Cermin Mata Budak Murah di Eye Pro Vision, Sungei Wang Plaza KL
Cuti lepas Nina pi check mata kat Eye Pro Vision terletak di Sungei Wang Plaza KL. Sini je tempat Nina tuju sejak lebih 5 tahun lalu. Tak cari lain dah. Puashati harga murah dari tempat lain, kualiti bagus, servis terbaik, sejam je dah siap. So memang terus ajak Geng pi Sungei Wang
Yelah Nina asyik bising mata ni cepat penat, letih, mengantok rasa nak tido dan selalu terlelap tiap kali tengok phone. Sebelum ni asal tengok phone Nina akan bukak spek baru jelas boleh baca, tapi lately dah bukak spek jadi makin kabur. Susah nak fokus, sudahnya mata penat pastu terlelap tanpa sempat baca apa pun. Huhuu …
Shortcut citer, alang² Nina check mata saja suh William Chai check kan mata anak² sekali.
SURPRISED + SEDIH
Rupanya Yana rabun jauh! Bukan sikit. Banyakkkk wehh . . . Lebih tinggi power rabun jauh dia dari Nina! Sedihnya.. terus rasa down sangat. Rasa nak pukul-pukul diri sendiri. Rasa gagal! Luluh hati ni
Awat laaa selama ni Yana tak citer dia tak nampak? Tahun ni Yana dah masuk Form 1 sayang ..
Awat laaa mama tak tahu or mama tak pernah tergerak hati nak tanya? Serius Nina tak terkata! Macammana laa selama ni Yana belajar tapi tak nampak apa cikgu ajar?
Sorry sayang.. Terus tanya William berapa harga cermin mata budak murah tak?
Yelah risau juga kot harga nya lain dari harga cermin mata dewasa ke kannn..
Cermin Mata Budak Sekolah Murah hanya RM65
Alahai.. RM65 je.
Terus Nina suruh william preceed buatkan spek untuk Yana.
Korang tengok yang mana sesuai? Semua ok kann. Serius tak sangka bingkai budak sekolah ada pelbagai design dan warna. Cecantik walaupun hanya RM65.
Hurmmm . . . Mana satu design yang lawa ehh?
Bingkai nya ringan selesa! Sesuai untuk kanak-kanak sebab bingkai fleksibel , mudah dilentur so tak mudah patah kot terduduk ke, jatuh ke, terhimpap dalam bag sekolah ke. Yelah… Bebudak ni tau jer laaa camner kerenah derang.
EYE PRO VISION Banyak pilihan design bingkai cermin mata kanak-kanak
Memang puashati buat spek mata kat EYE PRO VISION. Banyak pilihan design cermin mata kanak-kanak ada sampai Yana pun tak tahu nak pilih yang mana. Style Kpop ada, style macam cikgu ada, ala budak baik ada, style professor pun ada katanya. Ada-ada aje! HAhaa..
Staff cekap membantu
Best nya lagi buat cermin mata budak kat sini, staff dia amat cekap!
Bijak betul pilihkan bingkai yang sesuai dengan Yana. Sebab Yana dah nak masuk form 1 so design warna warni tak sesuai untuk usia remaja Yana. Dia cadangkan bingkai yang nampak formal dan relax gitu. Dia just bagi dalam 3 pilihan, so kita dah jimat masa memilih yang paling kita suka. Mudah kann? Serius jimat sangat masa!
Hanya RM65 cermin mata budak sekolah. Murah kann?
Total Nina bayar RM125 sebab Nina add Alpha Blue 420 Lens. Alahai tambah RM60 je, jaga mata anak kita bukan anak orang lain punnn. Kannn?
Akhirnya Yana pilih yang ni!
Ni yang paling dia selesa dan dia suka. Nak bingkai bulat sebulat muka dia katanya. Mama onz jer!
Tambah RM60 je untuk Lens Alpha Blue 420
Kelebihan lens Alpha Blue 420
1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
3. Lindungi mata 100% block sinar biru (omputeh kata Blue Light) dan ultra ungu (UV420)
4. Tahan lasak
5. Tidak mudah pecah
6. Tidak mudah calar
7. Harga amat berpatutan mampu milik oleh ramai pengguna
So dengan tambahan Alpha Blue 420
EYE PRO VISION Kedai Cermin Mata BEST dan Murah
Selain dari sebab di atas , Nina suka buat cermin mata kat sini sebab penerangan cukup jelas, servis excellent dan paling best 1 jam dah siap! So lepas tempah spek mata, pi makan sat pastu dah siap dah cermin mata. Jimat masa, kos dan tenaga. Bukan apa, banyak kedai cermin mata sebelum ni paling cepat pun sehari baru siap. So kena datang semula tu semua pun kos jugak. Kannnn? Kat sini sejam siap memang memudahkan keje dan jimat!
Faktor anak rabun jauh
Bahaya Gadjet pada mata anak
Korang pernah amik tahu tak tentang sinar biru yang ada pada gajet . Pendek kata semua peralatan elektronik yang berbentuk digital ada tau … laptop , PC , TV Led , tablet , handphone . Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak mampu merosakkan sel sensitive cahaya di retina mata . Bila kontras mata dah kurang , mata akan terasa tegang , letih , sakit kepala dan sedikit demi sedikit akan jadi kabur
Tu yang paling merisaukan hati. Nak marah anak anak pun sampai bila kan !! Better kita cegah sebelum terlewat . Sejak pandemik COVID-19 melanda .. memang dah tak de pilihan untuk menidakkan kehadiran gajet dalam kehidupan seharian anak . Banyak masa dihabiskan demi ilmu dan tidak ketinggalan dalam pelajaran .
Bawa lah anak periksa mata
Korang, Bawak laa anak check mata terutama bila antara kita adanya genetik MakPak rabun jauh, anak berpotensi rabun jauh juga . Masa nya entah bila anak akan rabun jauh so check laa atleast setahun sekali. Jangan nanti korang rasa down kesal sedih macam Nina. Terkilan sangat
Allah jentik hati ni, Nina yang nak pi check mata sebab dok pening sakit kepala. Kebetulan Yana lak sengaja tak mau pi training menembak, sibuk nak gak ikut mama!
Allah.. Terima kasih Ya Allah
Thank you staff EYE PRO VISION. Cekap betul, tau baca citarasa apa kita suka, Spek mana yang sesuai untuk kita dan anak kita. Jimat masa memilih. Thumbs up!
Semoga lepas ni dipermudahkan segala urusan Yana dalam pembelajaran dan dapat markah yang cemerlang. Aamiinnn..
This is a great idea to share your blogs with us because your Article helps us to learn so many things through your blogs. Thank you so much admin for uploading such amazing content with us your blog is really helpful for me. wish you all the best for upcoming comments.
comel la anak nina.. tapi tgk pada harga memang murah dan berbaloi.. nanti boelh bw anak buat spek mata kat sini.
RM65 tu murah sangat laa tu Nina, kualiti pun bagus, yang penting boleh siap cepat..
love that the bingkai is flexible.. this is so suitable especially for young, playful children as it will definitely last longer and be more durable!
Kak pun rabun sejak form 5 lg, skrg piwer cermin mata byk jgk, lglah skrg bdk2 byk bermain gajet, mmg patut check mata dorang, baguslah klu hrg murahbutk bdk2 sekolah
Bagus kan, i also make a pair of spec from this kedai viral cermin mata