barangan keperluan lain pun banyak yang naik harga. Kita yang golongan marheann ni dah puas lah catu perbelanjaan bulanan keluarga sejak PKP. Ni ekonomi baru nak bernafas timbul pulak harga mahal. Huhuuu…

Tapi korang tengok ni..
Fuhhh.. Banyak ada ni haaa minyak masak paket!
Bukan tu aje, barangan keperluan pun ada dengan harga murah dari pasaran. Bagus kannn?

Inisiatif AEON Dan KPDNHEP WKL PJKM Program Jualan Keluarga Malaysia meriah

Serius terkejut! Murah beb..
Ayam potong sepaket hanya RM10 je
Minyak masak pun hado. Sepaket hanya RM2.50 je. Murah ke murah kannn?
Per family boleh beli terhad kepada 3 paket je tapi ok laa.. Sesama merasa. Haa gitu..

Yang pasti ianya harga nya memang lebih murah dari pasaran!
Selain itu ada telur, detergent, makanan, diapers, buah-buahan, sayuran segar, beras dan lain-lain. Banyakk..!!

Kat mana ni ?

Haa.. Surprised kann.. Kat mana lah Nina pi beli barangan keperluan mur mur ni.
Ok, meh Nina share , Nina pi AEON BIG Danau Kota ari tu kebetulan kat sini berlangsungnya Program Jualan Keluarga Malaysia. Memang meriah!

Inisiatif AEON Dan KPDNHEP WKL Program Jualan Keluarga Malaysia meriah

Inisiatif AEON Dan KPDNHEP WKL PJKM Program Jualan Keluarga Malaysia meriah

Inisiatif AEON Big bersama KPDNHEP WKL ini menawarkan lebih banyak pilihan barangan keperluan asas dan merupakan tanda usaha AEON BiG untuk terus membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.

Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota ini melibatkan sebanyak 16 pembekal dan agensi Kerajaan yang membuat penjualan barangan keperluan pengguna pada harga yang lebih murah.

Enam (6) booth tetap/bergerak akan dibuka untuk PCFR iaitu:

KPDNHEP (Price Catcher)
Kementerian Kesihatan Kesihatan
Jabatan Pengangkutan Jalan
Hong Leong Yamaha S/B.
Boon Siew Honda S/B (TBC)
Lembaga Kecantikan Negara (LKN)

Kalau korang nak tau AEON BiG telah bekerjasama dengan KPDNHEP sejak 2021 untuk Program Jualan Keluarga Malaysia, dan ini merupakan kali kedua kerjasama ini dijalankan.

AEON BiG sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyokong inisiatif bagi memudahkan pihak pelanggan mendapatkan baragan keperluan dengan mudah. Produk yang berkualiti dengan harga yang lebih rendah sentiasa menjadi matlamat utama untuk pelanggan,

KPDNHEP WPKL mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya menyahut dan menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan datang yang bakal akan diambil oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar.

Kedua-dua program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pengguna dan juga membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, di samping menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak.

Terima kasih!
Inisiatif AEON dan KPDNHEP WKL PJKM prihatin bantu meringankan bebanan rakyat

Inisiatif AEON KPDNHEP PJKM Program Jualan Keluarga Malaysia

Seronok dapat jumpa kengkawan! Rasa puashati dapat berbelanja barangan keperluan dengan harga yang murah dari pasaran. MakMak kannn suka part jimat jimat nih!

Program Jualan Keluarga Malaysia ini yang dirasmikan oleh Ybhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ybhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof bersama tetamu kehormat di Aeon Big cawangan Danau Kota. Ada bersama Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew ; Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Program Jualan Keluarga Malaysia Di AEON BiG Danau Kota Dengan Kerjasama KPDNHEP WPKL
Program yang dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan kali ini dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti jualan oleh AEON BiG dan pembekalnya, cabutan bertuah, serta konvoi 300 buah motosikal “Kembara Fun Ride” yang berlepas dari Stadium Bola sepak Kuala Lumpur ke AEON BiG Danau Kota

Pengguna yang bijak, bijak rebut peluang dengan pembelian barangan harga yang jimat 

PJKM peringkat Wilayah Persekutuan secara rasminya telah bermula pada Disember 2021 dan ianya masih berlangsung sehingga kini di mana tempoh program adalah selama dua hari bagi setiap minggu yang terpilih.

Bagus usaha kerajaan memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia ni, memang sangat membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah dan membantu mengurangkan kos perbelanjaan. Jualan Keluarga Malaysia menjadi pemangkin kepada pengguna merancang pembelian serta membuat pilihan bijak.

Jomm jadi pengguna yang bijak berbelanja!

Related posts:

Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN watak Autism lakonan hebat Mira Filzah
Ohh ... Teratai bunga indah... Eh! bukan lirik... Ini Resipi Tauhu Bunga
Sinopsis Drama MASIH ADA RINDU Lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana
Personal Review Tips AEONAEON BiGAEON BiG Danau Kota Setapak KLBantuan RakyatBarangan Keperluanbijak berbelanjajimatKPDNHEPKuala LumpurProgram Jualan Keluarga Malaysiatips dari dapurtips jimat berbelanja

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Dorsett Pink says:
    August 16, 2022 at 11:36 pm

    Syabas KPDNHEP buat program macam ni. Harap dapat dipanjangkan ke seluruh Malaysia program macam ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

  • SAMBAL TUMIS UDANG SEDAP TAPI PEDAS!
    By : Sis Lin
  • 7 Cara Ajar Anak Tentang Pelaburan Yang Ramai Orang Abaikan
    By : Sohoque
  • MAKAN MENU PERANAKAN FUSION DI PIRINGMU ECO BOTANIC
    By : Siti Rohaida
  • KERETA SAGA FLX TAK HIDUP? APA KENA MENGENA DENGAN REMOTE KERETA?
    By : Mommy’s Diary of Life
  • RESIPI ASAM LAKSA PULAU PINANG
    By : Tiffin Biru
  • Tukar Plan Digi, Dapat iPad Free
    By : Hafiz Rahim

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes